Showing posts with label Cinta Nabi. Show all posts
Showing posts with label Cinta Nabi. Show all posts

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ




=======

1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.


2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:


مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ


Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)


3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:


كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)


4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:


أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً


“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)


Semoga Allah membimbing kita.


Telegram Dr. Ahmad Sanusi Azmi


 Biodata Nabi Muhammad SAW



Sumber:

https://x.com/addien90s/status/1834535434443178315?s=19




Melalui Majalah al-Ustaz, edisi 54, ruangan Inspirasi, Ustaz Muhammad Muizzuddin Zaini berkongsi tentang Inspirasi buat Anak Muda.
  • Dua senior
Gelaran Syaikhan (dua orang tua atau senior) dalam kalangan para sahabat merujuk kepada Abu Bakar dan Umar. Pun begitu, mereka sebenarnya masuk Islam masing-masing pada umur 38 dan 37 tahun.
  • Amin al-Ummah
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Rasulullah menggelarkannya orang kepercayaan umat (Amin al-ummah). Beliau mengambil baton memimpin tentera daripada Khalid al-Walid atas perintah Umar dan banyak lagi. Beliau juga salah seorang yang dijamin syurga.
  • Tiga anak muda
Tiga orang anak muda yang diutuskan oleh Rasulullah ke Madinah untuk mengajar, memandu dan mendidik penduduk di sana sebelum hijrah Nabi; As'ad bin Zurarah, Sa'ad bin Mu'az dan Mus'ab bin Umair. Mereka semua belum mencecah usia 30-an.
  • Muda Remaja
Muaz bin Jabal ikut hadir dalam Perjanjian Aqabah ketika beliau masih muda remaja. Kemudian bersama Rasulullah dalam Perang Badar ketika berumur 20 atau 21 tahun.
  • Pimpin rombongan
Mus'ab bin Umair, ditemani As'ad bin Zurarah memimpin 70 orang suku Aus dan Khazraj keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk bertemu Rasulullah sehingga termeterainya perjanjian Aqabah kedua.
  • Wanita Paling Faqih
Aisyah binti Abu Bakar, digelar al-Siddiqah bintu Siddiq. Umum mengetahui usianya yang muda ketika dikahwini Rasulullah. Beliau juga seorang yang sangat cerdas sehingga Imam al-Zahabi menyebutkannya sebagai wanita yang paling faqih. Beliau banyak sekali meriwayatkan hadis Rasulullah, kata a-Zahabi sehingga mencapai 2,210 hadis.
  • Separuhnya Anak Muda
Separuhnya daripada generasi awal Ansar yang berbaiah dalam Perjanjian Aqabah adalah anak-anak muda.
  • Yang punya pengikat dua pinggang
Asma' binti Abu Bakar. Beliau memainkan peranan membantu proses hijrah Rasulullah. Antaranya beliau membawakan bekalan makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahandanya menggunakan pengikat pinggangnya yang dikoyak dua.

Lalu beliau mendapat gelaran Dzat al-Nithaqain (yang mempunyai dua pengikat pinggang). Ketika itu umurnya dianggarkan baru belasan tahun.
  • Dijamin Syurga
Daripada 10 orang sahabat yang dijamin syurga,lima orang daripadanya berumur antara belasan tahun hingga sekitar 20-an.
  • Komited
Zubair bin Al-'Awwam, salah seorang yang dijamin syurga. Masuk Islam ketika berumur 16 tahun. Langsung tidak pernah tertinggal perang bersama Rasulullah.


Semoga kita dapat memperoleh inspirasi melalui anak-anak muda yang berjasa membantu Rasulullah mengubah dunia ini. Insya-Allah.


Ini sedikit nota melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.
“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.”

Sahabat yang baik itu:
- Dia menutup aib sahabatnya.
- Dekat belakang / depan pun puji.
- Cari peluang untuk membantu.
- Saling mendoakan

Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu.

Cara Kawal Marah:
- Wuduk
- Ubah posisi
- Diam diri
- Positif
- Senyum
- Istighfar (Tenang)

Dosa anak-anak
"Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri.

Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun juga menanggung dosanya.

Masa diisi dengan:
- Iman (walau sebesar zarah boleh keluarkan kita dari neraka; sedar dosa kita.)
- Amal
- Berpesan-pesan
- Sabar & syukur

Positif:
-Tahu ilmu / kelebihan kita. Terus belajar.
- Berlatih & amalkan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
-Terus tambah nilai diri

Ciri wanita solehah:
- Beriman. Taat pada Allah.
(Jangan bagi nafsu menang. Tahan dulu kehendak lain, utamakan solat. Terima kasih dengan nikmat Tuhan.)
- Jika ada suami, tidak derhaka pada suami.
- Jaga aurat.
- Memelihara diri. Jaga diri.

Tiga yang kena ada nak dapat ciri wanita solehah:
- ILMU (Perlu selalu menambah ilmu; belajar)
- INGIN (kuat keinginan) Sebab nafsu dan iman sentiasa berperang, jika keinginan kuat iman menang. Kita ingin sebab nak jadi ahli akhirat yang tempatnya di syurga.
- INGAT (Recall. Beringat dan muhasabah selalu.)

Kalau kita cinta Nabi; kita ikut Nabi.

Tanda cinta Nabi:
- Jadikan diri al-amin (benar, dipercayai dan amanah)
- Mengasihi makhluk Allah yang lain. (Nabi jenis menjaga hati.)
- Selawat kepada Nabi.

Kelebihan berselawat:
- Ganjaran 10 kali ganda
- Ingatkan apa kita lupa
- Jaminan syafaat Nabi
- Dapat ketenangan & sebagai penawar.
"Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad."


2 S kalau lupa sesuatu dan kita buat, perkara ni akan buat kita teringat balik adalah;

- SOLAT dan SELAWAT.

Insya-Allah. Jika lupa sesuatu, solat dan selawatlah.


Semoga semua mendapat manfaatnya, insya-Allah! :)


*Sumber rancangan: 
Tanyalah Ustaz, Tanyalah ustazah & Al-Kuliyyah 2016
Gambar: WeHeartIt.com










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top