Pentas Fantasi Jenaka Muzikal telah pun dibuka! Muzikal Lawak Superstar 4 kembali bertemakan Penglipur Lara Hikayat Berdekah Kah Kah.
Bermula 22 September, Setiap Ahad 9pm di Astro Warna dan strim melalui Astro Go dan sooka. Layari gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk mengundi dan berita terkini.
Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:
Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi
Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy
Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin
Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz
Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana
Menariknya rancangan My Doctors (rancangan berbahasa Malaysia) ini sebab kita rasa seperti berbual santai dengan seorang doktor. Ya, jika yang biasa menonton The Doctors (versi luar negara) mungkin tahu konsep program bual bicara ini. Untuk yang ada twitter, seakan membaca #MedTweetMY versi visual. Bukan saja pelbagai topik berlainan setiap minggu, dengan kehadiran doktor pakar dalam bidang masing-masing, namun turut membincangkan isu mitos dan berkaitan kesihatan yang popular. Pengacaranya seorang doktor yang cantik; Dr Liyana Dhamirah.
Ini sedikit perkongsian daripada rancangan My Doctors di Astro Ria yang saya tonton bersama emak saya tempoh hari:
Episod 1:
Sebenarnya pelbagai topik dibincangkan. Isu perempuan, bersalin, period. Namun yang saya sempat catatkan tentang di bawah ini. Boleh lihat semula episod awal My Doctors ini di sini: https://astrogo.astro.com.my.
KURUS
▪ Cuka epal boleh digunakan untuk kurus; tingkatkan metabolisme badan (minum + air suam). Boleh jadi ubat sakit tekak dan sedu juga.
▪ Air lemon / limau pula boleh buat bertenaga selain boleh jadi detox. Dan air lemon boleh tingkatkan metabolisme juga. Baunya juga boleh hilangkan stress dan segarkan udara.
▪ Air sejuk tak membuncitkan dan nak kurus perlu bersenam. Dan jika rasa lapar, minum dulu. Mungkin kita hanya haus.
Episod 2:
Episod ini mengupas banyak tentang mimpi dan masalah tidur.
TIDUR
▪ Lelaki lebih kuat berdengkur. Terjadi daripada salur pernafasan kita. Apa saja yang lalu melalui saluran udara, akan menyebabkan kita berdengkur.
▪ Tekanan mampu buat kita lebih cenderung dapat sleep talking atau sleep walking. Atau terlalu hyperactive siangnya.
▪ Sleep walking boleh berjalan selama 30 minit. Tabiat tidur yang baik sangat penting. Bersihkan diri sebelum tidur.
▪ Sleep paralysis (rasa dihempap ketika bangun tidur) selalu berlaku kalau kita terlalu penat. Gerakkan jari kita kalau kita alami.
▪ Dadah terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang tidur terlalu banyak dan halusinasi.
▪ Di Malaysia ada tempat dan doktor untuk check cara tidur (untuk tahu kesihatan kita).
PUKAU:
▪ Selalu mangsa dah diekori dan guna teknik "pernah jumpa sebelum ni." Pernah 1 jam diekori, paling singkat 3 jam sebelum.
▪ Selalu mangsa jadi malu nak cerita.
▪ Elemen pukau:
- Tarik perhatian pakai bedak atau asap.
- Imaginasi. Suara.
- Kita rasa nak turut arahan.
▪ Nak elak kena pukau:
- Minda yang kuat. Seorang yang sedang berfikir susah dipukau. Yang kosong fikiran lebih mudah.
- Yang kuat melatah, senang dipukau. Mudah benarkan peluang.
- Sentiasa awasi persekitaran.
JERAWAT:
▪ ACNE sama dengan JERAWAT. ACNE ini sebutan dalam bidang perubatan.
▪ Jerawat naik di dagu normal sebab ada perubahan hormon. Terutama perempuan.
▪ Faktor lain jerawat: stress, lambat tidur, tak jaga kebersihan, tidur dengan makeup.
▪ Telefon boleh menyebabkan jerawat. Sebab kita letak mana-mana entah telefon tu.
▪ Jangan mudah memicit jerawat.
▪ Anda perlu tahu bagaimana mahu menjaga wajah. Jumpa pakar metadologi jika masih bermasalah.
HIPNOSIS
Beza dengan pukau. Pukau tak boleh kawal diri dia. Hipnoterapi separuh sedar. Ada digunakan dalam bidang O&G (Obstetrik dan Ginekologi). Street dan klinikal berbeza. Klinikal hipnosis, pesakit kena ready (ikut arahan). Selalunya sesi 3-6 section untuk lebih berkesan. Untuk fokus.
MELANOMA
▪ Jika ada tahi lalat lain sikit, kena periksa dulu. Bukan terus beautician.
▪ Semak dengan kaedah ABCDE
A- Asimetri (Tahi lalat normal sekata. Jika melanoma tak sama)
B - Border.
C - Colour
D - diameter (saiz). Melanoma lebih besar. 6mm mungkin sakit.
E - Evolving. Makin berubah bentuk.
▪ Guna madu lebah. Sapu hingga hilang, ini petua. Elok dapat nasihat doktor yang berkaitan jika rasa perlu.
EPISOD 3: JANTUNG
Apa saya tulis mungkin tidak lengkap, terlalu asas, jadi sangat dinasihatkan untuk tonton semula episod penuh, rujuk mereka di twitter atau pergi terus berurusan dengan doktor berhampiran anda. Itu paling penting! Maaf jika ada kurang, boleh tambah jika perlu.
My Doctors: Setiap Isnin, 11 malam di Astro Ria & Ria HD
Biarlah nampak ralat, malah ada dihujani pelbagai kata kesat pada orang tak berminat. Namun satu yang tersirat, buat orang yang tak berapa nak larat, tak mampu keluarkan duit berkerat-kerat, nak menaiki kapal terbang yang ringan tapi nampak sebenarnya berat, Rancangan realiti tv bagi Anem, tak kisahlah apa pun, membuatkan Anem semakin terasa bahawa negeri Sabah, negeri Sarawak itu macam dekat.
Untuk pergi ke sana, macam suatu yang agak mustahil untuk masa-masa sekarang, malah pendedahan melalui subjek sejarah, mujur juga ada televisyen, internet dan juga saluran satelit berbayar, untuk tahu tentang perkembangan dan kelebihan negeri di borneo itu membuatkan Anem rasa wujudnya rancangan macam ni, Anem dapat tengok malah lebih dari itu dengar dan belajar tentang bahasa dan budaya negeri sahabat-sahabat Anem .
Mungkin, jika kita masuk PLKN, selalu berpindah, atau berkemampuan, ia tidaklah menjadi satu kelainan, tapi bagi Anem semenjak mengenali Linda Nanuwil, Anem mula makin sayang dengan negeri Sabah. Malah Hafiz AF buat Anem rasa Sarawak berada di tidak jauh, hanya di sebelah. Daripada semua yang dikata tidak baiknya program realti tv, cukuplah Anem sebut satu sisi baiknya - mengenali negeri-negeri di Malaysia dari hati, adalah sangat indah.
Kita adalah satu - percayalah dengan setiap style fanatik dari peminat rancangan realiti tv itu, walau tersimpan 1001 rasa tidak puas hati bila pemenangnya bukan yang diundi, tapi percayalah wujud rasa sayang dalam hati bahawa marah tak puas hati bukanlah benci- namun hanya ayat luahan hati. Habis rasa sedih sementara, berganti rasa sayang tak terhingga. Kan dah cakap, benci jangan benci sangat. Sayang, jangan sayang sangat, kan?
Anem bersyukur, malah bangga menjadi rakyat Malaysia.Tak kiralah, bangsa apapun, kita tetap manusia yang ada berlainan citarasa. Hormatilah jiwa-jiwa semua.
Dan berkebetulan pula kini bukan ada rancangan hiburan saja, peminat pun sudah makin bijak menilai bakat, bukan terlalu memandang kenegerian, Anem cuma nak cakap, dunia teknologi dan kemodenan benar-benar merubah kita semua, insya-Allah kepada yang lebih baik.
Aish. Kamek rindu Akademi Fantasia pulak bha ni. ops
Ustazah Pilihan Akhir : Tahniah Buat Firuz Akhtar pemenang pertama, atau juara pertama ustazah pilihan 2011. Walau ramai mempersoalkan dari segi tabarruj dan sengaja menonjolkan wanita yang terkenal sebagai seorang yang pemalu , tapi bagi Anem mereka bukan sahaja pelapis malah menginspirasi orang di luar sana untuk jadi baik, bersemangat dan paling tidak, berfikir macam mereka. Apapun perkara ada buruk baiknya. Sebagai manusia kita bukan hanya perlu terima malah perlu fikir akan natijah sesuatu yang kita buat .
Akhirnya Imam Muda Musim kedua telah sampai ke kemuncaknya , dan episod terakhir Imam Muda adalah pada 1 Julai 2011 ini, Jumaat ,pada jam 9 malam. Kita bakal menyaksikan persaingan antara Imam Muda Hassan yang berasal dari Perak dan Imam Muda Nazrul yang berasal dari Johor ini.
BIODATA IMAM MUDA HASSAN :
NAMA:
MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
UMUR:
26 TAHUN
TARIKH LAHIR:
17 FEBRUARI 1985
ASAL:
PERAK
PENDIDIKAN:
IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
PEKERJAAN:
PENSYARAH (SEPENUH MASA)
STATUS:
BUJANG
BIODATA IMAM MUDA NAZRUL :
NAMA:
NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
UMUR:
26 TAHUN
TARIKH LAHIR:
20 JUN 1985
ASAL:
JOHOR
PENDIDIKAN:
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH
PEKERJAAN:
GURU BESAR
STATUS:
BERKAHWIN (2 orang anak)
keluarga bahagia ustaz nazrul
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.