Gema Gegar Vaganza musim kedua (2018) sudah sampai ke peringkat akhir! Hanya 6 peserta yang layak masuk dan kesemuanya hebat-hebat! Peserta lain juga hebat, cuma rezeki mereka dalam pertandingan in cuma sampai di situ. Tak apa. Moga berjaya buat semuanya walaupun di mana-mana, tetap teruskan perjuangan, sebarkan kebaikan!
KEMASKINI 12 MEI 2018:
Juara: Fitri Haris
Naib Juara: Adeep Nahar
Ke-3: Awi Rafael
Ke-4: Inteam
Ke-5: Heliza & Hazwani Helmi
Ke-6: Brothers
TAHNIAH KEPADA SEMUA! ALHAMDULILLAH.
Jom kita berkenalan dengan finalis kita kali ini!
Adeep Nahar
Biodata Adeep Nahar:
NAMA PENTAS : Adeep Nahar
UMUR : 40 Tahun
STATUS : Kahwin
INSTAGRAM :
@adeepnahar_
KERJAYA LAIN : Guru vokal & penulis lagu
LAGU HIT : Bawa Ku Terbang, Cinta Kosmik, Slot Akasia
PENGALAMAN & PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI:
- Ahli Kumpulan The Fabulous Cats ( Penyanyi 2006 – 2011 ).
- Adeep sertai kumpulan nasyid iaitu Almawlid pada tahun 2012.
- Pernah menyertai kumpulan The Muhibbains, namun nekad keluar kerana mahu meneruskan karya solo.
Fitri Haris
Biodata Fitri Haris:
NAMA PENTAS : Fitri Haris
INSTAGRAM :
@fitriharisofficial
KERJAYA LAIN : Pelajar PHD di UK
LAGU HIT : Ainuul Mardhiah, Hanya Tuhan Yang Tahu, Suara Azan
PENGALAMAN & PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI:
- Fitri Haris merupakan bekas anggota kumpulan UNIC (2002-2009).
- Selain itu, antara lagu single beliau yang sering diputarkan di radio adalah seperti Suara Azan.
- Beliau juga pernah menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dalam jurusan Ilmu Wahyu.
- Selepas bergerak solo, Fitri mempunyai 3 album solo iaitu Zikir Terapi, Munajat Qasidah Akustika dan Garis Takdir.
Heliza & Hazwani Helmi
Biodata Heliza Helmi:
NAMA PENTAS : Nur Heliza Binti Helmi
UMUR : 32 tahun
KERJAYA LAIN : Penyanyi, Hos TV, aktivis kemanusiaan, ahli perniagaan
INSTAGRAM :
@nurhelizahelmi
Biodata Hazwani Helmi:
NAMA PENTAS : Nur Hazwani Afiqah Helmi
UMUR : 22 tahun
KERJAYA LAIN : Mahasiswi, hos TV, penyanyi, aktivis kemanusiaan
INSTAGRAM :
@hazwanihelmi
LAGU HIT : Jom Selawat
Biodata Awi Rafael:
NAMA PENTAS : Awi Rafael
INSTAGRAM :
@awirafael
KERJAYA LAIN : Pencipta lagu & komposer
LAGU HIT : Asalkan Aku Ok, Kalau Aku Kaya, Manusia Sempurna, Pulanglah
PENGALAMAN & PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI:
- Awi Rafael merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di APM (2005).
- Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet.
- Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan album DSSN. di mana beliau menyumbangkan lagu yang bertajuk Mula dan Akhir.
AHLI KUMPULAN
- Mohd Syahril Bin Abdul Khalid
- Muhamad Hazamin bin Harun
- Hisyam bin Ahmad @ Ahmadiah
- Abdul Rahim bin Hj. Osman
INSTAGRAM :
@official_inteam
LAGU HIT : Kasih Kekasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah
PENGALAMAN & PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI:
- Dikenali dengan lagu hit Kasih Kekasih sekitar tahun 2000 di bawah pengurusan Hijjaz Records.
- Lagu Dia Muhammad diiktiraf sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam Anugerah Nasyid 2010.
- Kesemua album InTeam telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit.
- Album Allahu Rabbi dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik pada AIM 17.
AHLI KUMPULAN
- Yasin Sulaiman, 42
- Abdullah Faiz Mohamad, 40
- Syah Rizal Mohamed, 40
INSTAGRAM:
@thebrothersofficial
LAGU HIT : Teman Sejati, Doa Perpisahan
PENGALAMAN & PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI:
- Kumpulan Brothers bermula daripada kumpulan nasyid sekolah agama. Bermula dengan kumpulan Mirwana.
- Brothers mula sepi daripada dunia seni dan hanya salah seorang anggotanya, Yassin yang terus aktif dan tampil sebagai penyanyi solo.
- Pemergian Mohd Salleh Mohamed Deril pada Oktober tahun lalu meninggalkan kekosongan kepada kumpulan nasyid Brothers.
Atis undangan di peringkat akhir:
Zamani & Nazrey Raihan
Pengacara GGV2:
Juri tetap:
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).