Menurut Fedtri Yahya di twitter beliau Basyirah ialah wanita yang membawa khabar gembira. Berasal daripada perkataan busyra ( khabar gembira). Saat satu dunia dilanda hiba dan pudar semangat pada segala ujian yang tak berpenghujung, satu kekuatan yang kita ada ialah menjadi penyerbar motivasi dan pendoa setia. Ditulis khas untuk Dat' Sri Siti Nurhaliza. Dirombak kata beberapa kali supaya menjadi sebati dan selari dengan vokal gemilangnya.
Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara mengisi slot Akasia TV3 kali ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini di bawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson.
Kisah ketabahan Afia Awliya (Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagu tema (OST) drama Tiada Arah Jodoh Kita beserta lirik:
Ketika cinta telah bersarang
Taklukkan dua manusia untuk hanyut dalam rasa
Dan rindu datang setiap saat
Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah
Dan kini aku di sini merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Kumelihatmu sempurna tak terungkap kata
Hilanglah kenangan luka tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya
Tak sanggup aku melawan rasa
Segala perasaan memang kujatuh cinta ohhhh...
Dan ini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu dirimu kekasihku
Dan kini aku di sini merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Kumelihatmu sempurna tak terungkap kata
Hilanglah kenangan luka tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya
Dan kini aku di sini
Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia..
Saling menjaga dan setia
Selamanya
Ketika cinta telah bersarang
Taklukkan dua manusia untuk hanyut dalam rasa