Showing posts with label Aswan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Aswan Anwar. Show all posts

 



LYRICS


Bukankah hairan

Kau masih mampu bertahan?

Walau belum pulih pahit maung yang lalu

Apakan daya perasaan

Bukan dalam taklukanmu

Tiada siapa pinta hadirnya


CHORUS:

It’s okay jika sugul hatimu

It’s okay jika gugur tangismu

It’s okay bila adanya air

Suburlah bumi

Bila gugur air mata

(Tuhan izinkan kau menangis)

Saat itulah rahmat-Nya

(Selama ini Dia ada)

Terbuka untukmu


BRIDGE:

Biarlah patah sayapmu

Hingga bertongkatkan paruh

Biarlah patah paruhmu

Hingga kau pun berteleku 

Bagai pohon bambu ditiup angin

It’s okay


CHORUS 2: 

It’s okay rebah di titik nadirmu

It’s okay bila remuk hatimu

It’s okay 

itu alasan-Nya tuk kabul doamu




Piano Version


Short Film




Aswan:

Hari itu ombak ganas bergelora

Tibanya tak diduga 

Dan ku tak waspada

Sejauh jelajahku di laut dunia

Dakwa ku mahir sudah

Berlayar tanpa resah 


Aswan:

Rupanya masih muda

Membaca hikmah tersirat

Kala gelisah itu

Tertangkap mataku pada 


Aswan:

Berantakan mega

Di ruang udara

Merelakan lintasnya sinar suria

Mungkin kerana ini 

Berantakannya hati

Untuk merelakan sinar

Harapan dari Tuhanku 


Mahdi:

Gelora ombak nan tenang

Tak mungkin menjadikan ku mahir menongkah arus lautan


Aswan:

Jika diturut perasaan

Lebih aman saja aku berada di pelabuhan

Mahdi:

Namun bukan itu maksud pelayaranku

Aswan:

Apalah erti hujung nafasku

Tak kesampaian 

Aswan& Mahdi

destinasi cintaku oo.. 


Aswan:

Berantakan mega

Di ruang udara

Merelakan lintasnya sinar suria

Mungkin kerana ini 

Berantakannya hati oo..

CHORUS:

Untuk merelakan sinar

Harapan dari Tuhanku


Mahdi:

Selama ini

Berantakannya hati

Pandanganku terhijab emosi

Kerana aturan-Nya

Tak pernah tersalah

Namun ku gagal fahami

Bahasa cinta Ilahi

Aswan:

Kerana aturan-Nya

Tak pernah tersalah

Namun ku gagal fahami

Bahasa cinta Ilahi











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top