Showing posts with label Cuti Tambahan. Show all posts
Showing posts with label Cuti Tambahan. Show all posts

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri.




• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.


- Jika raya jatuh pada Jumaat (20 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Isnin, 23 Mac 2026

- Jika raya jatuh pada Sabtu (21 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Jumaat, 20 Mac 2026




• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.



Sumber:

https://www.threads.com/@anwaribrahim_my/post/DV5R8C0AOH3

https://ecentral.my/cuti-tambahan-hari-raya-aidilfitri-20-23-mac-2026/#google_vignette









Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, cuti tambahan Deepavali dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di sini, kongsikan tarikh penting cuti tambahan perayaan Deepavali 2024:

1) 30 Oktober 2024 (Rabu) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)

2) 31 Oktober 2024 (Khamis) - Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)

3) 30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

4) Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan

Gambar

Secara kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan KPM kepada Kumpulan A dan Kumpulan B adalah seperti berikut;

1) Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu, empat hari)

2) Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad, lima hari)


Diharapkan ibu bapa dapat menyusun jadual anak-anak dengan bijak dan memastikan masa diisi dengan aktiviti bermakna serta bermanfaat sepanjang cuti perayaan Deepavali nanti.




Sumber: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/kpm-umum-cuti-tambahan-sempena-deepavali-2024











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top