Showing posts with label RTG. Show all posts
Showing posts with label RTG. Show all posts

 SENARAI ATLET PROGRAM ROAD TO GOLD 2025






Bintang skuasy negara, S.Sivasangari dan beregu badminton lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun antara nama baru yang tersenarai dalam program Road To Gold 2025.


Pemilihan mereka adalah berdasarkan kedudukan kelompok 10 terbaik dunia selain prestasi cemerlang yang ditampilkan di pentas antarabangsa.


Selain Sivasangari dan Man-Tee, turut mengukuhkan senarai atlet RTG 2025 ialah:


🏸 Aaron Chia–Soh Wooi Yik (beregu lelaki)

🏸 Pearly Tan–M.Thinaah (beregu wanita)

🏸 Chen Tang Jie–Toh Ee Wei (beregu campuran)

🚴‍♂️ Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek)

🚴‍♀️ Nurul Izzah Izzati (berbasikal trek)

🏋️‍♂️ Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat)



MSN





Siapakah daripada 15 atlet yang diserap dalam Road to Gold (RTG) mampu memenuhi matlamat utama projek berkenaan, iaitu menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Olimpik Paris 2024.

Jawatankuasa

Atlet yang terlibat daam RTG


“Dua kriteria pemilihan (atlet RTG) iaitu satu (atlet) pemenang pingat di Olimpik Tokyo 2020 dan kedua tersenarai dalam ranking 10 terbaik di dunia. 

“Kita juga ada kriteria tambahan yang mana atlet podium sedia ada yang menunjukkan pe­ningkatan sangat baik wajar dipertimbangkan mengikut kes.

“Senarai ini dijangka berubah apabila kelayakan ke Paris bermula dan tertakluk kepada persetujuan RTG, penilaian serta pemantauan berkala. 

 “Setiap permainan ada tempoh kelayakan berbeza, jadi sebab itu kita kena tengok sukan berkenaan,” kata YB Hannah Yeoh (mentero KBS) pada majlis pengumuman senarai Atlet RTG di Menara KBS pada April lalu.

Selamat maju jaya untuk semua atlet. Moga Malaysia akan berjaya memperolehi emas Olimpik pertama negara! Malaysia boleh! 

Link - https://www.utusan.com.my/sukan/2023/04/siapa-bakal-rangkul-emas-sulung-olimpik/https://www.utusan.com.my/sukan/2023/04/siapa-bakal-rangkul-emas-sulung-olimpik/







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top