Dengan penuh rasa kesyukuran, kami persembahkan konsert solo yang dinanti-nantikan daripada kumpulan nasyid lagenda Malaysia - THIS IS UNIC!
Saksikan sebuah malam bersejarah yang bakal membawa anda mengimbau kembali legasi irama harmoni dan mesej-mesej yang menyentuh jiwa. Tandakan kalendar anda untuk menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini.
🗓 Tarikh: 20 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:30 Malam
📍 Tempat: Idea Live Arena, Kuala Lumpur
Tiket mula dijual pada 17hb Oktober 2025! Pilih pengalaman anda melalui kategori tiket istimewa kami:
Dua lagu nasyid yang telah dirakam semula (remake) ini sangat membuatkan kita terimbau zaman kegemilangan nasyid satu ketika dahulu. Jom kita dengarkan alunan suara merdu Ustaz Nazrey Johani dengan lagu Iman Mutiara dan Kumpulan UNIC dengan lagu Na-Ae Sarang (Mahligai Kasih) yang menampilkan kisah percintaan sebenar jejaka Malaysia dan Wanita Korea (Kimchibudu).
Lagu baru daripada Juara Gema Gegar Vaganza 2018. “Wahai Kekasihku” nyanyian Fitri Haris hasil ciptaan Encik Mimpi dan lirik oleh Hafidz Garib. Sebuah lagu yang mampu menyentuh hati bagi mereka yang memahami erti fitrah cinta. Katanya lagu ini boleh ditujukan kepada sesiapa yang kita cinta, namun beliau yang masih duda ini menyatakan lagu ini ditujukan khas buat anaknya.
UNIC ditubuhkan pada tahun 2002 (asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah), terdiri daripada 4 orang namun kini anggota yang masih kekal cuma Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli), dan ditambah dua anggota baru mereka adalah Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin (juga dulu merupakan bekas peserta rancangan realiti Akademi Al-Quran) serta Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi).
Pada 2017, UNIC telah menjadi juara untuk rancangan realiti Gema Gegar Vaganza musim pertama. Kini (2018) UNIC telah menyanyikan semula lagu Zinnirah 2018 dan buat cover lagu Deen Assalam bersama Syeikh Abdul Karim al-Makki. Manakala lagu menuju wawasan ini pula terhasil pada tahun 2010, dan kini merupakan lagu tema rancangan Tanyalah Ustaz.
Kali ini kumpulan nasyid UNIC tampil dengan lagu baru berjudul Sedar dan berganding dengan anak muda berwawasan yang juga seorang rapper, Caprice. Manakala Caliph Buskers tampil dengan lagu bertajuk Buta berduet dengan penyanyi dan aktivis yang hebat iaitu Faizal Tahir. Di bawah ini disertakan lirik dua lagu tersebut.
UNIC muncul dengan lagu baru berjudul Bertemu Semula dengan penampilan bekas anggota kumpulan mereka (asal ada Fakhrul, Najdi dan Bazli dan bekas anggota: Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzli Aziz) dan membentuk ReUNIC. Difahamkan sambutan begitu menggalakkan pada konsert gabungan mereka baru-baru ini di USIM. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana telah menjuarai pertandingan realiti televisyen Gema Gegar Vaganza! Jadi jom kita dengarkan lagu nasyid yang bertemakan pertemuan semula dan persahabatan yang indah ini.
Lirik UNIC - Bertemu Semula.
Suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya
Sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa
Haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada
Sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan
Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula
Usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja
Ini detiknya
kasih dan sayang
ditaut semula
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja
Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja
*****
Mereka ada lagu baru: Sucikan Hati berkerjasama dengan RTM sempena ramadhan.
Semoga terus maju jaya dan terus kongsikan indahnya islam! :)
Peminat lagu-lagu nasyid pasti kenal kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic dan Mestica ini. Masing-masing ada lagu popular dan ada peminat tersendiri. Dan mengetahui mereka semua bergabung dalam satu lagu adalah berita yang sungguh menggembirakan. Masya-Allah! Mereka bersatu melalui qasidah selawat burdah. Sungguh indah. Jom kita dengar!
Lirik Burdah oleh Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic & Mestica