Showing posts with label Khai MD. Show all posts
Showing posts with label Khai MD. Show all posts
Selamat Hari Jadi, Khairani!
Hari ini hari istimewa untuk seorang sahabat yang sangat baik dan manis; Khairani (Khai). Mengenali beliau semenjak 2021 di aplikasi twitter, beliau seorang yang penuh dengan kejutan dan kebaikan. Seorang 'problem solver' dan penyabar.
Beliau sanggup datang dari rumahnya di selatan tanahair (walaupun ada beberapa kekangan) untuk berjumpa dengan saya dan meneruskan tali silaturahim (sudah 3 kali setakat ini). Alhamdulillah. Orangnya juga begitu tenang dan tak berkira. Suka memberi pelbagai hadiah hari lahir kepada saya dan ada masanya, sudi membantu kami sekeluarga. Daging frozen yang sering dikirim dah jadi macam signature ya! Terima kasih banyak Khai.
Khai juga seorang yang kreatif dan berwawasan; mempunyai banyak perancangan dalam hidupnya. Kreatif bermain saxophone, gitar dan mahir mencipta lagu sendiri. Boleh berkunjung ke youtube Khai (@rebrandmusix24) jika nak dengar lagu ciptaan beliau yang lain
Ini antara lagu yang kami cipta bersama, saya sebagai penulis lirik, beliau pencipta lagu (terima kasih untuk ruang dan peluang). ADA KITA tajuknya. Beliau memang berjiwa seni.
Selain tidak lupa memberi tanda ingatan ketika berjalan-jalan atau melancong, beliau juga ada mengirimkan video dan gambar cantik untuk saya. Baikkan, orangnya? Dahlah comel.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Khairani, moga dipermudahkan urusan beliau seterusnya, dimurahkan rezeki dan moga tercapai apa yang diidamkan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik saya, buat saya happy dan selalu ada jika diperlukan (sungguh, awak telah banyak membantu selama ini).
Semoga persahabatan kita berpanjangan & diberkati hingga ke akhir hayat. Sayang awak, Lillahi Taala.
Jaga diri selalu, Khai. Moga sentiasa berbahagia bersama keluarga dan insan tersayang. Fi hifzillah.
Kategori:
arnamee,
BFF,
friendship,
hari jadi,
kawan alam maya,
Khai MD,
Khairani,
peribadi,
sahabat,
tentang Anem,
ucapan
Lirik lagu Ada Kita - Hazwan Ariff
Berikut adalah lagu pertama gandingan pencipta lagu Khai MD bersama penulis lirik, Anem Arnamee (saya). Harap kalian sudi dengar (dan komen). Terima kasih!
ADA KITA
Penyanyi : Hazwan Ariff
Lirik: Anem Arnamee
Lagu: Khai MD
Susunan Muzik: Longan Garage Studio
Lirik lagu Ada Kita - Hazwan Ariff
Verse 1
Kutersenyum
Bila ingatkan kembali
Waktu kita masih teruja
Berkongsi rasa dan cerita
Verse 2
Kuterkenang
Kau yang sentiasa ada
Rajin mengubat luka
Tak putus asa untuk percaya
Bridge
Teruslah mengharum di hati
Menjadi hal terindah
Yang abadi
C/o:
Begitu panjang masa yang ada
Kini yang tinggal hanya sisa-sisa
Kita sekadar cuma ada kita
Takkan sehingga ke seterusnya
Tak mudah memadam kenangan
Rindu masih rajin memelukku
Biar pun kita hanya teman
Doa sentiasa ada untukmu
Kategori:
Ada Kita,
AKS,
Hazwan Ariff,
Khai MD,
Lirik Arnamee






