Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).




Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,

Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,

Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,

Aku cari mana dia Al-Shafie,

Kita bongkar rahsia kitab suci,

Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman

Dialah wali

Dia mencukupi

Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi


Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI


Ku Cari Damai Abadi - nyanyian Dato' Ramli Sarip


Al-Fatihah buat Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah meninggalkan kita pada 14 April 2025 yang lalu pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam.

Al-Fatihah buat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Moga ALLAH SWT mengampuni dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin.


Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/722933/berita/nasional/belasungkawa-tun-abdullah-ahmad-badawi

https://penyair.wordpress.com/2007/02/09/ku-cari-damai-abadi-abdullah-ahmad-badawi/


Gambar: 

Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi








Wahai Orang Kota! 

.

Apa ertinya perempuan menulis puisi pada zaman ini? Seperti apa tujuannya, serta ke mana arah keprihatinan dihalakan? Sebuah perbincangan untuk meneroka pandangan serta tindakan-amalan penyair perempuan muda kontemporari Malaysia.

.

Perempuan Sajak


Sabtu, 2 November 2024

Kamar KS Maniam 

3:00pm - 4:30pm


Siti Alimah (Sabah)

Syaheeda Hamdani (Sabah)

Natasha Aziz (Kuala Lumpur)


Pemudah cara: Qurratul ‘Ain

.




Sumber:

Kalam Kreatif KL



 




Anda nak menang hadiah wang tunai?Mudah sahaja. Sertai Pertandingan Penulisan Sajak, Syair dan Pantun Perpaduan anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 September 2024 - 15 Oktober 2024. 

Ruginya kalau tak cuba, mana tahu rezeki anda bawa pulang wang tunai ini. 😊😊😊😊. Min pun tumpang gembira 🥳🥳🥳🥳.

Klik pautan kod qr ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan, syarat pertandingan dan borang penyertaan.👇👇👇👇


Sajak: https://drive.google.com/file/d/1MD9ctdCzqG2v0sN9BCTF4Z1qV2g-8p8m/view?usp=drive_link


Syair: https://drive.google.com/file/d/1tsRNFERZBWcYK0P4ePpKM0KmuOLB9UMg/view?usp=drive_link


Pantun: https://drive.google.com/file/d/1D351Lyai0F6oVgOweX6kzxxp41ukFbAo/view?usp=drive_link


Sumber:

https://www.instagram.com/p/DADRuLgTBuO/?igsh=eHF5Njk0ODliNmk=




 


Ucapan, kata-kata dan puisi buat anak sulung, anak bongsu, anak tengah dan anak tunggal yang dinukilkan khas oleh saudara Mustaqim Jiwa melalui twitter dan telegram beliau (@mustaqim.jiwa)


Buat anak sulung (anak pertama keluarga)


Buat anak tengah


Buat anak bongsu


Buat anak tunggal




Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)





Saya sendiri kadangkala terperangkap dengan puisi dan catatan. Apabila saya menaip catatan, saya selalu sangka ia adalah sebuah puisi yang cukup (perasan). Sedangkan terlalu jauh sebenarnya.
Puisi: Karangan yang berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dalam bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dalam bentuk puisi: pelbagai kisah yang dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dengan puisi, yang menunjuk­kan ciri-ciri dalam puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yang berkaitan dengn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yang kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yang mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. - Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tajuk:" Yang Sebenar. "

Sepi masih setia jadi nyanyi
Angin terus berhembusan
dan kita masih bersandingan
dengan perasaan yang tiada penghabisan
Dalam rahsia-rahsia sendiri
Kita meratap perjalanan hati
kisah hidup yang berbaki
dan doa-doa yang tidak terisi
dalam getar yang mengalir
kini aku teringat jejak
yang memisahkan perjalanan
membawa aku ke sebuah penemuan
Lewat istighfar
Syukurku bergementar
atas dasar sedar
yang sebenar
Tuhan itu rindu;
suaraku yang bergetar.


Salah satu catatan dalam Zine Warkah Si Pari-Pari (bersama Grez dan Qyranna).


Tidak akan dibencikan pada kenangan yang pernah memberinya keriangan pada saat dia tersepikan dek persekitaran yang tidak menyebelahkan.

Tidak akan disedihkan pada pemergian seorang yang pernah memberinya rasa aman kerana ketentuan ditetapkan ianya hanya pinjaman; bakal diambil semula Dia bila-bila.

Tidak akan dikesalkan pada sebuah kisah yang membuat dia kuat dan rasa jitu pada diri sendiri untuk hari kemudian.

Tidak akan didiamkan; janji untuk terus mendoakan, dan tidak akan disepikan.
Maka; syukurlah kerana pernah; bukannya tidak akan.

***

Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi. Boleh merujuk laman: DBP. Terima kasih.

Jom terus menulis idea-idea baru! :)




Setakat ini sedikit karya saya dan kawan-kawan (kawan-kawan saya semua power power menulis woah!) ada dalam buku himpunan puisi:  Pelacur Kata keluaran Press Aku dan buku Seratus Mulut dan Halusinasi , terbitan Bukstor. Terdahulu ada kolaborasi puisi & cerpen dengan beberapa orang sahabat twitter untuk zine #Rabak .

Untuk yang hilang dan mencari diri, Nah!

Ke hadapan hati jatuh

Menemui sekeping hati yang sudah lama sakit,
kamu ingat aku lagi ?
Jiwa indah semalam yang pernah bermalam 
dan duduk sehari dua di teratak dada kamu?

Kamu pernah kata pada aku dulu,
biar satu dunia tidak memaknakan kamu ,
biar satu dunia memuntah kata keras pada dinding laman kamu,
kamu terbias kan,
kamu kata kamu ada baju kalis rasa ,
semua mereka beri, akan dipercik semula pada wajah gelap mereka.

Tapi kini aku lihat, kamu hilang .
Kamu diam dalam keramaian orang sedang melihat kamu.
Kamu sudah mula jatuh , duduk dalam sendu
yang aku sendiri tidak mampu untuk meramalnya.

Dan kamu kenapa?
Kamu sudah tidak kenal aku.
Mata kamu sudah mula kelabu.
Ingatan kamu seakan sudah kelam .
Yang kamu nampak hanya bebayang.

Sunyi kini tempat kamu.
Tak semeriah dulu.
Dulu, tempat ini , penuh rasa suka, banyak suara membangkit rasa,
kini yang tinggal hati perit yang seakan tidak mahu bangkit.

Hei, betulkah kau dah tak ingat aku?
Ini akulah , aku ! Jiwa indah kamu semalam,
Yang sama-sama ketawa walau dalam duka lara,

Hei, kamu!
Marilah mari , bangun! Peluk aku semula.


Terima kasih pada semua yang selesa dengan apa yang pernah dibaca tentang sesuatu yang saya tulis. Moga kalian semua sentiasa diberkati dunia akhirat, insyaallah :)


*Klik pada link dalam penulisan di atas , untuk sebarang pertanyaan.


Awan cerah mengiringi penulisan yang nipis ini. Untuk sahabat yang seorang ini, moga-moga penulisan bergenre puisi  ini dapat disudi hadam dan disenangi . Terima kasih kerana sudi menerima lantas memberi .

TERIMA KASIH :)




---

Kamu, dengan rasa gembira aku meraikan hari minggu ini dengan penuh berlagu  - sempena dua dekad ulang tahun kelahiranmu .

Kamu, dengan menginjak usia kukirimkan engkau khabar suka yang aku akan sentiasa ada- untuk temani kamu waktu ria dan lara .

Kamu, dengan hatiku yang masih biru, aku dengan malu-malu tetap mendoakan kamu itu sentiasa dipelihara Tuhan yang satu .

Kamu, dengan rasa syukur terpaling dalam, aku berterima kasih kerana Tuhan hadiahkan aku seorang sahabat yang sudi dekat menemani hatiku disaat terang dan kelam

Kamu, moga-moga kamu bahagia sentiasa,  apapun kamu , ku tetap terima seadanya , semoga kita bersahabat selamanya , moga kau berjaya dunia dan akhirat juga- insyaallah .


PASTI :)




Insyaallah ada jodoh kita bertemu - sayang selalu  :)


p/s:  http://instagram.com/arnamee 






Sejak tahu guna apps di telefon, tangan jadi makin gatal untuk mencoret. Malahan untuk sebagai permulaan , tercurang sama tumblr yang selalu diguna sebagai madah tulisan (itu pun sudah kurang kerap) . Untuk GK, terima kasih, kerana telah membuat saya kembali bermanis-manis setelah sekian lama saya bermasam-masam . 




Selaju angin menderu
Datang aku tersedu
Mengutip kasih orang

Maaf terpaling buat kamu
Kerna tidak mahir berlagu
Mengindahkan pun tidak mampu

Cumanya mampu beri kasih
- ambillah tanpa jerih

( Puisi Amee - 
pendekkan  nama Arnamee sebab macam agak panjang )


Puisi kata lalu ini di kedepankan kerana hati seakan mengalami frasa ulangan.



Satu satu aku duduk depankan.
Kenangan lurus, tragedi senget dan luka semalam
Aku susun carik-carik kecil ditelapak tangan .

Aku mahu semua.
Tolong jangan tertinggalkan .
Aku mahu yang himesfera,
yang segi-segi,
yang berkaca - SEMUA kan aku kata?

Lagak macam ku terfahamkan .
Gaya macam ku memilikkan .
Konon sajalah .

Mahu tidak dilepas
Tarik tidak, sorong pun tidak
Aku cop mana-mana yang mahu - beri - minta

Pendam diam saja di sana,
simpan dalam lagilah di sini,
tak terkesiankan mereka?
Aku sorok rasa
Pasti kuterperasankan.

Tapi ku diam.
Tetap.
Walau tahu salah.

Buat diri, jangan cicir apa yang dikendong ,
kelak yang tinggal hanya bebayang , tahu !

Yalah, dasar manusia nafsu tertamakkan
kasih semua orang .

Sedarlah wahai diri .
Kau tak hebat mana - berangan saja lebih .


p/s:

buat diri sendiri ,jangan tamak .

maaf.


Badan dah lama.
Otak dah berdekad diperah.
Nafas makin pendek.

Kaki makin lemah langkah.
Mulut dah banyak luah.
Telinga dah makin sunyi.

Jiwa makin hilang arah.

Tanah panggil panggil.
Hei awak, marilah.

Ya,
Masa makin suntuk.
Bila semua orang meraikan kita punya hari tua,
Sedarlah hidup kita makin tak lama.

Jadi, apa nak buat buat,buat , jangan tangguh tangguh dah.
Nak takut apa ? sebab apa kita buat memang kerana NYA.


p/s:  Hari lahir saya dah tiga bulan dah berlalu . Cuma mahu menulis ini sebab saya kesal dengan sikap diri saya yang selalu  bertangguh. :(


Buku Bogel Menuju Tuhan itu Anem selak sehelai demi sehelai. Dari prakata, puisi, catatan hingga terbitan Anem selidiki -walau tidak tahu apa hendak dicari . Namun pelakon utama Drama dan Filem Juvana , serta Bunohan , Kami dan Karaoke ini mampu membuat Anem terfikirkan dan merasakan penulisan yang boleh juga ditatap selalu di blognya itu .Dalam beberapa lembar, Anem rasa mahu berkongsikan salah satu puisinya.

 JANGAN DITEKAN ANAK INI

Manusia...

Setiap dalaman manusia ada kemarahan yang boleh membahayakan.
Darwin kata, kita berasal dari binatang.
Ada sifat keganasan yang sangat buas.

Macam mana pun,
Sebab manusia ada id, ego dan super ego.
Sebab manusia ada kepercayaan agama,
atau kemanusiaan bagiyang tak pegang agama,
Kita dapat mengawal keganasan, kebuasan, kemarahan.

Tapi...
Manusia mana sekali pun,
Kalau dah ditindas berkali- kali,
Kalau dah ditekan berkali- kali,
Kalau dah ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, dan ditekan lagi..
Akhirnya akan MEMBERONTAK, MENGGANAS, MEMBUAS.
Tolong jangan ditekan anak ini kerana aku percaya satu hari dia akan
memberontak.


"Hanya satu kata, LAWAN!" - WijiThukul.

---

Salam penuh rasa doa dan pengharapan semoga mereka berdua
berbahagia hingga akhir hayat -
selamat pengantin baru  
pemilik blog zahiriladzim.blogspot.com ini dengan
pasangannya yang cantik shera ayob .

update : tahniah untuk kelahiran anak sulong kalian, comel ! 


Buku antologi puisi dan catatan ni memang indah . 
Rugi tak memiliki :)



Dan 2, 3 hari kerat selepas aku parah
kamu KUTIP aku di tepi lembah
kamu hadir sebelah pegang payung menadah
kamu beri lagu JANJI AKIM sebagai hadiah
Katamu yang lalu biar dilepas pasrah
jangan dikenang pada keadaan yang lemah

Kamu kini dalam peluk erat aku
walau sesekali naik lain nada kamu
rimas dengan rajuk manja itu
namun kamu tetap bertahan cuba terus kaku
menerima aku
aku yang jelas terang kamu tahu comot -compang- celaru

Setiap hari ku cuba lari dari kenangan merah
yang buat kita hilang arah
selepas setiap hari juga , kamu cuba beri aku indah
walau aku terkadang mahu lebih-lebihnya

kamu beri cinta dengan jiwa , walau aku selalu mahu kau bebas luah ,
katamu itu diri kamu seadanya , tak perlu diberitahu dunia ,
walau berbeza, ia tetap rasa kuat yang sama ,
tentang cinta , tentang kita .

walau aku rasa aku teruk buat kamu rasa diri tak berguna - ketahuilah yang aku takut .
takut terhilang kamu yang setiap hari hati aku sebut - sebut .
Buat Kamu - terima kasih dari dalam diri ku yang kalut.
Kerana - sudi kutip jiwa ini ,pada hari semalam. - yang serabut .
p/s : PJku  IA, saya tulis puisi ni , 5 hari sebelum kita-kita jadi 20 .
____
- Saya tak mampu jadi hebat macam dia yang kamu suka, tapi cukuplah saya jadi manusia yang kamu tak rasa tertekan dengannya. Maafkan semua silap salah saya -yang sering buat kamu luka  -







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top