Showing posts with label Badminton Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Badminton Malaysia. Show all posts

 





SZE FEI & IZZUDDIN RAJA DI ISTORA SENAYAN JAKARTA ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ


๐Ÿ† Juara Indonesia Masters 2026

๐Ÿ† Juara Indonesia Open 2026 ๐Ÿ†•


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Sze Fei/Nur Izzuddin bangkit untuk menumpaskan sekali lagi gandingan tuan rumah ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Indra/Joaquin, mengulangi final Masters ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ di Januari ๐Ÿ’ช


FeiDin turut mencipta sejarah:

✅ Wakil Badminton Malaysia pertama memenangi lebih dari satu gelaran S1000

✅ Tamatkan kemarau 1️⃣8️⃣ tahun kejuaraan Terbuka ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ buat Beregu Lelaki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Syabas dan Tahniah Team Tangan Kuat atas gelaran Super 1000 ke-0️⃣2️⃣ dalam kerjaya ini ๐Ÿ™Œ



Juara Terbuka Indonesia 2026!!๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

Alhamdulillah dan tahniah Izzuddin dan Sze Fei!

Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.

Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua ๐Ÿ’ช

Sumber: ShuttleHard, gambar oleh Ahjo Badminton, YB.







#PIO2026 

#UNBRKBL 

#ShuttleHard






 


๐Ÿ”ฅ๐Ÿšจ TERKINI:

Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw, selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand, dengan keputusan 2–1.

Kali terakhir emas acara ini menjadi milik Malaysia ialah pada edisi 1991 di Manila, Filipina. Kini, selepas lebih tiga dekad penuh harapan dan kesabaran, sejarah kembali berpihak kepada tanah air. 


๐Ÿ”ฅ Atlet silat kebangsaan, Syafiqah Hamzah, akhirnya mencipta sejarah apabila meraih pingat emas sulungnya dalam acara perseorangan wanita, sekali gus menamatkan kemarau emas Malaysia selama 20 tahun dalam acara tersebut.

Dengan kutipan 9.960 mata, Syafiqah tampil penuh wibawa menewaskan wakil Brunei, Wasiqah Aziemah, yang memperoleh 9.920 mata.

Satu detik gemilang, lahir daripada disiplin, ketenangan dan jiwa juang yang tidak pernah goyah.


Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas badminton pertama Malaysia di Sukan SEA Bangkok, sekali gus menamatkan kemarau emas beregu wanita selama 10 tahun.

Dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, mereka menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, 21–16, 19–21, 21–17.

Satu kemenangan yang lahir daripada kesabaran, keteguhan dan kepercayaan pada diri — detik gemilang yang akan terpahat dalam sejarah badminton negara.


Sumber: https://x.com/NewsBFM


TAHNIAH SEMUA ATLET MALAYSIA YANG BERJUANG. ALHAMDULILLAH. KAMI BANGGA. MALAYSIA BOLEH.




Berikut adalah wakil-wakil Badminton Malaysia yang telah berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 8 terbaik di ranking Jelajah Dunia BWF musim 2024 ini.

Mereka akan bersaing di #BWFWorldTourFinals di Hangzhou, China pada 11-15 Disember.

Boleh ditonton live di Sooka, Astro Badminton & Badminton 2 dan BWF TV YouTube. 


Nota:

1. Perlawanan Peringkat Kumpulan akan diadakan dalam format 'Round Robin'.

2. Hanya 2 terbaik dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat 'Kalah-Mati'.


Pemain (Wakil) Malaysia Ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 (BWF World Tour Finals) :


BEREGU WANITA

Pearly Tan / Thinaah Muralitharan (Beregu Wanita)

Penampilan: 3

Pencapaian Terbaik: Peringkat Kumpulan



Wakil tunggal Badminton Malaysia dalam sektor ini, Pearly Tan/Thinaah Muralitharan diundi dalam Kumpulan A bersama Liu/Tan (China), Matsuyama/Shida (Jepun) dan Jolly/Pullela (India).


BEREGU CAMPURAN

1. Chen Tang Jie / Toh Ee Wei (Beregu Campuran)

Penampilan: 2

Pencapaian Terbaik: Peringkat Kumpulan


2. Goh Soon Huat / Shevon Lai Jemie (Beregu Campuran)

Penampilan: 4

Pencapaian Terbaik: Separuh Akhir

2 gandingan Badminton Malaysia, Goh Soon Huat/Shevon Lai dan juga Chen Tang Jie/Toh Ee Wei diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B.


BEREGU LELAKI

1. Goh Sze Fei / Nur Izzuddin (Beregu Lelaki)

Penampilan: 1 (Debut)

Pencapaian Terbaik: -


2. Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)

Penampilan: 5

Pencapaian Terbaik: Peringkat Kumpulan


2 wakil Badminton Malaysia diundi dalam kumpulan berbeza. Goh Sze Fei/Nur Izzuddin  diundi dalam Kumpulan A bersama Astrup/Rasmussen (Denmark), Lee/Yang (TPE) dan Lee/Wang(TPE).

Manakala Aaron Chia/Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan B bersama He/Ren ( China), Alfian/Ardianto (Indonesia) dan Gutama/Isfahani  (Indonesia).

PERSEORANGAN LELAKI

Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)

Penampilan: 3

Pencapaian Terbaik: Separuh Akhir

Perseorangan No.1 Badminton Malaysia - Lee Zii Jia diundi dalam Kumpulan A bersama Anders Antonsen (Denmark), Chou Tien Chen (TPE) dan Li Shi Feng (China).


HSBC BWF World Tour Finals 2024
๐Ÿ“ Hangzhou, China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ
๐Ÿ—“️ 11-15 December 2024
๐Ÿ’ฐ USD $2,500,000

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿธ QUALIFIED PLAYERS
MS: Lee Zii Jia 
MD: Goh Sze Fei / Nur Izzuddin 
MD: Aaron Chia / Soh Wooi Yik 
WD: Pearly Tan / Thinaah Muralitharan 
XD: Goh Soon Huat / Shevon Lai
XD: Chen Tang Jie / Toh Ee Wei 

โ„น️ INFORMATION

GROUP STAGE DRAWS
๐Ÿ—“️ 07 Dec (Saturday)
⏰ 10:30 AM MYT

KNOCK OUT STAGE DRAWS
๐Ÿ—“️ 13 Dec (Friday)
⏰ Immediately after the conclusion of Group Stage

GALA DINNER
๐Ÿ—“️ 09 Dec (Monday)
⏰ 6:30 PM MYT
๐Ÿงฅ Black Tie / Formal
๐Ÿ† BWF POTY
๐Ÿ† Best dressed male and female player

๐Ÿ’ฐ PRIZE MONEY 
3rd in Group Stage = S: RM67k / D: RM78k
4th in Group Stage = S: RM122k / D: RM145k
Semifinals = RM223k
Runner-Up = RM446k  
Champion = S: RM893k / D: RM938k

Note: S=Singles D=Doubles

Kemaskini 13 Disember 

Kita ada 3 wakil di Separuh Akhir esok!

Men's Doubles
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Sze Fei / Nur Izzuddin

Mixed Doubles
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Chen Tang Jie / Toh Ee Wei 
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Soon Huat / Shevon Lai

Selamat maju jaya buat semua. Semoga berjaya. All the best! Malaysia boleh! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Sumber:-

(1)  https://x.com/ShuttleHard/

(2) https://x.com/ShuttleHard/

(3) https://x.com/craigansibin/















PETRONAS Malaysia Open 2025

[HSBC BWF World Tour Super 1000]

๐Ÿ“ Kuala Lumpur, Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŸ️ Axiata Arena, KL Sports City

๐Ÿ—“️ 07-12 January 2025

๐Ÿ’ฐ USD $1,450,000


๐ŸŽซ TICKET INFO!! ⚠️

๐Ÿ—“️ 28 November

⏰ 9:00 AM 

โ„น️ Early Bird Promo until 23rd December

Link: ticket2u.com.my/cd?id=39413


๐Ÿ”ตPLATINUM A (Previously known as Superfan)

Season Ticket: RM2000

7 Jan (R32): N-RM180 / E-RM150

8 Jan (R32): N-RM180 / E-RM150

9 Jan (R16): N-RM360 / E-RM330

10 Jan (QF): N-RM450 / E-RM420

11 Jan (SF): N-RM540 / E-RM510

12 Jan (F): N-RM630 / E-RM600


๐ŸŸ PLATINUM B ๐Ÿ†•

Season Ticket: RM1820

7 Jan (R32): N-RM150 / E-RM120

8 Jan (R32): N-RM150 / E-RM120

9 Jan (R16): N-RM330 / E-RM300

10 Jan (QF): N-RM420 / E-RM390

11 Jan (SF): N-RM510 / E-RM480

12 Jan (F): N-RM600 / E-RM570


๐ŸŸกPREMIUM (306, 307 & 308)

Season Ticket: RM1450

7 Jan (R32): N-RM135 / E-RM100

8 Jan (R32): N-RM135 / E-RM100

9 Jan (R16): N-RM180 / E-RM145

10 Jan (QF): N-RM315 / E-RM280

11 Jan (SF): N-RM450 / E-RM415

12 Jan (F): N-RM540 / E-RM505


๐ŸŸขPREMIUM A

Season Ticket: RM780

7 Jan (R32): N-RM77 / E-RM67

8 Jan (R32): N-RM77 / E-RM67

9 Jan (R16): N-RM95 / E-RM85

10 Jan (QF): N-RM144 / E-RM134

11 Jan (SF): N-RM270 / E-RM260

12 Jan (F): N-RM315 / E-RM305


๐Ÿ”ดPREMIUM B

Season Ticket: RM720

7 Jan (R32): N-RM59 / E-RM45

8 Jan (R32): N-RM59 / E-RM45

9 Jan (R16): N-RM77 / E-RM63

10 Jan (QF): N-RM126 / E-RM112

11 Jan (SF): N-RM252 / E-RM238

12 Jan (F): N-RM297 / E-RM283


๐ŸŸฃUPPER

Season Ticket: RM282

7 Jan (R32): N-RM45 / E-RM32

8 Jan (R32): N-RM45 / E-RM32

9 Jan (R16): N-RM54 / E-RM41

10 Jan (QF): N-RM67 / E-RM54

11 Jan (SF): N-RM81 / E-RM68

12 Jan (F): N-RM90 / E-RM77


Remarks:

N = Normal

E = Early Bird





Sumber:- https://x.com/craigansibin/








 


Keputusan Perlawanan ChinaMasters2024

Hari Kelima | Separuh Akhir

Beregu Campuran


FINAL S750 PERTAMA BUAT PANG RON/ SU YIN!


Kejutan demi kejutan dilakar pasangan meningkat naik BadmintonMalaysia Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ apabila mereka tampil cemerlang menyekat wakil ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฐ Tang Chun Man/Tse Ying Suet untuk mara ke Final Pertama Super 750 melalui kebangkitan epik di game penentuan. 


Ini juga merupakan Final terbesar buat Pang Ron/Su Yin yang baru sahaja digandingkan sejak November 2023๐Ÿ”ฅ. 


Mereka bakal berdepan wakil tuan rumah ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping di Final esok ๐Ÿ’ช๐Ÿผ. 


๐Ÿ“ธ China Masters 2024



Sumber:

https://x.com/ShuttleHard/status/1860174339628499129?t=4c_YP0EzaTgsQFZJuYwYYQ&s=19







SERTAI GANDINGAN ELIT BADMINTON, MENANGI GELARAN SULUNG S500.


Satu lagi sejarah dilakar gandingan sensasi Goh Sze Fei/Nur Izzuddin apabila berjaya menamatkan penantian 11 tahun Badminton Malaysia di Terbuka Arctic.

Ini selepas mereka menewaskan juara bertahan Kim Astrup /Anders Rasmussen๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐ.

Dengan kemenangan ini, FeiDin sah menyertai barisan gandingan elit apabila telah melengkapi semua gelaran S100 - S1000 sekali gus mengekalkan rekod 100% kemenangan di final Jelajah Dunia BWF.

Ini juga merupakan kemenangan ke-2️⃣ FeiDin menentang gandingan berpengalaman ini dari 8️⃣ pertemuan. 

Tahniah FeiDin ๐Ÿ†! Semoga momentum dikekalkan di kejohanan seterusnya ๐Ÿ”ฅ.




๐Ÿ† Champion


Super 1000 ✅

Super 750 ✅

Super 500 ✅

Super 300 ✅

Super 100 ✅

International Challenge ✅

International Series ✅






Sumber:

https://x.com/ShuttleHard/

https://x.com/craigansibin/

https://x.com/theone_xyz/






Keputusan Perlawanan Terbuka China 2024 (#ChinaOpen2024) 

Beregu Lelaki 

PENANTIAN 35 TAHUN BERAKHIR. REKOD 1989 TERHAPUS. SEJARAH TERLAKAR DI BUMI CHANGZHOU, ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ.

Goh Sze Fei/Nur Izzuddin lakar sejarah manis menggapai Gelaran Sulung Super 1000 dalam kerjaya sekaligus memadam rekod kali terakhir gelaran Terbuka China yang dimenangi #BadmintonMalaysia 35 tahun lalu oleh gandingan legenda Razif Sidek/Jailani Sidek pada 1989. 

FeiDin senyapkan Olympic Sports Centre Gymnasium untuk menewaskan wakil tuan rumah ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ, He Ji Ting/Ren Xiang Yu menerusi perlawanan yang diheret ke aksi penentuan yang sengit dan mendebarkan.

Dengan kemenangan ini, dendam FeiDin terlunas setelah kekalahan berturut ke atas HeRen di Separuh Akhir Piala Thomas dan Terbuka Singapura May lalu. 

Lebih manis, mereka bakal menduduki kedudukan ranking ke-8 dunia dalam kemaskini rasmi Ranking Dunia BWF minggu hadapan. Ia juga bakal menjadi kedudukan ranking tertinggi buat Goh Sze Fei/Nur Izzuddin.

Setakat berita ini ditulis, Malaysia baru memenangi kejuaran S1000 baru 2 kali. 
Lee Zii Jia (AE 2021), FeiDin (China Open) 
Tahniah Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani ๐Ÿ†. 

Moga momentum kekal dipacu ke kejohanan mendatang๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ”ฅ



Penulisan: ShuttleHard

๐Ÿ“ธ Victor Sport & Xinhua News

 

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah menang di final Terbuka Jepun 2024 hari ini (25 Ogos). Kedua-duanya menewaskan pemain nombor empat dunia dan penyandang juara, pemain Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-19, 21-15.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi Terbuka Jepun adalah pada tahun 2002 melalui gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng. 

Kali terakhir kita ke final pula menerusi Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (pada 2012). 

Dengan kemenangan mereka, pemain badminton beregu lelaki memenangi hadiah AS$62,900 (RM275,226) pada Siri Super 750 Badminton World Tour, yang terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.

Semalam (24 Ogos), Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia) mengesahkan pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah memutuskan untuk menjadi profesional. BAM menghormati keputusan mereka dan telah bersetuju untuk membebaskan mereka secara rasmi pada 1 September 2024.





Selepas meninggalkan BAM, Feidin/Dinfei menyertai team Victor. 

Kemaskini (22 September) 

#BWF - ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Sze Fei-Nur Izzuddin ialah JUARAAAA #ChinaOpen2024 sekaligus menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia! ๐Ÿ’ช๐Ÿฅ‡

Mereka menewaskan ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 untuk meraih kejayaan tersebut.

Sumber:

https://x.com/Scoopdotmy/

https://x.com/NewsBFM/

https://x.com/theone_xyz/

https://x.com/craigansibin/

https://x.com/SPOTVMY






Tahniah kepada gandingan beregu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya dapatkan pingat gangsa untuk Malaysia pada 4 Ogos 2024 di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini. 

Terkini (12 Ogos) 
Atas nasihat doktor, Soh Wooi Yik yang belum berada ditahap kecergasan baik perlu menarik diri dari Terbuka Jepun yang akan bermula Selasa depan. Menurut Rexy Mainaky, Wooi Yik mengalami kecederaan di bahagian kaki sejak aksi separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024, 1 Ogos lalu.

Terima kasih untuk pengorbanan dan kejayaan ini. Moga terus berjaya. 


Aaron Chia and Soh Wooi Yik medal collections

๐Ÿฅ‰ 2024 Paris Olympic ๐Ÿ†•
๐Ÿฅ‰ 2024 Asia Championships
๐Ÿฅ‰ 2023 World Championships
๐Ÿฅ‰ 2023 Asian Games
๐Ÿ† 2022 World Championships
๐Ÿฅ‰ 2022 Commonwealth Games
๐Ÿฅˆ 2022 Asia Championships
๐Ÿฅ‰ 2020 Tokyo Olympic
๐Ÿฅ‡ 2019 SEA Games

Team Event
๐Ÿฅ‰ 2024 Thomas Cup
๐Ÿฅˆ 2024 Asian Team Championships
๐Ÿฅ‰ 2023 Sudirman Cup
๐Ÿฅ‡ 2022 Commonwealth Games
๐Ÿฅ‡ 2022 Asian Team Championships
๐Ÿฅ‰ 2021 Sudirman Cup
๐Ÿฅˆ 2020 Asian Team Championships
๐Ÿฅˆ 2019 SEA Games




Malaysia men’s doubles in Olympics


Razif Sidek/Jalani Sidek

Bronze in Barcelona 1992


Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock

Silver in Atlanta 1996


Goh V Shem/Tan Wee Kiong

Silver in Rio 2016


Aaron Chia/Soh Wooi Yik

Bronze in Tokyo 2020


Aaron Chia/Soh Wooi Yik

Bronze in Paris 2024




Sumber:

https://x.com/craigansibin

https://x.com/newdandbiru

Gambar:

OlympicMas dan BWF




BADMINTON PERODUA Masters Malaysia 2024 

Selamat maju jaya semua wakil Malaysia ke akhir. 

Boleh tonton di Astro Arena dan youtube BWF TV. 





Beli tiket di sini:

https://www.ticket2u.com.my/event/35171



Live update score:

https://www.tournamentsoftware.com















Thomas & Uber Cups will be held at Chengdu (China), from 28 April - 5 May 2024

Live on TV ๐Ÿ‘‰๐Ÿป RTM & Astro

Live streaming ๐Ÿ‘‰๐Ÿป RTM Klik, YouTube & Sooka


Ini adalah perkembangan yang dikongsi #ShuttleHard bagi Undian Total Energies BWF Thomas & Uber Cup Finals


PIALA THOMAS


Skuad Lelaki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #BadmintonMalaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Juara 2016 Denmark ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐ, Hong Kong ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฐ dan Algeria ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฟ

Edisi 2024 merupakan penampilan ke-33 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ di Piala Thomas dengan pencapaian terbaik adalah:-

Juara๐Ÿฅ‡

1992 1967 1955 1952 1949

Naib Juara๐Ÿฅˆ

2014 2002 1998 1994 1990 1988 1976 1970 1958

Pencapaian Edisi 2022:- Suku Akhir



PIALA UBER

Skuad Wanita #BadmintonMalaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ diundi dalam Kumpulan B yang turut memuatkan Naib Juara 2018 Thailand ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ, Chinese Taipei TPE dan Australia ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บ

Edisi 2024 merupakan penampilan ke-20 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ di Piala Uber dengan pencapaian terbaik adalah:-


2010-Suku Akhir

2008-Suku Akhir

2004-Suku Akhir


Pencapaian 2022:-Peringkat Kumpulan


Semoga maju jaya team Malaysia! Malaysia boleh. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


 

Senarai pemain Malaysia yang mewakili Malaysia.

Wakil Piala Thomas:

  • Lee Zii Jia (26, Rank: 11) 
  • Choong Hon Jian (menggantikan Ng Tze Yong yang berhadapan kecederaan) 
  • Leong Jun Hao (25, Rank: 37) 
  • Cheam June Wei (27, Rank: 61) 
  • Justin Hoh (20 Rank: 233) 
  • Aaron Chia (27, Rank: 5) 
  • Soh Wooi Yik (26 Rank: 5) 
  • Nur Izzuddin Rumsani (27, Rank: 19) 
  • Goh Sze Fei (27, Rank: 19) 
  • Muhammad Haikal Nazri (22, Rank: 27) 

Wakil Piala Uber:

  • Goh Jin Wei (24, Rank: 33) 
  • K Letshanaa (20, Rank: 67) 
  • Wong Ling Ching (21, Rank: 77) 
  • Siti Nurshuhaini Azman (20, Rank: 258) 
  • Siti Zulaikha Azmi (18, Rank: 261) 
  • Teoh Mei Xing (27, Rank: 56) 
  • Go Pei Kee (22, Rank: 80) 
  • Tan Zhing Yi (21, Rank: 250) 
  • Ho Lo Ee (21, Rank: 250) 
  • Chan Wen Tse (19, Rank: 265) 


Sumber lain: https://twitter.com/craigansibin/














Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top