Showing posts with label Kreatif KL Festival. Show all posts
Showing posts with label Kreatif KL Festival. Show all posts



Wahai Orang Kota! 

.

Apa ertinya perempuan menulis puisi pada zaman ini? Seperti apa tujuannya, serta ke mana arah keprihatinan dihalakan? Sebuah perbincangan untuk meneroka pandangan serta tindakan-amalan penyair perempuan muda kontemporari Malaysia.

.

Perempuan Sajak


Sabtu, 2 November 2024

Kamar KS Maniam 

3:00pm - 4:30pm


Siti Alimah (Sabah)

Syaheeda Hamdani (Sabah)

Natasha Aziz (Kuala Lumpur)


Pemudah cara: Qurratul ‘Ain

.




Sumber:

Kalam Kreatif KL



Terokai sejarah Kuala Lumpur di Kreatif KL Festival! Sepanjang 3 bulan dan 14 hujung minggu, alami lebih daripada 100 acara yang menampilkan pertemuan budaya unik, lapisan sejarah, dan kepentingan kota ini sebagai hab kreatif. Dari 5 September hingga 30 November 2024, mari raikan jiwa Downtown KL melalui seni, inovasi, dan komuniti. 












Source:

https://www.instagram.com/kreatifkl

@cloudjoi_


















Hello Kuala Lumpur!



Pyanhabib adalah penerima Anugerah Tokoh Puisi Kuala Lumpur 2022. Malam 2 November nanti, keluarga dan teman-teman berkumpul untuk memperingati pemergiannya. Sebuah eulogi untuk bintang di langit Kuala Lumpur yang tak pernah malap.


Jom sertai kami dalam sesi;

Kuala Lumpur Mengingat Pyan


Sabtu, 2 November 2024

“Dataran Pyanhabib”, MUZIUM TELEKOM

8pm - 10pm



Sumber asal:

https://www.facebook.com/share/p/5gXa51oMXTwcbi8N/








#LayarNostalgiaKL ~ Hujung minggu hadapan! Tayangan percuma 8 filem dari tahun 1970an ke 1990an yang bertempat di Kuala Lumpur. Projek usahasama Kuman Pictures dan SIAR, untuk festival Kreatif KL anjuran Think City.

Lokasi ialah Semua House (betul-betul di tangga Semua Stairs depan pintu utama) dan masuk adalah percuma.

Kami juga bawakan beberapa artis dan tenaga kerja filem berkaitan untuk sesi suai mesra. 


Jadual:


*Sabtu - 19 Oktober 2024*

11am - Mat Gelap (1990)

1pm - Balik Kampung (1986)

3pm - Gila-Gila Remaja (1986)

5pm - Si Badol (1979)




*Ahad - 20 Oktober 2024*

11am - Kami (1982)

1pm - Mekanik (1983)

3pm - Femina (1994)

5pm - Keluarga Si Comat (1975)


Jumpa di sana!

Ticket percuma, tapi kalau nak book tempat:- https://www.cloudjoi.com/shows/2290-layar-nostalgia-kl


Kuman pictures

Lain-lain:

https://x.com/ruud_irwan/










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top