Showing posts with label Kilauan Emas 2024. Show all posts
Showing posts with label Kilauan Emas 2024. Show all posts


Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Gie, seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, malam tadi.

Peserta berusia 47 tahun dari Mersing, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain menerusi persembahan mantap yang memukau penonton dan barisan juri profesional.

Tepati ramalan!

Menyampaikan lagu Aku Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Gie berjaya mendapat standing ovation penonton termasuklah para juri.

Untuk persembahan kedua pula, Gie menyampaikan lagu duet bersama Sidi berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal oleh Safura dan Oney. 

Terus mendakap tuah, Gie juga turut menggondol anugerah Emas Berkilau Of The Week.

“Terima kasih kepada keluarga dan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Walaupun suami tidak dapat hadir tapi ayang sudah jadi juara abang!,” katanya dengan penuh emosi.

Apa nak dibuat dengan hadiah kemenangan? 

Tidak pernah terbayang bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Gie bersyukur dikurniakan rezeki dan peluang itu selepas bergelar juara Kilauan Emas 2024.

“Selesaikan segala hutang dahulu, nanti nak pergi buat umrah pun hati jadi tenang. Tidaklah nanti orang kata kita pergi buat ibadah tapi hutang keliling pinggang.

“Tiada kata selain syukur menang pakej umrah, kalau nak pergi sendiri tak mampu sebab saya bukan orang senang.

“Memang dah lama teringin nak ke Mekah. Tak sangka pula antara hadiah saya menang adalah pakej umrah,” katanya



Naib juara, Sidi, pula menerima wang tunai RM10,000, trofi sumbangan Astro, pakej umrah serta pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.

Ina di tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai 5,000 trofi sumbangan Astro, pakej eksklusif umrah dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.

Peserta di tempat keempat hingga keenam, iaitu Sue, Wan, dan Ron juga tidak pulang dengan tangan kosong.

Masing-masing menerima wang tunai RM3,000, sebuah trofi sumbangan Astro, dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.


Sumber:

https://gempak.com/kilauan-emas/

https://www.kosmo.com.my/

https://www.kosmo.com.my/




12 PESERTA KILAUAN EMAS 2024 


ATIE - 49 Tahun (Jelebu, Negeri Sembilan) 

BALQIS - 60 Tahun (Telipuk, Sabah) 

BUDIN - 56 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

DINO - 68 Tahun (Kulim, Kedah) 

GIE - 47 Tahun (Mersing, Johor) 

HAMID - 54 Tahun (Ipoh, Perak) 

INA - 46 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

MARIA - 49 Tahun (Setiu, Terengganu) 

RON - 60 Tahun (Malim Nawar, Perak) 

SIDI - 53 Tahun (Alor Setar, Kedah) 

SUE - 46 Tahun (Ulu Kinta, Perak) 

WAN - 49 Tahun (Alor Gajah, Melaka)


Tahniah untuk Gie, juara Kilauan Emas 2024 dan tahniah juga buat semua finalis dan peserta. 


Woot woot!! Astro Kembali Dengan Program Nyanyian Realiti Kegemaran Ramai, The Chosen One 2024, Muzikal Lawak Superstar 4 dan Kilauan Emas 2024. 


THE CHOSEN ONE 2024

Saksikan gandingan duo artis Malaysia bersama bakat muda yang dipilih oleh coach mereka! ✨




Mulai 20 September 2024,

Setiap Jumaat 9 Malam

Di Astro Ceria, Astro Ria & Astro Go

Astro Ceria


Sumber:

https://www.instagram.com/reel/DAIGTmTyElO/?igsh=YXp4aXV5NXA5OTVh

https://www.instagram.com/p/C_-uXiDz6bD/?igsh=MWZnNDExNjJoOW01ZQ==


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 4



Pentas Fantasi Jenaka Muzikal telah pun dibuka! Muzikal Lawak Superstar 4 kembali bertemakan Penglipur Lara Hikayat Berdekah Kah Kah.

Bermula 22 September, Setiap Ahad 9pm di Astro Warna dan strim melalui Astro Go dan sooka. Layari gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk mengundi dan berita terkini.


Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:

Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi

Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy

Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin

Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz

Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana

Kilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar

Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai

Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S

Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

Bravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally


Muzikal Lawak Superstar 4:

Zon Lawak

https://www.instagram.com/reel/C_93Onus7Hf/?igsh=MWljemx2NXlnbjYwZQ==

https://www.myinfotaip.com/2024/09/muzikal-lawak-superstar-4.html


KILAUAN EMAS 2024 




12 PESERTA | 1 JUARA | 8 MINGGU 


Mulai 14 September 2024, 9:00malam 

Astro Prima, Astro GO & sooka 


12 PESERTA KILAUAN EMAS 2024 


ATIE - 49 Tahun (Jelebu, Negeri Sembilan) 

BALQIS - 60 Tahun (Telipuk, Sabah) 

BUDIN - 56 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

DINO - 68 Tahun (Kulim, Kedah) 

GIE - 47 Tahun (Mersing, Johor) 

HAMID - 54 Tahun (Ipoh, Perak) 

INA - 46 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

MARIA - 49 Tahun (Setiu, Terengganu) 

RON - 60 Tahun (Malim Nawar, Perak) 

SIDI - 53 Tahun (Alor Setar, Kedah) 

SUE - 46 Tahun (Ulu Kinta, Perak) 

WAN - 49 Tahun (Alor Gajah, Melaka) 


Kilauan Emas:

https://www.instagram.com/p/C_w8vGnzu6m/?igsh=ZTRranRsMTljb2hh










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top