Showing posts with label berpuasa. Show all posts
Showing posts with label berpuasa. Show all posts

 Hukum membatalkan puasa ganti dan puasa sunat.


Gambar



1- Membatalkan puasa ganti dengan sengaja tanpa uzur adalah HARAM. Kerana puasa ganti hukumnya wajib. Maka tidak boleh batalkan puasa wajib tanpa uzur. [Kifayah al-Akhyar 1/207]


2- Membatalkan puasa wajib tanpa uzur juga termasuk dalam dosa-dosa besar. [Hasyiah Jamal 2/353] [al-Kaba'ir ms 37]


3- Namun begitu, membatalkan puasa ganti tidak menjadikan ganti itu berganda. Contoh: puasa yang perlu diganti ada 2 hari. Ketika dia berpuasa ganti, dia membatalkan, maka tidak bertambah menjadi 3 hari.


4- Membatalkan puasa sunat pula adalah dibolehkan. Tetapi afdhal disempurkan kerana firman Allah:


"Dan janganlah kamu merusakkan amalan-amalan kamu." [Muhammad: 33]


Maka janganlah dibatalkan tanpa sebab.

Jika dibatalkan puasa sunat tapi TIADA UZUR, hukumnya makruh.


Jika ada uzur, maka tidak makruh. [al-Majmu' 6/393]


Wallahu a'lam.

#FawaidFiqh



Sumber: X Ustaz Muzuza 




 

Soal jawab Puasa 6 syawal dan puasa ganti



1- Hukum puasa 6 Syawal adalah sunat yang sangat besar. Hadith Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)


2- Sunat juga berpuasa 6 Syawal secara berturutan [Syarah al-Muqaddimah al-Hadramiyyah hlm 583]. Tapi, jika tidak dibuat secara berturutan, tidak mengapa.


3- Bolehkah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa ganti?

-

Isu dibolehkan atau tidak, ia adalah DIBOLEHKAN. [Nihayat al-Muhtaj 10/20]

Namun, ulama' memperincikan dan ada juga berkhilaf pandangan dalam perihal pahala bagi soal ini:


a. Orang yg berpuasa sunat 6 Syawal + puasa ganti, dapat pahala bagi kedua-dua puasa tersebut [Fatawa al-Ramli 2/63]

b. Dapat pahala bagi kedua-dua puasa jika diniatkan kedua-duanya. Jika diniatkan salah satu sahaja, maka dapat pahala bagi satu puasa sahaja [al-Fatawa al-Kubra]


Namun, kesimpulan yang kita perlu ambil perhatian adalah LEBIH AFDAL DIASINGKAN antara puasa sunat 6 Syawal dan puasa ganti, walaupun harus menggabungkannya. [Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah oleh Syeikh 'Atiyyah Saqar 9/261]



Perkongsian asal Ustaz Muzuza:

https://x.com/Muzuzxck/


Gambar: Engin Akyurt: https://www.pexels.com/photo/beige-post-2104856/






 Dimanakah Keberkatan Sahur itu?




======

1. Rasulullah ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:


تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً


“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)


2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah ﷺ menyifakan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek. Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:


قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ


“(sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.


3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanyna:


إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ


“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)


4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:


فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)


Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?


5. al-Imam Ibn Rajab menukilkan juga beberapa perkara yang menunjukkan akan keberkatan sahur seperti persiapan jiwa kita untuk bangun awal beribadah selain mempersiapkan kita untuk solat subuh berjemaah yang terkandung di dalamnya pahala yang tidak terhitung.


6. Oleh itu kita semua harusnya menyedari bahawa bersahur bukan sekadar makan dan minum tetapi persiapan diri untuk menyempurnakan ibadah puasa, ibadah yang Allah khususkan buat diriNya sendiri seperti yang disebutkan di dalam hadis.


7. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di sini:

https://s.shopee.com.my/7KipTIgepN 


Semoga Allah membimbing kita.



Dr. Ahmad Sanusi Azmi

FB: https://www.facebook.com/share/p/1BG6pH1rXW/

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi





Jadual lengkap Waktu Berbuka & Imsak untuk Ramadan 2025 bagi seluruh Negeri Perak.

*klik pada gambar untuk lebih jelas.

Sumber: Facebook Perak Press










 


Umat Islam di Malaysia berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025. 

Demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruhAgong setelah diperkenanan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog ini. Moga amalan kita diberkati dan diterima-Nya.





Ramadan ibarat suatu perlumbaan ibadah. Bukan dengan orang lain, tetapi dengan diri kita sendiri.



Kita nak ‘pintas’ prestasi Ramadan kita pada tahun lalu. Nak jadikan Ramadan tahun ini agar lebih baik dari tahun sebelum ini.

Jadi, untuk sertai perlumbaan dan ‘pecut’ dengan kadar optimum, kita perlukan ‘stamina’.

Stamina perlu dilatih, tidak boleh kita terus pecut kalau sebelum ini tidak pernah berlatih.

Jadi mulai saat ini, mulakan ‘jogging’ atau ‘brisk walk’ kita dengan ibadah sebagai latihan untuk menempuh Ramadan.

Mulakan baca al-Quran walaupun sedikit, mulakan puasa sunat, mulakan bangun solat malam.

Supaya nanti apabila Ramadan tiba, kita tidak ‘lelah’ untuk memecut sehingga 10 malam akhir.


Semoga dipermudahkan. Moga kita dipertemukan dengan bulan penuh berkat, bulan Ramadan. Insya-Allah. Selamat berpuasa!


Sumber: Ustaz Muzuza

https://t.me/TheGardenofAlQuran



Gambar: Photo by Sedanur Kunuk: https://www.pexels.com/photo/intricate-arabic-calligraphy-with-magnifying-glass-30525644/




Cara penentuan bulan sesebuah negara berbeza matla' rukyahnya (tidak ikut hasil kenampakan bulan di negara lain). Matlak bermaksud had sempadan bagi sesebuah wilayah. 

Jadi Hari Tarwiyah adalah pada 8 Zulhijjah. Manakala esoknya pula - 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah dikira mengikut kalendar dan perkiraan di negara yang kita tinggal.

Sumber


Tarwiyah (8 Zulhijjah) 

Apa itu Hari Tarwiyah dan maksudnya? 

Hari Tarwiyah mempunyai dua maksud. Menurut Imam Ibn Qudamah Hari Tarwiyah ialah; hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah (bererti merenung dan berfikir) mengambil kisah di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu (mimpi) daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Tentang Puasa Sunat Tarwiyah

Tiada hadis tentang puasa sunat Tarwiyah namun berpuasa pada hari ini tetap sunat berdasarkan umumnya galakan untuk beribadah pada 10 awal Zulhijjah termasuk berpuasa pada 1-9 Zulhijjah. 

Niat Puasa Sunat Tarwiyah 

"Nawaitu sauma tarwiyata sunattan lillahi taala."

Sahaja aku berpuasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.

Sumber

Hari Arafah (9 Zulhijjah) 

Arafah berasal daripada kata 'arafa yang bermaksud kenal atau mengerti. Dinamakan Arafah adalah kerana tempat suci itu adalah lokasi pertemuan atau perkenalan antara Nabi Adam as dan Hawa.

Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.

Niat Puasa Sunat Arafah



"Nawaitu shauma ghodin min yaumi Arafata sunnatan lillahi ta’ala." 

Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala.


*****

Sunat hukumnya berpuasa pada 9 Zulhijjah iaitu puasa Sunat Arafah. Ini melalui dalil:-

"(Puasa pada hari Arafah) menghapuskan dosa setahun yang lepas dan akan datang" (HR Muslim : 1977)




Kelebihan berpuasa sunat hari Arafah:



Kelebihan Puasa Sunat Arafah dapat mengampunkan dosa setahun sebelum dan selepas (dengan izin-Nya). 

- Selamat berpuasa, semua! Moga diberkati. 





Sumber bacaan lain:







Amalan yang boleh dilakukan wanita haid ketika puasa dan malam lailatulqadar di bulan Ramadan:










Kredit:

Ustaz Muzuza 






RAMADAN 1445H | Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024.



Selamat berpuasa kawan-kawan semua. Moga ibadah kita semua diterima. Maaf silap dan salah ya! 


Perihal dan hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban


1- Secara umumnya, berpuasa sunat adalah dibolehkan 

2- Berpuasa pada 16 - 30 Sya'ban adalah diharamkan berpuasa sunat padanya. Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaili nyatakan : 

يحرم إفراد النصف الثاني من شعبان بالصيام تطوعا 

"diharamkan bertunggalan dalam berpuasa sunat pada separuh kedua bulan Sya'ban" 


3- Namun jika seseorang itu sudah biasa berpuasa sebelum itu, maka dibenarkan baginya berpuasa sunat walau setelah 15 Sya'ban. Di dalam kitab yang sama : 

أما إذا وافق عادة للصائم أو وصل صيامه بما قبل النصف الثاني من شعبان فيصح 

"adapun jika berselari adat seorang yang berpuasa atau telah sampai puasanya kepada separuh kedua dari bulan Sya'ban, maka puasanya sah" 


4- Adapun bagi puasa qadha yang mana hukumnya adalah wajib, maka tiada masalah untuk meneruskannya kerana puasa itu wajib diganti 

5- Sebahagian ulama' menyatakan tidaklah haram untuk kita berpuasa sunat pada 16 - 30 Sya'ban, cuma makruh. Namun apabila ulama' berkhilaf tentang suatu hukum antara makruh dan haram, maka utama kita meninggalkannya 


Wallahu a’lam 


Sumber:

https://t.me/TheGardenofAlQuran


Soal jawab berkaitan Puasa Ganti dan Fidyah. 



FAQ Ganti & FIdyah 











Soal Jawab Puasa ganti dan Puasa Qada'


1- Bolehkah puasa ganti hari jumaat? 

J: Puasa ganti pada hari jumaat adalah dibolehkan. Berbeza dengan puasa sunat, maka ini ada perbincangan yang lebih lanjut, saya ada tulis di sini: https://x.com/Muzuzxck/status/1660620647138230273?s=20


2- Bolehkah puasa ganti pada bulan Rejab & Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti kita percepatkan ganti puasa itu sebelum tibanya Ramadan akan datang 


3- Adakah mesti diniatkan pada waktu malam atau waktu sahur untuk puasa ganti? 

J: Ya, dalam mazhab Shāfiʿī, niat bagi puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam atau sebelum masuknya waktu subuh. Puasa ganti termasuk dari puasa yang wajib, maka mesti diniatkan pada waktu malam sebelumnya, paling akhir adalah sebelum waktu subuh masuk. 

Berbeza dengan puasa sunat yang dibenarkan untuk kita berniat (jika masih belum buat perkara membatalkan) selagi masih belum masuk waktu zohor. 


4- Bolehkah gabung puasa ganti dengan puasa hari Isnin atau sunat-sunat yang lain? 

J: Boleh, namun lebih utama dan afdhal adalah DIASINGKAN antara puasa ganti dan sunat 


5- Bolehkah berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti? 

J: Tidak boleh berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti kerana termasuk puasa wajib, maka tidak boleh dibatalkan puasa wajib sewenangnya, bahkan dimasukkan dalam kategori dosa besar menurut Shaykh Zakariyyā al-Anṣārī.


6- Bolehkah puasa ganti selepas 15 Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti dia puasa ganti walaupun setelah 15 Sya'ban, tiada halangan buatnya.


Wallahu a'lam. 


Rujukan dan pautan asal:

https://t.me/TheGardenofAlQuran








Soal Jawab: Berkaitan Puasa & Malam Nisfu Syaaban

FAQ Nisfu Sya’ban






Rujukan dan pautan asal:

https://t.me/TheGardenofAlQuran










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top