Showing posts with label Goh Sze Fei Nur Izzuddin. Show all posts
Showing posts with label Goh Sze Fei Nur Izzuddin. Show all posts

 





SZE FEI & IZZUDDIN RAJA DI ISTORA SENAYAN JAKARTA ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ


๐Ÿ† Juara Indonesia Masters 2026

๐Ÿ† Juara Indonesia Open 2026 ๐Ÿ†•


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Sze Fei/Nur Izzuddin bangkit untuk menumpaskan sekali lagi gandingan tuan rumah ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Indra/Joaquin, mengulangi final Masters ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ di Januari ๐Ÿ’ช


FeiDin turut mencipta sejarah:

✅ Wakil Badminton Malaysia pertama memenangi lebih dari satu gelaran S1000

✅ Tamatkan kemarau 1️⃣8️⃣ tahun kejuaraan Terbuka ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ buat Beregu Lelaki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Syabas dan Tahniah Team Tangan Kuat atas gelaran Super 1000 ke-0️⃣2️⃣ dalam kerjaya ini ๐Ÿ™Œ



Juara Terbuka Indonesia 2026!!๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

Alhamdulillah dan tahniah Izzuddin dan Sze Fei!

Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.

Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua ๐Ÿ’ช

Sumber: ShuttleHard, gambar oleh Ahjo Badminton, YB.







#PIO2026 

#UNBRKBL 

#ShuttleHard







Keputusan Perlawanan Terbuka China 2024 (#ChinaOpen2024) 

Beregu Lelaki 

PENANTIAN 35 TAHUN BERAKHIR. REKOD 1989 TERHAPUS. SEJARAH TERLAKAR DI BUMI CHANGZHOU, ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ.

Goh Sze Fei/Nur Izzuddin lakar sejarah manis menggapai Gelaran Sulung Super 1000 dalam kerjaya sekaligus memadam rekod kali terakhir gelaran Terbuka China yang dimenangi #BadmintonMalaysia 35 tahun lalu oleh gandingan legenda Razif Sidek/Jailani Sidek pada 1989. 

FeiDin senyapkan Olympic Sports Centre Gymnasium untuk menewaskan wakil tuan rumah ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ, He Ji Ting/Ren Xiang Yu menerusi perlawanan yang diheret ke aksi penentuan yang sengit dan mendebarkan.

Dengan kemenangan ini, dendam FeiDin terlunas setelah kekalahan berturut ke atas HeRen di Separuh Akhir Piala Thomas dan Terbuka Singapura May lalu. 

Lebih manis, mereka bakal menduduki kedudukan ranking ke-8 dunia dalam kemaskini rasmi Ranking Dunia BWF minggu hadapan. Ia juga bakal menjadi kedudukan ranking tertinggi buat Goh Sze Fei/Nur Izzuddin.

Setakat berita ini ditulis, Malaysia baru memenangi kejuaran S1000 baru 2 kali. 
Lee Zii Jia (AE 2021), FeiDin (China Open) 
Tahniah Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani ๐Ÿ†. 

Moga momentum kekal dipacu ke kejohanan mendatang๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ”ฅ



Penulisan: ShuttleHard

๐Ÿ“ธ Victor Sport & Xinhua News

 

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah menang di final Terbuka Jepun 2024 hari ini (25 Ogos). Kedua-duanya menewaskan pemain nombor empat dunia dan penyandang juara, pemain Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-19, 21-15.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi Terbuka Jepun adalah pada tahun 2002 melalui gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng. 

Kali terakhir kita ke final pula menerusi Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (pada 2012). 

Dengan kemenangan mereka, pemain badminton beregu lelaki memenangi hadiah AS$62,900 (RM275,226) pada Siri Super 750 Badminton World Tour, yang terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.

Semalam (24 Ogos), Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia) mengesahkan pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani telah memutuskan untuk menjadi profesional. BAM menghormati keputusan mereka dan telah bersetuju untuk membebaskan mereka secara rasmi pada 1 September 2024.





Selepas meninggalkan BAM, Feidin/Dinfei menyertai team Victor. 

Kemaskini (22 September) 

#BWF - ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Goh Sze Fei-Nur Izzuddin ialah JUARAAAA #ChinaOpen2024 sekaligus menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia! ๐Ÿ’ช๐Ÿฅ‡

Mereka menewaskan ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 untuk meraih kejayaan tersebut.

Sumber:

https://x.com/Scoopdotmy/

https://x.com/NewsBFM/

https://x.com/theone_xyz/

https://x.com/craigansibin/

https://x.com/SPOTVMY













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top