Showing posts with label malaysia merdeka. Show all posts
Showing posts with label malaysia merdeka. Show all posts

Jagalah kedaulatan Jalur Gemilang. Cara pasang bendera Malaysia dengan betul:



Sumber:

https://x.com/kitaraoff/




Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)




Sesekali saya cuba untuk menafikan bila ada kata saya sendiri tak pandai bahasa Malaysia betul kerana selalu merojak papadomkan , saya sendiri tak khatam sejarah sebenar dari zaman asalnya nama tanah melayu bertukar setelah semenanjung bercantum hati dengan Sabah dan Sarawak dan diberi nama Malaysia dan dirai pada tanggal 16 september itu . Malah kadangkala adat budaya lain yang sangat dikagum suka , sehingga terlupa kita masih ada warisan bangsa yang boleh dibangga. Lagu dan cara jangan cerita , yang luar dipeluk bagai saudara, sendiri punya tak ingat di mana.


31 Ogos? Merdekakah saya ? Sedarkah saya akan perjuangan dulu kala? Jerih perih mereka? Darah ahli keluarga yang sanggup ditinggal biarkan ? Ingatkah saya tokoh yang semangat perjuangankan ? Benar kah saya hayati semua kisah , atau hanya mahu berjaya dalam mata pelajaran sejarah ? Sebut merdeka, semua boleh. Membaca sejarah , menonton drama , sebut saja. Namun , benar-benar menghayati , benar-benar memahami, belum tentu ada jiwa . Belum - jiwa remaja sangat termentah. Mudah saja diduga goda, dipengaruhi sesuatu yang diluar gaya. Mudah. Masih.






Filem arahan Shuhaimi Baba , teraju utama Maya dan Rusdi Ramli ini berjaya buat saya mengalir air mata - deras . Memang mereka pelakon pengarah berbakat . Saya tersentuh terkenang kisah pra merdeka dulu. perjuangan. Banyak yang saya faham dari tak faham. Sangat. Segar.

Filem Bukit Kepong


Baca buku semasa saya sekolah menengah sahaja buat hati kecil saya tersentuh , namun filem arahan Jins Shamsuddin lagi menyentuh. Bersahaja, penuh jiwa. Dan berbintang saya hadiahkan buat semua yang beri saya rasa.

[Mahu menonton semula filem bukit kepong ini? klik di sini : youtube ]

Sekian . Saya dedikasi video dari youtube video mat luthfi 90 : bertajuk Made by malaysian : 
(Sempena merdeka) *Happy independence day Malaysia ! Bangga menjadi anak Malaysia !



[ boleh jadi iklan merdeka 2011 ni :p].



+ Video merdeka DIGI  2011 [ www.dearmalaysians.com ]



Salam...







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top