Showing posts with label DinFei. Show all posts
Showing posts with label DinFei. Show all posts

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah menang di final Terbuka Jepun 2024 hari ini (25 Ogos). Kedua-duanya menewaskan pemain nombor empat dunia dan penyandang juara, pemain Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-19, 21-15.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi Terbuka Jepun adalah pada tahun 2002 melalui gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng. 

Kali terakhir kita ke final pula menerusi Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (pada 2012). 

Dengan kemenangan mereka, pemain badminton beregu lelaki memenangi hadiah AS$62,900 (RM275,226) pada Siri Super 750 Badminton World Tour, yang terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.

Semalam (24 Ogos), Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia) mengesahkan pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah memutuskan untuk menjadi profesional. BAM menghormati keputusan mereka dan telah bersetuju untuk membebaskan mereka secara rasmi pada 1 September 2024.





Selepas meninggalkan BAM, Feidin/Dinfei menyertai team Victor. 

Kemaskini (22 September) 

#BWF - πŸ‡²πŸ‡Ύ Goh Sze Fei-Nur Izzuddin ialah JUARAAAA #ChinaOpen2024 sekaligus menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia! πŸ’ͺπŸ₯‡

Mereka menewaskan πŸ‡¨πŸ‡³ He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 untuk meraih kejayaan tersebut.

Sumber:

https://x.com/Scoopdotmy/

https://x.com/NewsBFM/

https://x.com/theone_xyz/

https://x.com/craigansibin/

https://x.com/SPOTVMY







Setelah 5 bulan terpisah, beregu yang dibentuk pada tahun 2016 ini kembali ada rasa dan digandingkan semula pada Mei 2023.

Sejak digandingkan bersama pada 2016, mereka telah meraih pingat perak ketika Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur dan pingat gangsa Kejohanan Asia 2022 di Manila, serta menjadi tonggak kepada kecemerlangan skuad negara meraih pingat emas Kejohanan Berpasukan Asia yang berlangsung di Setia Alam, Se­langor tahun lalu.

Setelah berganding kembali, mereka mencatatkan beberapa kejayaan manis bersama sepanjang 2023 ini. Antaranya menjuarai Terbuka US, Kaohsiung Masters dan Abu Dhabi Masters. Ini mengingatkan kita kepada kejayaan BWF Terbuka Jerman 2022. 


Goh Sze Fei / Nur Izzuddin


πŸ₯‡ 2024 Arctic Open (S500) πŸ†•

πŸ₯‡ 2024 China Open (S1000) 

πŸ₯‡ 2024 Japan Open (S750) 

πŸ₯ˆ 2024 Asian Championships

πŸ₯‡ 2023 Abu Dhabi Masters

πŸ₯‡ 2023 Kaohsiung Masters

πŸ₯‡ 2023 US Open

πŸ₯‰ 2022 Asian Championships

πŸ₯ˆ 2022 Swiss Open

πŸ₯‡ 2022 German Open

πŸ₯ˆ 2017 Malaysia Masters

πŸ₯ˆ 2018 India International

πŸ₯‡ 2017 Malaysia International

πŸ₯ˆ 2016 India International Series

πŸ₯‡ 2016 Swiss International

πŸ₯ˆ 2016 Vietnam International Series

πŸ₯‡ 2016 Singapore International


Team Event

πŸ₯‰ 2024 Thomas Cup

πŸ₯ˆ 2024 Asian Team Championships

πŸ₯‡ 2022 Asian Team Championships

πŸ₯ˆ 2020 Asian Team Championships

πŸ₯‰ 2018 Asian Team Championships

πŸ₯ˆ 2017 SEA Games.


Moga ada lebih banyak sinar untuk 2024 ini! 






Sumber:








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top