Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza Musim ke-11 (GV11) - Liza Aziz! Beliau yang membawakan lagu  I Surrender, telah menewaskan 5 finalis lain dengan markah sebanyak 77.89.



Tempat kedua ialah Ning Baizura (71.04), ketiga Sheila Abdul (66.61), keempat Dyrga Dadali (66.23), kelima Zehra Zambri (64.38) dan keenam The Lima (63.42). Tahniah semua!

Membawakan tema ‘Its Final’ setiap peserta telah mendendangkan bukan satu namun tiga tugasan yang pada konsert akhir Ahad, 9 Februari 2025 (malam tadi).

Berikut merupakan senarai lagu yang dipersembahkan oleh enam Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) pada konsert Akhir GV kali ini.

Solo:

1. Kenangan Terindah - Dadali Dyrga

2. A moment like this - Ning Baizura

3. Berpaut di dahan cinta - Zehra Zambri

4. Bila Rasaku ini rasamu - The Lima

5. I Surrender - Liza Aziz

6. Listen - Sheila Abdull


Duet:

1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir

2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta

3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah - Aku Bersahaja

4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye

6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan


Battle:

Pentas akhir Gegar Vaganza juga tidak akan lengkap tanpa pusingan ‘battle’ yang telah menjadi trademark program tersebut sejak sekian lama.

Berikut merupakan lagu yang akan dibawakan oleh Bintang GV dalam pusingan Battle:

1. Ala Canggung II : The Lima & Dadali Dyrga

2. Angkat : Liza Aziz, Sheila Abdul, Zehra Zambri & Ning Baizura

Penentuan juara dilakukan oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi.


Sumber:

Instagram rasmi:

https://www.instagram.com/gegarvaganzaofficial

Berita:

https://gempak.com






Siapakah yang bakal menjuarai Gegar Vaganza musim ini? Saksikan Gegar Vaganza 2024 bermula 24 November, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria, Astro Go & sooka! 



Senarai Peserta Gegar Vaganza 11


1. Illa Sabry

2. Sheila Abdull

3. Ronnie Hussein

4. The Lima

5. Fairuz Selamat

6. Arrora Salwa

7. Yazid Lovehunters

8. Zehra Zambri

9. Reshmonu

10. Nai Dinamik

11. Dyrga Dadali

12 Ning Baizura

13. Inka Christie

14. Liza Aziz


Hos & Juri Terkemuka GV11


Dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV11 bakal dinilai oleh juri profesional termasuk Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS.

GV11 bermula 24 November 2024, disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap Ahad di Astro Ria (Saluran 104). Strim menerusi Astro GO dan sooka untuk fleksibiliti tontonan.




Laman web rasmi:

https://gempak.com/campaign/gegarvaganza2024

My Sumber: https://x.com/mysumber/status/1854082705484574927?t=V2jjZB-4Yy-BCYaoSgvdUQ&s=19



Woot woot!! Astro Kembali Dengan Program Nyanyian Realiti Kegemaran Ramai, The Chosen One 2024, Muzikal Lawak Superstar 4 dan Kilauan Emas 2024. 


THE CHOSEN ONE 2024

Saksikan gandingan duo artis Malaysia bersama bakat muda yang dipilih oleh coach mereka! ✨




Mulai 20 September 2024,

Setiap Jumaat 9 Malam

Di Astro Ceria, Astro Ria & Astro Go

Astro Ceria


Sumber:

https://www.instagram.com/reel/DAIGTmTyElO/?igsh=YXp4aXV5NXA5OTVh

https://www.instagram.com/p/C_-uXiDz6bD/?igsh=MWZnNDExNjJoOW01ZQ==


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 4



Pentas Fantasi Jenaka Muzikal telah pun dibuka! Muzikal Lawak Superstar 4 kembali bertemakan Penglipur Lara Hikayat Berdekah Kah Kah.

Bermula 22 September, Setiap Ahad 9pm di Astro Warna dan strim melalui Astro Go dan sooka. Layari gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk mengundi dan berita terkini.


Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:

Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi

Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy

Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin

Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz

Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana

Kilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar

Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai

Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S

Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

Bravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally


Muzikal Lawak Superstar 4:

Zon Lawak

https://www.instagram.com/reel/C_93Onus7Hf/?igsh=MWljemx2NXlnbjYwZQ==

https://www.myinfotaip.com/2024/09/muzikal-lawak-superstar-4.html


KILAUAN EMAS 2024 




12 PESERTA | 1 JUARA | 8 MINGGU 


Mulai 14 September 2024, 9:00malam 

Astro Prima, Astro GO & sooka 


12 PESERTA KILAUAN EMAS 2024 


ATIE - 49 Tahun (Jelebu, Negeri Sembilan) 

BALQIS - 60 Tahun (Telipuk, Sabah) 

BUDIN - 56 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

DINO - 68 Tahun (Kulim, Kedah) 

GIE - 47 Tahun (Mersing, Johor) 

HAMID - 54 Tahun (Ipoh, Perak) 

INA - 46 Tahun (Georgetown, Pulau Pinang) 

MARIA - 49 Tahun (Setiu, Terengganu) 

RON - 60 Tahun (Malim Nawar, Perak) 

SIDI - 53 Tahun (Alor Setar, Kedah) 

SUE - 46 Tahun (Ulu Kinta, Perak) 

WAN - 49 Tahun (Alor Gajah, Melaka) 


Kilauan Emas:

https://www.instagram.com/p/C_w8vGnzu6m/?igsh=ZTRranRsMTljb2hh






Lirik ‘Inilah Kita’


Kita lihat, kita dengar , kita bina

Kita impikan yang sama

Kita sabar, kita rancang ,kita teguh

Kita bergerak serentak 


就是现在

Ini masanya

让大家都一起来~ 一起来

Marilah kita bersama-sama

一起来~ 一起来 - 

Kita bersama-sama


Inilah kita

Mencapai cita

Kitalah kita

Inilah kita 

Kitalah kita, inilah kita 


Inilah kita 

Megah bersama 

Kitalah kita, inilah kita


Negaraku negara kita

Inilah kita

Negaraku negara kita

Inilah kita

Negaraku negara kita

Inilah kita

Negaraku negara kita

Inilah kita


Sama-sama kita warnakan 

Langit indah

Sama-sama kita cerahkan hari kelak

Satu impian satu degupan

Satu suara satu tujuan


ஒன்றாக நம் கைக் கோர்த்து நடப்போம்

Kita berjalan berganding bahu 


ஒன்றாக நாம் என்றும் முன் செல்வோம்

Bersama kita menuju ke hadapan


நம் பாட்டன் போட்ட விதை இன்று நாடு 

Negara ini anugerah warisan


ஜொலிக்கும் பாரு..

Kita akan terus bersinar 


மலேசியா போல யாரு..

Tiada tempat seperti Malaysia


Well nowʼs the time 

Inilah masa

Gotta step it up

Untuk kita melangkah 

And do whatʼs right 

Dan berbuat baik

For you and i

Untuk masyarakat kita






Senarai lagu-lagu dalam Drama Sweet Dreams (OST) lakonan Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee begitu menarik perhatian. Jadi mari saya kongsikan antara senarai lagu-lagu yang menjadi lagu tema drama ini. Jika tertinggal boleh tambah di bawah. Jika salah tolong betulkan ya?

Tahniah kepada semua pelakon serta mereka yang berada di sebalik tabir Drama Sweet Dreams drama bersiri di Astro Ria ini sehingga menjadi trending di twitter!

Senarai ini saya dapat melalui twitter rasmi ParanorMalaya Production atau lebih dikenali sebagai THE MALAYA. Juga laman web Spotify (darwiis26). Di youtube pula, ada playlist Ginger Bread buat untuk OST Drama Sweet Dreams ni.

Boleh klik senarai untuk video di youtube mereka. 

 Lagu-lagu dalam drama Sweet Dreams (OST):




WATAK PELAKON:
Sinopsis Drama Sweet Dreams:

Qash Adam dan Puteri
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Mira Filzah sebagai Puteri
Sean Lee sebagai Karl
Ben Amir sebagai Qash Adam
Qash Adam pula seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Untuk banyak lagi video menarik boleh ke instagram BamBam Studios.
Gambar-gambar dalam artikel ini diambil dari instagram artis-artis serta mereka yang terlibat.

- Antara sumber sinopsis dan pelakon: Drama Sweet Dreams (Astro) Mira Filzah & Ben Amir 

- Antara review drama Sweet Dreams: Review Megadrama Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir



Sedikit sinopsis Syurga Yang Kedua: Drama ini mempunyai 70 episod (adaptasi sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama; Surga Yang Kedua. Daniel (lakonan Zarul Husin) dan Sabrina (Lakonan Siti Elizad) sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy (lakonan Fasha Sandha). Syurga Yang Kedua telah mula bersiaran pada 12 Disember, dan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).



Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah

Kusembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini
Tawa ini
Senyum ini
Sebagai topengku

Tiap insan dijadikan berpasangan
Aku pun jua mendamba
Satu cinta
Sentiasa berdua
Bermanja
Bersenda

Kutahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Kuberlari cari wajah yang kulihat
berkali di dalam mimpi
Tawa itu senyummu matamu melerai sepiku

Kutahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Kerinduan ooohh

Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia
kuterima takdir cinta


Instagram Drama Syurga Yang Kedua@syurgayangkedua
Instagram Dayang Nurfaizah: @dayangsayangkamu

*Lagu lain dalam drama ini: Jagakan Dia- Shiha.






Biarlah nampak ralat, malah ada dihujani pelbagai kata kesat pada orang tak berminat. Namun satu yang tersirat, buat orang yang tak berapa nak larat, tak mampu keluarkan duit berkerat-kerat, nak menaiki kapal terbang yang ringan tapi nampak sebenarnya berat, Rancangan realiti tv bagi Anem, tak kisahlah apa pun, membuatkan Anem semakin terasa bahawa negeri Sabah, negeri Sarawak itu macam dekat.

Untuk pergi ke sana, macam suatu yang agak mustahil untuk masa-masa sekarang, malah pendedahan melalui subjek sejarah, mujur juga ada televisyen, internet dan juga saluran satelit berbayar, untuk tahu tentang perkembangan dan kelebihan negeri di borneo itu membuatkan Anem rasa wujudnya rancangan macam ni, Anem dapat tengok malah lebih dari itu dengar dan belajar tentang bahasa dan budaya negeri sahabat-sahabat Anem .

Mungkin, jika kita masuk PLKN, selalu berpindah, atau berkemampuan, ia tidaklah menjadi satu kelainan, tapi bagi Anem semenjak mengenali Linda Nanuwil, Anem mula makin sayang dengan negeri Sabah. Malah Hafiz AF buat Anem rasa Sarawak berada di tidak jauh, hanya di sebelah. Daripada semua yang dikata tidak baiknya program realti tv, cukuplah Anem sebut satu sisi baiknya - mengenali negeri-negeri di Malaysia dari hati, adalah sangat indah.

Kita adalah satu - percayalah dengan setiap style fanatik dari peminat rancangan realiti tv itu, walau tersimpan 1001 rasa tidak puas hati bila pemenangnya bukan yang diundi, tapi percayalah wujud rasa sayang dalam hati bahawa marah tak puas hati bukanlah benci- namun hanya ayat luahan hati. Habis rasa sedih sementara, berganti rasa sayang tak terhingga. Kan dah cakap, benci jangan benci sangat. Sayang, jangan sayang sangat, kan?



Anem bersyukur, malah bangga menjadi rakyat Malaysia.Tak kiralah, bangsa apapun, kita tetap manusia yang ada berlainan citarasa. Hormatilah jiwa-jiwa semua.

Dan berkebetulan pula kini bukan ada rancangan hiburan saja, peminat pun sudah makin bijak menilai bakat, bukan terlalu memandang kenegerian, Anem cuma nak cakap, dunia teknologi dan kemodenan benar-benar merubah kita semua, insya-Allah kepada yang lebih baik.

Aish. Kamek rindu Akademi Fantasia pulak bha ni. ops







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top