Showing posts with label Arafah. Show all posts
Showing posts with label Arafah. Show all posts



Hari Arafah semakin mendekat, hari yang sangat hebat sebelum kita merayakan Eid al-Adha al-Mubarak. 


Hari Arafah menzahirkan kerdilnya kita sebagai hamba. 


Tak kira siapa pun kita, semuanya memakai ihram, berdebu tunduk sujud kepada Allah. 


Jika kita renung betul suasana orang berwuquf di Arafah, insya Allah jadi baik jiwa kita.


Apa yang ada pada Hari Arafah dan apa yang kita perlu buat? 


Hari Arafah merupakan hari disempurnakan agama Islam. Turunnya firman Allah ﷻ iaitu ayat 3 surah al-Ma'idah. 


Allah berfirman: 


ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu" (al-Ma'idah : 3)


Para ulama' tafsir menyatakan bahawa ayat ini turun pada hari Arafah, ini yang menjadi pendapat ulama' seperti al-Sya'bi dan lainnya. 


Lagi, Hari Arafah merupakan hari di mana menandakan dekatnya hari raya Eid al-Adha. Antara nikmat besar bagi seluruh umat Islam adalah hari raya. Maka kita perlu mensyukurinya dengan bertakbir dan melakukan ibadah korban. 


Hari Arafah juga menurut sebahagian ulama' adalah sebaik-baik hari berdasarkan satu riwayat.


Apakah amalan yang dianjurkan pada Hari Arafah? 


1- Berpuasa. Nabi ﷺ bersabda:


  صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ 


"Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” (HR Muslim : 1162)


2- Memohon keampunan. Nabi ﷺ bersabda:


  مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ


“Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR Muslim : 3354)


3- Berzikir. Nabi ﷺ membacakan zikir ini pada Hari Arafah: 


 لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ (HR Tirmidhi)


4-Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur, bagi boleh berzikir dan berdoa atau mengingatkan orang lain tentang kelebihan Hari Arafah. 


#FawaidHadith



Sumber: Usta

z Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)


 BANYAKKAN BERDOA PADA HARI ARAFAH


Rasulullah SAW bersabda:


خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan hanya milik-Nya dan segala pujian hanya untuk-Nya, Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3585)


Tidak dikhususkan kehebatan dan kemustajaban doa Hari Arafah pada selepas waktu Asar sahaja, sepanjang hari adalah mustajab doa kita, insya Allah. 


‎Kata Nabi ﷺ : 


‎خير الدعاء دعاء يوم عرفة 


‎"Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah" (HR Tirmidzi : 3509)


‎Teruskan berdoa.

Semoga Allah menerima segala doa kita.

https://t.me/MyHadithTime/2671






Cara penentuan bulan sesebuah negara berbeza matla' rukyahnya (tidak ikut hasil kenampakan bulan di negara lain). Matlak bermaksud had sempadan bagi sesebuah wilayah. 

Jadi Hari Tarwiyah adalah pada 8 Zulhijjah. Manakala esoknya pula - 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah dikira mengikut kalendar dan perkiraan di negara yang kita tinggal.

Sumber


Tarwiyah (8 Zulhijjah) 

Apa itu Hari Tarwiyah dan maksudnya? 

Hari Tarwiyah mempunyai dua maksud. Menurut Imam Ibn Qudamah Hari Tarwiyah ialah; hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah (bererti merenung dan berfikir) mengambil kisah di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu (mimpi) daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Tentang Puasa Sunat Tarwiyah

Tiada hadis tentang puasa sunat Tarwiyah namun berpuasa pada hari ini tetap sunat berdasarkan umumnya galakan untuk beribadah pada 10 awal Zulhijjah termasuk berpuasa pada 1-9 Zulhijjah. 

Niat Puasa Sunat Tarwiyah 

"Nawaitu sauma tarwiyata sunattan lillahi taala."

Sahaja aku berpuasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.

Sumber

Hari Arafah (9 Zulhijjah) 

Arafah berasal daripada kata 'arafa yang bermaksud kenal atau mengerti. Dinamakan Arafah adalah kerana tempat suci itu adalah lokasi pertemuan atau perkenalan antara Nabi Adam as dan Hawa.

Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.

Niat Puasa Sunat Arafah



"Nawaitu shauma ghodin min yaumi Arafata sunnatan lillahi ta’ala." 

Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala.


*****

Sunat hukumnya berpuasa pada 9 Zulhijjah iaitu puasa Sunat Arafah. Ini melalui dalil:-

"(Puasa pada hari Arafah) menghapuskan dosa setahun yang lepas dan akan datang" (HR Muslim : 1977)




Kelebihan berpuasa sunat hari Arafah:



Kelebihan Puasa Sunat Arafah dapat mengampunkan dosa setahun sebelum dan selepas (dengan izin-Nya). 

- Selamat berpuasa, semua! Moga diberkati. 





Sumber bacaan lain:













Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top