Lirik lagu Bangkit - Haqiem Rusli | Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli muncul kembali dengan lagu berentak pop dan rancak dengan lagu Bangkit, lirik dan lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau. Jom kita menghayati lagu yang penuh semangat dan menginspirasi ini!
Lirik lagu Lembah Kesepian - Haqiem Rusli & Lirik What Can I Do For You | Haqiem Rusli muncul dengan 2 buah lagu baru untuk separuh tahun 2019 ini, satu lagu berbahasa Inggeris berjudul "What Can I Do For You" dan satu lagi lagu forte Haqiem iaitu Lembah Kesepian bergenre balada. Penyanyi serta pencipta lagu meningkat naik ini juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lagu untuk artis lain seperti lagu Kenangan oleh Zack Zakwan (lirik bersama Gouffran) dan lagu Ibu nyanyian Tajul (lirik bersama Fedtri Yahya). Semoga Haqiem Rusli terus menghasilkan karya yang terbaik dan bermanfaat.
Walaupun banyak isu dan kontroversi dikaitkan dengan artis muda yang meningkat naik ini, satu yang kita tak dapat nafikan adalah bakatnya dalam menulis lirik dan lagu dengan baik. Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli yang lahir pada 16 Jun 1998 ini muncul lagi dengan lagu terbaru berjudul Selamat Tinggal Sayang dan Qiemilio (Qiemilio menurut salah seorang peminatnya di youtube yang bernama; Wanyy, Qiemilio merujuk kepada Qiem (Haqiem) + ili (Famili) dan 0 (bermula dari kosong / bawah). Di bawah ini lirik dua lagu berkenaan:
Kali ini penyanyi muda yang juga berbakat mencipta lagu, Haqiem Rusli muncul dengan lagu barunya berjudul Jatuh Bangun bergandingan dengan penyanyi rap, Aman Ra. Setelah sebelum ini popular dengan lagu balada, kali ini anda akan dapat lihat Haqiem menari dalam video muziknya. Yang pasti lirik lagu ini lebih kepada dugaan dalam persahabatan.
Lirik Lagu Jatuh Bangun
Perjalananku sungguh jauh
Ada jatuh ada bangun
Dan ku tempuhi semuanya dan terus berlari Cause all i want this time To know you're mine And i want you to know that i'm fine Cause all i want is time ah ah To know you're mine ah ah And i want to you know that i'm fine
Di saat kusenang datang
Kau menumpang tenang
Dulu kususah kau menghilang
Di saat kusenang datang
Kau menumpang tenang
Dulu kususah kau menghilang
Engkau menghilang
Dulu tak dipandang tinggal bayang
Kesedihan kuseorang
Kau tinggalkan aku
Tanpa ragu
Kusunyi tanpamu
Cause all i want this time To know you're mine And i want you to know that i'm fine Cause all i want is time ah ah To know you're mine ah ah And i want to you know that i'm fine
Di saat kusenang datang
Kau menumpang tenang
Dulu kususah kau menghilang
Di saat kusenang datang
Kau menumpang tenang
Dulu kususah kau menghilang
Engkau menghilang...
Sekarang makin senang
Sudah lama cuba
Sekarang makin tenang
Mana mungkin lupa
Lama sudah kita tak bersemuka
Itulah lumrah bila jalan berubah
Keadaan ketika itu kejam
Tak pernah aku cuba berdendam
Tak cukup kita pernah berkenal
Takda apa dalam hidup kekal
Kudoakan kau sentiasa selamat
Moga tercapai kita punya matlamat
Dulu tak nak bagi
Muka atau hati
Sekarang jangan cari aku
Cause all i want this time To know you're mine And i want you to know that i'm fine
Di saat kusenang datang
Kau menumpang tenang
Dulu kususah kau menghilang...
Huwoo (di saat kusenang datang)
(Kau menumpang tenang)
Dulu kususah kau menghilang (sudah lama cuba)
Di saat kusenang datang (sekarang hati tenang)
Kau menumpang
Dengan tenang
(Di saat kusenang) uhh di saat kusenang
Kau datang menumpang dengan tenang
Uhh di saat kusenang
Kau datang menumpang dengan tenang
Engkau menghilang
Irfan Haris muncul dengan lagu barunya berjudul Pesan. Lagu ini ciptaan penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli. Dan lirik ditulis (sekali lagi selepas Redha) oleh Raja OST; Ippo Hafiz, Irfan sendiri dan Haqiem. Lagu ini juga menjadi lagu tema drama bersiri di slot Akasia berjudul Kukirim Cinta, lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli.
Haqiem Rusli, namanya tiba-tiba disebut-sebut setelah muncul dengan lagu Segalanya. Walaupun dikatakan suaranya mirip artis lain, namun dia menafikan dan sebenarnya suara mereka jauh sekali perbezaan setelah diamati. Masing-masing ada kelainan dan kelebihan tersendiri. 2017, dia menjadi tular apabila kelihatan begitu menjaga aurat peminatnya, dengan menutup bahagian yang perlu ditutup pada gambar (di instagram), malah beliau juga memilih untuk tidak bersalam dengan peminat perempuan. Tindakannya dipuji dan moga dicontohi ramai dan istiqamah. Insya-Allah.
Kini peminat penyanyi Judika ini tampil dengan lagu terbaru, Tergantung Sepi. Jom dengarkan!
"Terdapat 3 kisah cerita di dalam lagu "Tergantung Sepi" ini, semua tergantung, pernah dibiarkan begitu saja oleh kawan sendiri, pernah tewas dalam kekalutan sebuah pertandingan nyanyian dan sampai bernafas ragu ditinggalkan kekasih. Sedih sungguh Haqiem Rusli ini haha. Apa-apapun hidup mesti diteruskan. So apa komen korang tentang lirik dan lagu melody TERGANTUNG SEPI ini? U LOVE IT?" - Katanya mengenai lagu ini menerusi akaun instagram.
Hobi : Bermain video game, bola sepak, menyanyi dan melukis kartun
Pencapaian: Naib Juara Idola Kecil TV9 Musim Pertama dan Juara Pop Krew 2015 (Kumpulan Novemboys yang dianggotai oleh Adam Malek B Shamsuddin Ridzuan, Haqiem Bin Rusli, Muhd Danial B Ahmad Idaham dan Wan Shahjuddin Bin Wan Abd Wahab) dan antara calon Peserta Mentor Milenia 2016 TV3.