Kalau nak bagi hadiah kepada seseorang, lebih mengujakan jika kita sembunyikan dahulu, kemudian buat kejutan kepadanya. Lebih memberi impak, lebih menunjukkan kesan.
Antara benda yang juga orang beriman dapat dari Allah adalah kejutan. Allah juga memberikan 'surprise' kepada ganjaran bagi amalan mereka di dunia.
Ya, nikmat yang berbagai di syurga itu sangat indah, tetapi apabila ditambah lagi dengan elemen kejutan, maka makin hebat perasaan itu.
Allahu akbar.
Begitulah yang dihuraikan dalam ayat ini.
Imam Ibn Ashur menyatakan bahawa tidak sampai di akal seorang pun manusia di dunia ini bagaimana nikmat yang Allah sediakan di akhirat nanti buat orang yang beriman.
Benar sungguh kata Nabi ﷺ:
قالَ اللَّهُ تَعالى: «أعْدَدْتُ لِعِبادِيَ الصّالِحِينَ ما لا عَيْنٌ رَأتْ ولا أُذُنٌ سَمِعَتْ ولا خَطَرَ عَلى قَلْبِ بَشَرٍ»
"Allah berfirman: Aku menyediakan buat hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia" [HR Bukhari & Muslim]
Pada ayat 17 surah al-Sajadah tadi, digunakan lafaz نفس yang bermaksud jiwa. Menarik, kerana boleh sahaja untuk digunakan lafaz أحد iaitu seorang pun (tiada seorang pun yang mengetahui). Tetapi digunakan "Tiada satu jiwa pun".
Kalimah نفس membawa kepada maksud jiwa atau individu yang mempunyai akal dan mempunyai kemahiran untuk melihat, mendengar dan mengkhayalkan banyak perkara. Begitu pun, tidak juga mampu dicerap apa yang Allah akan berikan di syurga.
Kita boleh sebut bahawa Allah akan berikan itu dan ini berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh al-Quran dan hadith Nabi ﷺ, namun hakikatnya bagaimana, tidak terjangkau akal kita. Hebat.
Inilah dia antara manfaat kita menelusuri makna al-Quran, untuk menambahkan rasa keterujaan kita dalam beramal soleh. Moga Allah memberikan kita keterujaan sentiasa sampai hujung hayat untuk menjadi hambaNya yang soleh.
Justeru, saya ingin menjemput sahabat-sahabat untuk sama-sama kita berbincang berkenaan surah Sajadah yang sangat hebat ini.
Kelas sesi pertama kendalian sahabat saya, Imran Zaki sudahpun selesai. Insya Allah Jumaat ni, sesi kelas saya dan saya akan cakap tentang tadabbur secara susunan ayat dan hikmah penggunaan kalimah dalam surah Sajadah.
Boleh dapatkan video rakaman, atau boleh dapatkan sesi live untuk sertai kelas di zoom.
Rakaman akan disediakan untuk kedua-dua sesi bagi peserta.
Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara mengisi slot Akasia TV3 kali ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini di bawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson.
Kisah ketabahan Afia Awliya (Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagu tema (OST) drama Tiada Arah Jodoh Kita beserta lirik: