Showing posts with label Positif. Show all posts
Showing posts with label Positif. Show all posts


Terkadang kita terlalu tegas dan keras kepada diri kita sendiri. 

Kita sering memukul diri kita dengan sangat kuat, “aku gagal”, “aku tak guna”, “aku serba kurang”. Bukan untuk merendah diri, tapi memang sedang menghina diri sedalamnya. 


Ini tidak sepatutnya. Nabi ﷺ bersabda:


 لا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي


Janganlah salah seorang kamu berkata “𝘬𝘩𝘢𝘣𝘶𝘴𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘧𝘴𝘪” (diriku buruk/tercela), tetapi katakanlah “𝘭𝘢𝘲𝘪𝘴𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘧𝘴𝘪” (diriku kurang mampu).” [HR Bukhari & Muslim]

Sehingga begitu sekali Nabi ﷺ inginkan kita ini beradab kepada diri kita sendiri, jangan cela diri sendiri, sayangi diri kita sebetulnya. 


Jangan pukul diri sendiri, kita bukanlah sehina itu. Cuma kita perlukan masa untuk menjadi unggul.


#FawaidHadith


- Ustaz Muzuza

https://t.me/s/TheGardenofAlQuran  




 


Nabi Zakariya berdoa selama bertahun-tahun, mengulangi "Dan aku tidak hampa dengan doa kepada-Mu, wahai Tuhan."

Baginda yakin, selewat mana pun dikabulkan, ia pasti baik. 

Allah pasti kabulkan, jadi jangan mendesak supaya dipercepatkan.

Berharap pada Allah, kelak pasti akan diberikan. Jangan putus asa, teruskan berdoa.

Kerana kita tidak akan hampa apabila meminta kepada Tuhan.


Sumber:

Ustaz Yazid



Peringkat akhir Anugerah Nasyid 2017 ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 13 Januari 2018. Mempertaruhkan 10 buah lagu yang telah bertanding pada peringkat separuh akhir yang lalu. Pertandingan separuh akhir tersebut telah disertai sebanyak 30 buah lagu yang mana kesemua itu adalah hasil undian pendengar IKIM.FM daripada segmen Carta Nasyid bermula Mac 2015 hingga Mei 2017 juga disiarkan secara langsung menerusi siaran TV Al-Hijrah dan radio IKIM.FM.

Kemasikini: Keputusan #AN17:
(Juri)
Juara: Fadzli (Far East) - Syahadah
Kedua: Lah Ahmad - Salam
Ketiga: Daqmie - Jalan Syahadah
Lirik Terbaik: Hafiz Hamidun (Penyelamat)
Persembahan dan vokal terbaik: Fadzli (Far East) - Syahadah

(Undian)
Video klip pilihan: Al-Manna ft Ustaz Elyas Ismail
(Ajarkan Aku Setia)
Penyanyi solo pilihan: Fadzli (Far East)
Penyanyi berkumpulan / duo pilihan: UNIC
Lagu pilihan:  Syamail Muhammadiah - UNIC

Tahniah kepada semua finalis!

Berikut adalah di antara lagu-lagunya, pada nama finalis di bawah saya sertakan pautan akaun instagram mereka dan lirik lagu (yang pautannya sama ada di blog orang lain / saya). Teruskan menyokong industri nasyid tempatan. Terima kasih.

1. Salam nyanyian Lah Ahmad  |  Lirik 



2. Penyelamat (Hafiz Hamidun) | Lirik



3. Syahadah (Fadzli Fareast) | Lirik



4. Jalan Syahadah (Daqmie) | Lirik



5. Kalah Dalam Menang (Mawi Feat Syamsul Yusof) | Lirik



6. Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka) | Lirik



7. Ana Muslim (Simfoni) | Lirik



8. Syamail Muhammadiah (UNIC) | Lirik



9. Jom Selawat (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) | Lirik



10. Dalam Aku (Rabbani Feat Black) | Lirik



SELAMAT MENONTON SIARAN LANGSUNG DI TV ALHIJRAH & MENDENGARKANNYA SECARA LANGSUNG DI IKIM FM JANUARI NANTI. INSYA-ALLAH! :)


Kredit:
Gambar logo: FB nasyidkini
Kesemua 30 lagu yang masuk bertanding: Youtube playlist oleh Ammar Faris



Ustaz Pahrol Mohd Juoi memang dikenali dengan ceramah dan penulisannya yang sangat memberi inspirasi. Buku-buku beliau juga sangat mendapat tempat di hati ramai (bestseller). Saya semakin dekat dengan penulisan beliau menerusi majalah Solusi dan medium facebook beliau. Di sini saya kongsikan kata-kata menarik (quotes) yang saya ambil selepas membaca buku berjudul "Allah Dekat Tiada Gawat" penulisan beliau ini.
  • "Usaha untuk menjadi baik adalah perjuangan nafas panjang."
  • "Sesiapa yang memandang (perkara) yang baik-baik, akan mendapat kebaikan dan (insya-Allah) menjadi orang baik."
  • "Untuk yang telah tiada, kita banyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat."
  • "Jika hati mempunyai iman, kita tidak akan menzalimi orang lain apatah lagi menzalimi diri sendiri. Iman itu aman."
  • "Jangan jadi abid yang plastik. Kuat ibadah tetapi bersifat individualistik dan materialistik."
  • "Kejahilan mesti diperangi dengan ilmu."
  • "Berilah maaf kepada insan untuk mendapat keampunan Tuhan."
  • "Hiduplah berbekal tawakal. Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga adalah perintah-Nya."
  • "Pemarah akan selalu kalah."
  • "Orang yang mampu mengawal marah sahaja mampu mengawal diri. Jika marah dapat dikawal, semuanya dalam kawalan."
  • "Akal manusia tidak pernah sempurna."
  • "Menegur (biarlah) bukan kerana benci, (tapi) kerana sayang."
  • "Kaya atau miskin hakikatnya sama. Kedua-duanya sebagai ujian daripada Allah."
  • "Jangan dibiarkan nikmat berlalu tanpa disyukuri. Usah dialpakan sengsara untuk disabarkan. Inilah didikan Allah dalam kehidupan."
  • "Jangan hanya melihat nikmat, tetapi Pemberinya dipinggirkan. Jangan hanya melihat ujian tetapi Allah yang menurunkan ujian itu dilupakan."
  • "Tidak akan ada sesiapa yang dapat menghalang sekiranya Allah sudah menurunkan bantuan-Nya. When God is your friend, who is your enemy?"
  • "Kita hakikatnya sama, yakni sama-sama masih berperang dengan hawa nafsu dan godaan syaitan."
  • "Ingat mati akan menghidupkan jiwa kita untuk maju, bersatu dan berusaha."
  • "Insya-Allah, besarkan Allah dalam diri dan kehidupan, maka akan mengecillah semua musuh Allah yang sedang mencengkam kita."
  • "Istikharah lambang kelemahan di sisi Tuhan, tetapi sumber kekuatan kita untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan."
  • "Gantunglah cita-citamu setinggi syurga, bukan sebarang syurga, tetapi syurga yang paling tinggi, syurga Firdaus."
  • "Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasul itu jalan."
  • "Jika benar cinta Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah."

Jika berminat, boleh mendapatkan buku ini di laman web: telagabiru
Sekian petikan tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang saya ambil daripada buku ini. Banyak lagi yang menarik sebenarnya. Kena baca sendiri! Semoga sama-sama dapat ambil manfaat. Insya-Allah.



Ini sedikit nota melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.
“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.”

Sahabat yang baik itu:
- Dia menutup aib sahabatnya.
- Dekat belakang / depan pun puji.
- Cari peluang untuk membantu.
- Saling mendoakan

Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu.

Cara Kawal Marah:
- Wuduk
- Ubah posisi
- Diam diri
- Positif
- Senyum
- Istighfar (Tenang)

Dosa anak-anak
"Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri.

Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun juga menanggung dosanya.

Masa diisi dengan:
- Iman (walau sebesar zarah boleh keluarkan kita dari neraka; sedar dosa kita.)
- Amal
- Berpesan-pesan
- Sabar & syukur

Positif:
-Tahu ilmu / kelebihan kita. Terus belajar.
- Berlatih & amalkan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
-Terus tambah nilai diri

Ciri wanita solehah:
- Beriman. Taat pada Allah.
(Jangan bagi nafsu menang. Tahan dulu kehendak lain, utamakan solat. Terima kasih dengan nikmat Tuhan.)
- Jika ada suami, tidak derhaka pada suami.
- Jaga aurat.
- Memelihara diri. Jaga diri.

Tiga yang kena ada nak dapat ciri wanita solehah:
- ILMU (Perlu selalu menambah ilmu; belajar)
- INGIN (kuat keinginan) Sebab nafsu dan iman sentiasa berperang, jika keinginan kuat iman menang. Kita ingin sebab nak jadi ahli akhirat yang tempatnya di syurga.
- INGAT (Recall. Beringat dan muhasabah selalu.)

Kalau kita cinta Nabi; kita ikut Nabi.

Tanda cinta Nabi:
- Jadikan diri al-amin (benar, dipercayai dan amanah)
- Mengasihi makhluk Allah yang lain. (Nabi jenis menjaga hati.)
- Selawat kepada Nabi.

Kelebihan berselawat:
- Ganjaran 10 kali ganda
- Ingatkan apa kita lupa
- Jaminan syafaat Nabi
- Dapat ketenangan & sebagai penawar.
"Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad."


2 S kalau lupa sesuatu dan kita buat, perkara ni akan buat kita teringat balik adalah;

- SOLAT dan SELAWAT.

Insya-Allah. Jika lupa sesuatu, solat dan selawatlah.


Semoga semua mendapat manfaatnya, insya-Allah! :)


*Sumber rancangan: 
Tanyalah Ustaz, Tanyalah ustazah & Al-Kuliyyah 2016
Gambar: WeHeartIt.com










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top