Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts



SELAMAT, SELAMAT HARI RAYA LALALALA SELAMAT MENJAMU SELERA PAM PAM PARAM


SELAMAT, SELAMAT HARI RAYA LALALALA MARI MAKAN SEMUA KUIH RAYA PAM PAM PARAM


DARI DULU KUIH BAHULU,


MAT REMPIT KUIH SEMPRIT


CEPAT BANGUN KUIH BANGKIT


BAIK BUDI KUIH SUJI


BISKUT MAZOLA....KUIH DAHLIA


KEREPEK PISANG DAN KEREPEK NANGKA


ALMOND LONDON ADA..BISKUT BADAM JUGA BERMACAM MACAM MACAM MACAM KUIH RAYA


HARI RAYA ..HARI YANG MULIAAA KUIH RAYA PENUH ATAS MEJA JANGAN MALU...JANGAN SEGAN


KUIH RAYA JADI SANTAPAN JANGAN MALU...JANGAN SEGAN LEPAS MAKAN MAAF MAAFFAN








Biskut dahlia a.k.a semperit klasik. 100% resepi jualan (si pengongsi) 🤗. Sesiapa nak buat untuk raya dipersilakan. 


Resepi

1)  1 cawan buttercup

2)  3/4 cawan gula aising

3)  1biji kuning telur

4)  Sedikit esen vanila

5)  2 cawan tepung jagung

6)  1cawan tepung kastard

7)  1 cawan tepung gandum


Cara-cara buat semperit

* Pukul bttercup+gula+telur, gaul manja-manja sahaja ya (jangan terlebih) 

* Masukan esen vanila

* Selepas itu, masukan 3 jenis tepung (jagung+kastard+gandum)😂

* Bentukan bunga & bakar shu 150'c 30m

SIAP! 


Kredit:

Jom Belajar Buat Biskut



 



Danish's Red Kitchen

BISKUT SUJI DALAM DEBU
(SEMOLINA COOKIES)

INSTAGRAM: @danish.harraz

BAHAN-BAHANNYA:-
(Untuk 1 adunan Danish dapat 4 trays
diatas)
250 grams Minyak Sapi 400 grams Tepung Gandum 140 grams Tepung Suji 150 grams Gula Aising
50 grams Susu Tepung 1 sudu teh Garam Halus

OPTIONAL: Almond Nibs yang dipanggang sebentar (Danish recommend letak)

UNTUK COATING BISKUT:
4 sudu besar Gula Aising 6 sudu besar Susu Tepung
(Boleh lebihkan gula jika suka manis)

TIPS: 

Pastikan semua bahan dalam suhu bilik. Adunan memang agak lembik, biarkan, jangan tambah tepung atau apa-apa. Jangan uli lama-lama. Nanti biskut keras. 

Danish buat manis biskut just nice tapi boleh tambah 10-20 grams gula aising lagi sewaktu sediakan adunan jika suka lebih manis. 

Jangan skip part rehatkan doh jika mahu hasil cookies yang sedap. Danish timbang setiap doh seberat 8 grams untuk dapat saiz yang sama dan tidak terlalu besar. 

 


 PENTING:  

Jangan bakar biskut hingga perang, jangan overbake, nanti biskut tak gebu dan akan jadi keras. Danish bakar 15 minit dengan suhu 150°C, api atas bawah dan jangan guna fan. Ini bergantung juga pada saiz biskut juga suhu oven masing2. 

Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Biskut akan kelihatan putih diatasnya dan sedikit kuning dibawahnya. Terus keluarkan dari oven. Biarkan dalam baking tray hingga biskut setengah sejuk sebelum kita salut dengan gula aising dan susu tepung. 

Simpan dalam bekas kedap udara.



Di sini saya senaraikan facebook resepi, blog masakan dan youtube channel serta instagram yang berkongsi dan mengandungi resepi. Jika ada penambahan boleh tambah di ruangan komen.


    BLOG RESEPI DAN MASAKAN


    Antara yang menarik:
    YOUTUBE CHANNEL (RESEPI)

      Koleksi Resepi Sheila Rusly: Ketuk-Ketuk Ramadhan 2016 --> (Video Playlist)

        INSTAGRAM RESEPI



        FACEBOOK RESEPI DAN MASAKAN


        LAIN-LAIN:


        BOLEH RUJUK JUGA: Senarai Blog Masakan Yang Best Untuk Diterjah


        Boleh merujuk link disediakan untuk tahu banyak resepi lain. Moga kita saling manfaatkan idea mereka yang baik-baik dan mahir memasak ini. Terima kasih.

        Baiklah, selamat memasak! Masak dengan hati akan turun ke hati. :)








        Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



        click to te top