Showing posts with label Danish Harraz. Show all posts
Showing posts with label Danish Harraz. Show all posts



NO-BAKE INSTANT CEREAL CHOCOLATE POD 3 BAHAN

Oleh @danish.harraz


Bahan-bahannya:-

  • 140g (2 cawan) Instant Cereal (Nestum timbang boleh beli di baking store)
  • 320g (2 cawan) Choc Compound, cairkan dengan double boil atau guna microwave (Danish campur 1 cawan milk choc + 1 cawan dark choc. Rasa nestum pod nya manis just nice.
  • Boleh guna semua milk jika suka lebih manis ya)
  • Hazelnut Spread secukupnya (boleh juga guna chocolate yang dicairkan, peanut butter atau apa-apa yang dirasakan sesuaie dngan selera)
  • (OPTIONAL) Sedikit Almond Nibs atau apa kekacang kegemaran yg telah disangai/panggang sebagai topping


TIPS:

PENTING: Bila siap gaul terus scoop dan tekan sedikit untuk isi filling bagi mengelak adunan jadi kering kerana chocolate mula mengeras dan untuk elak bila kita tekan nanti tepi-tepi pod jadi tak smooth.

Jika tak mahu guna cupcake liner, boleh juga terus bulat-bulatkan dan susun dalam tray. Kemudian tekan sedikit ditengahnya supaya senang untuk pipe kan filling.

Simpan dalam chiller hingga Cereal Pod mengeras, dalam 15 minit atau lebih bergantung pada peti sejuk. Bila Pod sudah mengeras, keluarkan dan biarkan diluar sekejap supaya lembut sedikit sebelum dimakan.

Selepas siap Danish simpan dalam bekas dan biarkan diluar dalam suhu bilik. Jangan biarkan di tempat yang suhunya panas. Danish tak simpan dalam peti sejuk dan ianya kekal elok dan tak cair.

 

Terima kasih kasih adik Danish sudi berkongsi resepi dengan semua. 


#DanishsRedKitchen



 



Danish's Red Kitchen

BISKUT SUJI DALAM DEBU
(SEMOLINA COOKIES)

INSTAGRAM: @danish.harraz

BAHAN-BAHANNYA:-
(Untuk 1 adunan Danish dapat 4 trays
diatas)
250 grams Minyak Sapi 400 grams Tepung Gandum 140 grams Tepung Suji 150 grams Gula Aising
50 grams Susu Tepung 1 sudu teh Garam Halus

OPTIONAL: Almond Nibs yang dipanggang sebentar (Danish recommend letak)

UNTUK COATING BISKUT:
4 sudu besar Gula Aising 6 sudu besar Susu Tepung
(Boleh lebihkan gula jika suka manis)

TIPS: 

Pastikan semua bahan dalam suhu bilik. Adunan memang agak lembik, biarkan, jangan tambah tepung atau apa-apa. Jangan uli lama-lama. Nanti biskut keras. 

Danish buat manis biskut just nice tapi boleh tambah 10-20 grams gula aising lagi sewaktu sediakan adunan jika suka lebih manis. 

Jangan skip part rehatkan doh jika mahu hasil cookies yang sedap. Danish timbang setiap doh seberat 8 grams untuk dapat saiz yang sama dan tidak terlalu besar. 

 


 PENTING:  

Jangan bakar biskut hingga perang, jangan overbake, nanti biskut tak gebu dan akan jadi keras. Danish bakar 15 minit dengan suhu 150°C, api atas bawah dan jangan guna fan. Ini bergantung juga pada saiz biskut juga suhu oven masing2. 

Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Biskut akan kelihatan putih diatasnya dan sedikit kuning dibawahnya. Terus keluarkan dari oven. Biarkan dalam baking tray hingga biskut setengah sejuk sebelum kita salut dengan gula aising dan susu tepung. 

Simpan dalam bekas kedap udara.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top