Showing posts with label resepi kuih raya. Show all posts
Showing posts with label resepi kuih raya. Show all posts



Biskut dahlia a.k.a semperit klasik. 100% resepi jualan (si pengongsi) 🤗. Sesiapa nak buat untuk raya dipersilakan. 


Resepi

1)  1 cawan buttercup

2)  3/4 cawan gula aising

3)  1biji kuning telur

4)  Sedikit esen vanila

5)  2 cawan tepung jagung

6)  1cawan tepung kastard

7)  1 cawan tepung gandum


Cara-cara buat semperit

* Pukul bttercup+gula+telur, gaul manja-manja sahaja ya (jangan terlebih) 

* Masukan esen vanila

* Selepas itu, masukan 3 jenis tepung (jagung+kastard+gandum)😂

* Bentukan bunga & bakar shu 150'c 30m

SIAP! 


Kredit:

Jom Belajar Buat Biskut



 NESTUM CRUNCHY COOKIES




Bahan-bahan buat Nestum Crunchy Cookies 

  • 250g buttercup
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1/2 cawan tepung jagung - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder - ayak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan nestum
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (optional)


1. Adun butter dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla adun sebati.

3. Off mixer masukkan bahan-bahan ayak dan nestum, kacau sebati sehingga jadi doh tak melekat di tangan. Kalau doh lembik letak sedikit tepung gandum.

4. Tekap dengan acuan yang digemari, susun atas baking tray.

5. Hias dengan hirisan ceri merah/hijau. Bakar pada suhu 160°c selama 20-25 minit atau sehingga masak bergantung pada oven memasing.

6. Tunggu sehingga biskut sejuk kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


Resepi & foto : Nor Azliza Mohamed


Kredit:

Resepi Sedap



 



Danish's Red Kitchen

BISKUT SUJI DALAM DEBU
(SEMOLINA COOKIES)

INSTAGRAM: @danish.harraz

BAHAN-BAHANNYA:-
(Untuk 1 adunan Danish dapat 4 trays
diatas)
250 grams Minyak Sapi 400 grams Tepung Gandum 140 grams Tepung Suji 150 grams Gula Aising
50 grams Susu Tepung 1 sudu teh Garam Halus

OPTIONAL: Almond Nibs yang dipanggang sebentar (Danish recommend letak)

UNTUK COATING BISKUT:
4 sudu besar Gula Aising 6 sudu besar Susu Tepung
(Boleh lebihkan gula jika suka manis)

TIPS: 

Pastikan semua bahan dalam suhu bilik. Adunan memang agak lembik, biarkan, jangan tambah tepung atau apa-apa. Jangan uli lama-lama. Nanti biskut keras. 

Danish buat manis biskut just nice tapi boleh tambah 10-20 grams gula aising lagi sewaktu sediakan adunan jika suka lebih manis. 

Jangan skip part rehatkan doh jika mahu hasil cookies yang sedap. Danish timbang setiap doh seberat 8 grams untuk dapat saiz yang sama dan tidak terlalu besar. 

 


 PENTING:  

Jangan bakar biskut hingga perang, jangan overbake, nanti biskut tak gebu dan akan jadi keras. Danish bakar 15 minit dengan suhu 150°C, api atas bawah dan jangan guna fan. Ini bergantung juga pada saiz biskut juga suhu oven masing2. 

Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Biskut akan kelihatan putih diatasnya dan sedikit kuning dibawahnya. Terus keluarkan dari oven. Biarkan dalam baking tray hingga biskut setengah sejuk sebelum kita salut dengan gula aising dan susu tepung. 

Simpan dalam bekas kedap udara.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top