Pada 15 November lalu, kita dikejutkan dengan pemergian Suhaimi Saad yang lebih dikenali sebagai bekas anggota kumpulan inteam dan juga merupakan suami kepada Ina Naim akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggalkan isteri dan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang suka berpesan-pesan dengan kebaikan di kalangan pengikutnya. Al-Fatihah. Moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah buat keluarga. Innalillahi wa inna iliahi rojiun.