Siti Nordiana (Nana) buat pertama kalinya muncul dengan lagu berentak EDM nusantara dan bergandingan dengan artis baru rapper berbaju kurung; Bungaisme (Bunga). Nana yang memilih Bunga untuk lagu ini, begitu teruja dan bersemangat dalam mengetengahkan lagu yang bertujuan memberi semangat dan nasihat kepada wanita dan semua ini. Jom kita dengarkan!
Composer: Mas Dewangga. Firdaus Rahmat Lyrics: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga Producer: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat Arranger: Mas Dewangga Mix & Mastering: Felix Voon
Lirik Lagu Lirik lagu Amaran - Siti Nordiana ft Bunga:
Verse 1 Si kancil terpedaya di baham buaya Dendangnya Shalala Terkena Shalala Siapa terpesona di qalam manis nya Katanya Shalala Matanya Shalala
Pre-Chorus Amaran, untuk kamu Jika datang Hanya untuk kau sakitkan aku Amaran, untuk aku jika jatuh Waspada ku
Chorus Shalala Awas bahaya Dia buaya Shalala Awas bahaya Dia buaya
Rap Buat apa saja aku nak (aku nak) Yang itu yang ini tak suka boleh blah (boleh blah) I dont cry, i dont waste my time Kalau tak serasi asal nak cakap banyak
Cus a cheat stays a cheater dan kau masih yang sama Banyak sangat wayang, penuh dengan drama Drama? Ya drama drama Kepala semak nak berapa banyak? Serik dah ku taknak
Verse 2 Si dara harus lah menjaga tingkah lakunya Budinya Shalala Batasnya Shalala Jangan mudah diperguna pintarnya teruna Ketawa Shalala Terluka Shalala
Pre-Chorus Amaran, untuk kamu Jika datang Hanya untuk kau sakitkan aku Amaran, untuk aku jika jatuh Waspada ku
Chorus Shalala Awas bahaya Dia buaya Shalala Awas bahaya Dia buaya
Bridge Wanita, rusuk kira pada Adam nya Bawa harmoni dalam jiwa Lambang nya gegarkan dunia Wanita, harus sedar tidak semua Yang hadir takkan tetap lama Rela lepas dari dakapnya
Lirik lagu Kau Pun Sama - Syamel | Syamel muncul dengan lagu yang lain sedikit daripada lagu-lagu sebelum ini, jika dulu beliau menyerlah dengan lagu balada, kini beliau tampil dnegan lagu berentak rancak. Malahan beliau juga menari dalam klip video lagu ini. Lagu yang catchy ini juga adalah ciptaan Syamel & Kidd Santhe.
Lirik lagu Bila Pergi - Fad & Raqib | Fad daripada kumpulan Bocey bukan sahaja tampil menyanyi lagu baru berjudul Bila Pergi berduet dengan Raqib Majid (bekas bintang Akademi Fantasia yang kini aktif sebagai Qari dan DJ) malahan mereka berdua juga terlibat dalam penciptaan lagu ini. Terkini, Fad menjadi juara Super Spontan Extravaganza dan menjadi DJ di Era.je, manakala Raqib yang juga DJ Zayan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Tasha Manshahar, juga bekas penyanyi yang kini bergelar cikgu. Tahniah!
Lirik lagu Bila Pergi - Fad & Raqib
Fad:
Aku yang tak pernah bisa
Bila engkau tiada lagi
Jangan kau terus pergi
Kau tetap di hati
Raqib:
Bila ku pergi jauh
Jangan kau lupa aku
Aku akan bersamamu
Hingga akhir hayatku
Fad(rap):
Pabila ku datang
Kau jumpa di sini
Bila kutanya lagi
Kau katakan tiada erti
Aku bertanya sampai bila
Adakah kita akan bersama selamanya?
Bilaku tanya kau kata,ya
Bila kucinta kau kata, ya
Tolong jangan lupakan apa yang pernah kita lalui bersama selamanya sayangku
Lirik lagu Sirna (Kemusnahan) - Baby Shima di Big Stage | Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli mula bertapak dalam industri seni Malaysia selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010. Berjaya mencipta nama di Indonesia melalui pertandingan D'Akademi Asia 3 (DDA) pada 2017. Kini Baby Shima bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia; Nagaswara. Melalui program realiti di Malaysia; Big Stage beliau bukan sahaja mengumpul ramai peminat baru, malah berjaya melangkah ke peringkat akhir. Lagu Sirna pertama kali didendangkan secara langsung di pertandingan tersebut. Menariknya, muzik ini ada ala-ala lagu balada popular zaman 90-an.
Lirik lagu Sirna (Pemusnahan) - Baby Shima
Telah cukup lama aku diam
Di dalam kebekuan hatiku...
Karena cinta yang menguatkan aku
Diam-diam kau bermain hati di belakangku
Sungguh tak semudah yang terbayang
Menyatukan indahnya cinta
Semua berakhir karna dusta
Cinta kau akhiri begitu saja
Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Karna kau sudahi cintaku
Awalnya kukagum kepadamu
Karena masih tampak ketulusanmu
Hinggaku terbuai dalam kasihmu
Ternyata ada yang lain di hatimu
Semua berakhir.. karna dusta...
Cinta kau akhiri.. begitu saja..
Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Kerana kau sudahi cintaku
Harusnya kau tau betapa pedihnya hatiku
Kenyataannya telah kau bagi cintamu
Sirna semua harapanku
Lirik lagu Nyawa dan Raga - Sarah Suhairi | Dengarkan lagu terbaru daripada Sarah Suhairi yang bertajuk "Nyawa & Raga" hasil ciptaan Room None dan Iman Imran yang juga merupakan pencipta lagu untuk lagu pertama Sarah, Pedih. Lagu bertemakan persahabatan ini pertama kali diperdengarkan secara langsung di pentas program akhir Big Stage. Tahniah Sarah kerana berjaya menjuarai pertandingan ini!
Lirik lagu Nyawa & Raga - Sarah Suhairi
Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia
Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku
Benarku sukar ungkapkan kata sayang
Tapi pasti dirimu selalu di hati
Tak sekali dirimu pernah kulupa
Walaupun sedetik takkan pernah singgah
Wahai temanku ingin dirimu tahu
Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu
Tiada ego dan rasa pentingkan diri
Iri dan benci tak pernah
Dan kau... hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku
Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat
Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia
Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku
Rap:
Wahai teman aku mahu engkau tahu
Kasih penuh dalam hati buat kamu
Tiada ego dan rasa penting diri
Iri dan benci tak pernah ada
Terima kasih kerna sudi bersahabat
Takkan lupa dan sering diperingat
Seringkali kita telan pahit manis
Suka dan duka bahagia bersama
Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret | Kali ini Akim & The Majistret muncul dengan lagu baru berjudul Rampas. Lagu rampas ini bercerita tentang peritnya kehilangan, pengalaman pahit yang menginsafi diri dan mengajar erti redha. Ini diterjemahkan dengan penuh perasaan oleh Akim setelah pemergian ibunya buat selamanya baru-baru ini. Lagu ini ciptaan Akim sendiri (Hang Nadim) dan Zimi (Laq), manakala lirik ditulis oleh Stacy (Bunga Cantik). Ianya diterbitkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan Stacy dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai pengedar. Masih mengekalkan genre pop rock balada namun ditambah sedikit elemen muzik retro.
Lirik Lagu Anta Permana - Siti Nurhaliza | 21 September lalu, penyanyi kesayangan ramai; Dato' Sri Siti Nurhaliza telah muncul dengan lagu baru berjudul Anta Permana yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau 'infiniti'. Boleh didengar di Apple Music, Kkbox, Joox dan Spotify. Lagu Anta Permana ini ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini (anda boleh 'menangkap' signature Hael dalam lagu ini). Jom dengarkan lagu yang catchy (rancak, 'mesra telinga'; campuran muzik klasik dan moden) serta penuh kelainan daripada Siti Nurhaliza ini!
'Kisah Antara Kita' adalah sebuah lagu ciptaan Reyhan daripada anggota One Avenue Band (OAB) sendiri. Namun apa yang menarik pada lagu ini adalah ianya disusun semula dan dirakam oleh seorang lelaki kurang upaya (cacat penglihatan); Abang Mahathir. Selain dianggotai oleh Reyhan sendiri sebagai penyanyi, ONE Avenue Band juga terdiri daripada Shana Abella, Arep Fiksyen(Gitar) dan Afiq Munawwar(Bass). Mereka asalnya adalah penyanyi busker di Pasar Karat, Johor Baru.
Lirik lagu Derita - Isma Sane | Isma Sane, penyanyi yang masih menuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam ini muncul dengan lagunya sendiri berjudul Derita. Ramai artis yang turut menyanyi semula (cover) lagu beliau. Isma Sane juga rajin buat cover lagu dan turut ada beberapa lagu lain ciptaannya sendiri (original). Malahan untuk lagu Derita ini juga, beliau ada buat lagu balasan / sambungannya berjudul Kembali.
Setelah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-32 dengan lagu Jampi dan muncul dengan lagu duet bersama Dayang Nurfaizah; Haram, Hael Husaini atau nama sebenarnya Hal Husaini bin Razmi yang lahir pada 10 Disember 1987 di Negeri Sembilan ini muncul pula dengan lagu terbaru berjudul "Hajat". Beliau yang mempunyai seorang anak angkat bernama Helena ini pernah menyertai rancangan Mentor dan juga Akademi Fantasia (secara duo) sebelum memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo. Berikut di bawah adalah lirik lagu Hajat.
Walaupun banyak isu dan kontroversi dikaitkan dengan artis muda yang meningkat naik ini, satu yang kita tak dapat nafikan adalah bakatnya dalam menulis lirik dan lagu dengan baik. Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli yang lahir pada 16 Jun 1998 ini muncul lagi dengan lagu terbaru berjudul Selamat Tinggal Sayang dan Qiemilio (Qiemilio menurut salah seorang peminatnya di youtube yang bernama; Wanyy, Qiemilio merujuk kepada Qiem (Haqiem) + ili (Famili) dan 0 (bermula dari kosong / bawah). Di bawah ini lirik dua lagu berkenaan:
Hip-hop sentiasa diminati dari dulu lagi. Namun 'kebangkitan' di sini lebih kepada bermaksud kelangsungan / kebelakangan ini dilihat semakin menonjol dan meriah. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Manakala Rap pula merupakan salah satu elemen budaya yang ada dalam hip-hop. Contoh lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Antara kumpulan hip-hop yang terkenal satu ketika dahulu adalah Too Phat, Poetic Ammo, M.O.B, 4U2C, Nico, VE, Teh Tarik Crew dan beberapa lagi. Jika sekarang kita boleh berbangga pula dengan kemunculan Sonaone, Kmy Kmo, Benzooloo, Luca Sickta, Aman RA, Alimet, Zamaera, Ashtin, Juzzthin, Caprice dan ramai lagi.
Semakin ramai bakat muda yang meneruskan perjuangan dalam genre ini, bukan sahaja terdiri daripada mereka yang pandai bernyanyi namun juga mahir menulis. Itu sememangnya harus dipuji. Seperti mana yang kita tahu muzik hip-hop ini bukan hanya ada satu arah, ia banyak; jadi perbezaan muzik dan arah lagu dan lirik mungkin berbeza mengikut jiwa seseorang artis namun masih dalam 'keluarga' atau genre yang sama. Tidak perlu wujud perbandingan, bakat ini juga adalah anugerah Tuhan yang harus kita raikan! Di sini saya senaraikan beberapa throwback dan lagu baru hip-hop di Malaysia.
MALIQUE IBRAHIM
Malique Ibrahim dilahirkan pada 21 Ogos 1977 merupakan penyanyi rap, penerbit, penulis lirik dan pencipta lagu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau telah meletakkan benchmark tersendiri. Dikenali sebagai seorang yang menyampaikan lagu dan lirik dengan maksud mendalam, dia kelihatan sangat dikagumi oleh mereka yang meminatikan genre hip-hop ini. Muncul satu ketika dahulu bersama Joe Flizzow melalui Too Phat, dia dilihat tetap meneruskan kerjayanya menerusi karya untuk dirinya dan beberapa artis lain walaupun kini memilih untuk tidak ke hadapan (menonjol di khalayak). Muncul dengan beberapa album seperti OK dan TKO. Serta banyak lagu baru, antaranya Pejamkan Mata (bersama Dayang Nurfaizah), Bukan Mudah (Nyanyian Nukilan), Levitasi (Fynn Jamal, Zizi Kirana dan Kaka Azraff). Dan terkini nama beliau muncul sebagai antara penulis lagu dan lirik untuk Hikayat Benladin bersama Dedeq serta menjadi pencipta lagu Terkemuka bersama Takahara Suiko dan Tripdisz. Untuk 2018, Malique muncul dengan lagu kolaborasi Berbahasa Inggeris; Shut down bersama Jtee.
Malique used the alter ego Que Chill during his time in Too Phat. Later on in his solo career, he refers to himself as the General. - maliqueibrahim.com
HIKAYAT BENLADIN [Trivia: Benladin merupakan bintang Idola Kecil 5, pernah berlakon beberapa buah drama. Menurut Benladin yang lahir pada 11 September 2001 ini, beliau ada jumpa Malique dalam proses rakaman lagu ini. Banyak tips yang dia dapat untuk sebutan dan bimbingan dalam menjadi rapper yang bagus.]
Lirik Hikayat Benladin - Ben Ladin
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin
Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada
[Trivia: Benzooloo adalah led bagi Lawalah Borneo. Zizi Kirana pula merupakan bintang Akademi Fantasia 7 dan D'Academy Asia 2. Manakala Sandra Dianne pula adalah bintang rancangan Mentor Legend 2014]
Lirik Terkemuka - Benzooloo & Zizi Kirana & Sandra Dianne
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka
(Rap: Benzooloo)
Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang meyusul pula
Tapi nampak dari mata masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat satu badan kejang
Yang penuh di situ bukti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh
(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka
(Rap: Zizi Kirana)
Kalau bukan sekarang jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub atomik partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kodisi mengizinkan
Banduan dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada yang kurang bahaya tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti paling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beranda hanya perlu diam Shhh...
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Ternyata terbuka untuk jadi terkemuka
(Sandra Dianne)
Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka
(Rap: Benzooloo)
Sudah bilang bukannya susah bidang
Lima puluh lima puluh tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah bersedia tinggal jadi pencakar
(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka
JOE FLIZZOW
Joe Flizzow (Johan Ishak) aka The President, yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1979, Duta Hip Hop Antarabangsa Malaysia, sebahagian daripada duo hip-hop Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa, Too Phat; aksi Hip Hop Malaysia pertama yang memberi impak kepada adegan muzik Malaysia, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kartel Records.
Sahabat dan rakan duet Malique ini sangat rajin meluaskan empayar muziknya menerusi pelbagai program untuk kelangsungan genre hip-hop, rakan-rakan dan artis-artis di bawah label rakamannya. Juga turut menghasilkan lagu, baru-baru ini.
Nota: Suka dengar Joe Flizzow menjawab soalan dengan matang dan menunjukkan betapa beliau seorang sahabat yang baik kepada Malique menerusi video DJ Nazz ini.
Acara 16 baris, yang menampilkan ramai artis hip-hop terkenal
ALTIMET
Seorang MC di Malaysia, berasal daripada kumpulan Teh Tarik Crew (TTC). Juga penyanyi rap, pencipta lagu dan penulis lirik. Pernah menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2014 dengan lagu Aku Kaya bersama Awi Rafael dan memenangi persembahan terbaik AJL pada tahun 2018 menerusi lagu Amboi. Pernah dikata tuju lagu (diss) untuk artis hip-hop lain, namun dinafikan dan katanya lagu tersebut merujuk kepada dirinya sendiri. Juga ada mencipta lagu untuk artis-artis lain.
Menarik bukan senarai ini? Artis lain yang bernyanyi lagu hiphop juga adalah; MimiFly, Sophia Liana, Zizi Kirana dan Kaka Azraff serta ramai lagi. Ramai yang hebat dan berbakat sebenarnya (tak dapat saya senaraikan semua), namun untuk maju jaya dalam bidang ini, perlu lebih berusaha keras untuk diterima dan mesej serta karya dapat disampaikan.
Oh ya! Jika mahu menceritakan atau memaksudkan sesuatu lirik (bedah lagu), *diss, mahupun perjuangan sesuatu lagu, tidaklah saya mahir (jika anda cari itu, tidaklah akan jumpa dalam artikel ini). Namun jika ada sebarang penambahan boleh tambah di ruangan komen. Apapun genre muzik, harus dihargai dan dirai. Marilah kita bersama-sama meneruskan kelangsungan industri muzik hip-hop dengan saling bertukar ilmu dan menambah kawan.
*Diss, in hiphop community, is one rapper singing against someone else.
"Nak jadi terkenal harus pandai main api." - Rahsia, Malique Ibrahim.