Perlahan-lahan Putaran waktu menemukan Sebuah hati Tercalar sepi Ohhh
Bermulalah mati rasa Menepis cinta penuh jeda Bagai duri yang terlindung Terluka aku menahan Kesumat Kebencian
PRE CO
Tak akan hina Andai aku yang beralah Namun janji kesetiaan... ku ingati... Sandiwara Yang menghancurkan Ikatan indah Meluruh gundah Mahligai kalbu Sumpah itu... membunuhku...
CO
Bersabarlah Untuk terus setia Ku redahi jua gelora takdir Yang bertalu
Tak berhenti Tangis dalam doa Kau tinggalkan keretakan Patah sayap terbang jua ‘tuk berkasih Hingga tutup usia
Luruhnya Bunga Cinta merupakan sebuah drama adaptasi dari drama popular Korea Selatan, "Autumn in My Heart" yang dilakonkan oleh Redza Rosli sebagai Nuh dan Tracie Sinidol sebagai Nuha.
Kisah mereka bermula semasa mereka masih kecil apabila Nuh ketika itu secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama kakaknya sehingga tertukar dengan bayi yang lain! Selepas beberapa tahun kemudian, Nuh meningkat remaja dengan "adiknya", Nuha tanpa mengetahui status mereka yang sebenar. Nuha sangat popular di sekolah dan dicemburui rakan sekelasnya, Aara.
Aara (Auni Yusri) seorang gadis yang pandai tetapi jarang mendapat perhatian daripada guru dan rakan sekelasnya. Suatu hari, satu insiden telah berlaku yang memerlukan Nuha terpaksa melakukan pemindahan darah sehingga status sebenar Nuha telah terbongkar..
Adakah insiden tersebut mengubah seluruh hidup Nuha dan Nuh? Saksikan adaptasi k-drama hit ini terbitan Global Station Sdn Bhd di bawah arahan Riza Baharuddin.
Selain ditayangkan di iQiyi, ia akan ditayangkan di slot Akasia, TV3.
Lirik lagu-lagu OST Vila Ghazara | Vila Ghazara; sebuah Vila yang cantik di pandang mata, seperti yang tinggal di sini semuanya bahagia sentiasa. Namun di sebaliknya hanya konflik yang sentiasa melanda. Drama bersiri untuk slot Akasia; Vila Ghazara bersiaran mulai 17 September, setiap Isnin - Jumaat jam 7 malam di TV3! Membariskan pelakon-pelakon popular di Malaysia, awal-awal lagi drama berunsur kekeluargaan ini berjaya menarik tontonan ramai. Di bawah ini disertakan lirik antara lagu yang menjadi lagu OST drama tersebut. Ebba dan Adam Malek adalah bekas peserta rancangan realiti Mentor Milenia.
Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara mengisi slot Akasia TV3 kali ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini di bawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson.
Kisah ketabahan Afia Awliya (Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagu tema (OST) drama Tiada Arah Jodoh Kita beserta lirik:
Cherpen Band dianggotai 4 orang ahli yang berkelulusan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Ini merupakan lagu ketiga untuk OST drama yang melibatkan mereka selain Kali Ini dan Selalu Denganmu. Muzik video Pasti ini dirakam sepenuhnya menggunakan Iphone 7 oleh OhDawie.
Sesuatu yang menarik dan ditunjukkan melalui drama 7 Hari Mencintaiku ini, adalah semua orang boleh jadi hero dan mampu berubah. Dan di sekeliling kita, walaupun ada yang boleh membantu, namun ada juga mampu menjatuhkan. Drama ini merupakan adaptasi Novel tulisanSiti Rosmizah yang merupakan seorang peguam yang menulis. Antara buku beliau yang turut mendapat sambutan hangat adalah Andai Itu takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau dan Aku dan beberapa lagi.
PAK SAMAD
Watak yang disebut-sebut selain Khuzairi (hero oleh Shukri Yahya) dan Mia (Siti Saleha sebagai heroin), adalah watak Pak Mertua idaman iaitu Pak Samad yang dilakonkan dengan berkesan sekali oleh Aman Graseka. Watak Pak Samad adalah seorang yang menyayangi anak menantu seperti anak sendiri dan tidak kisah untuk menegur anak kandung jika mereka buat salah. Seorang yang tegas, pembawaannya sangat ikhlas.
Siapa Pak Samad (Aman Graseka)?
Merujuk biodata Aman Graseka di laman wikipedia, beliau dilahirkan pada tahun 1968, pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun 1999 menerusi filem Amy Anuar. Terkenal ketika zaman mudanya terutama menerusi filem Cinta Kita, lakonannya bersama Sofea Jane. Pernah berkahwin dengan Mas Idayu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Juga vokalis kepada kumpulan heavy metal -Chosen(menggunakan nama Amgreng). Dan dia baru saja mempunyai akaun instagramnya sendiri (Instagram Aman Graseka).
Siapa Buntat?
Yang melakonkan watak Buntat adalah pemilik nama penuh Muhammad Ariff Abdullah. Menurut ibunya, Ariff mengalami disleksia (masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal).
Biodata JIBAM / BUNTAT / ARIFF
Nama Penuh : Muhammad Ariff Abdullah
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku (Buntat @ Ahmad Shahrul)
Watak Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku dipegang oleh Jaja Iliyes (berusia 18 tahun). Pelakon baru yang dicungkil bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) ini berjaya membawakan watak adik Khuzairi dengan begitu menyerlah sekali. Instagram beliau: https://www.instagram.com/jajailiyes_/
Trivia drama 7 Hari Mencintaiku:
- 7 hari mencintaiku adalah drama bersiri pada jam 6.58 petang setiap isnin hingga khamis di TV3, ada 28 episod keseluruhannya dan mempunyai happy ending.
- Ada juga adegan dalam buku yang tidak dimasukkan (dan juga perlu disesuaikan) untuk tayangan di televisyen. Malahan ada juga babak lakonan yang telah dirakam namun tidak disiarkan atas sebab tertentu. Namun keseluruhannya ia tetap tidak memberi kesan besar malah tetap menjadi sebuah drama yang sangat baik.
- Kebanyakan dialog drama diambil daripada novel asal. Dan lokasi penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku banyak dibuat di Kuala Selangor.
- Liza Abdullah (Mak Leha) adalah seorang penyanyi dan pelakon yang popular ketika zaman mudanya. Antara lagu popularnya adalah Samarinda dan filem popular lakonannya adalah Ali Setan.
- Siti Saleha (Mia) pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.
- Shukri Yahya (Khuzairi) sudah berkahwin. Dan juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
- Pak Andak (Idris Md Diah), Mak Andak (Anne Abdullah), Roziah (Rosnah Johari sebagai mak tiri Mia) dan Zila Bakarin (sebagai Datin Hayati, Mak Mia), tidak perlu diragukan lagi lakonan mereka, kerana mereka sangat berpengalaman dan telah berada lama dalam industri.
- Wan Sharmila (Sophie) bukan sahaja selalu muncul dalam drama-drama melayu. Malah pernah membintangi beberapa buah filem dan pernah menjadi pengacara. Twitter: @Wansharmilalala
- Bakat lakonan Bil Azali (instagram @Nabelrazali) (Zaidi) dicungkil menerusi sebuah program realiti tv iaitu Pilih Kasih. Program yang sama dengan Ku Hariz (Khalil). Ku Hariz merupakan suami kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse.
- Syazwan Zulkifly kebelakangan ini sangat kerap menjadi hero drama. Juga bakatnya mula kita nampak menerusi drama bersiri Juvana.
- Mak Wan (Watak Mak Limah, yang jual karipap) merupakan graduan dan pernah belajar di Australia.
- Faye Kusairi (Syakila) berasal dari Sarawak. Juga banyak membintangi drama lain.
- 7 Hari Mencintaiku menjadi antara 5 drama paling dicari di Google Malaysia pada 2016 dan episod akhir mencatatkan tontonan pecah rekod, sebanyak 12 juta tontonan. Tahniah!
- Hampir kesemua pelakon adalah bersikap sporting dan gila-gila namun dalam set mereka semua sangat menjiwai watak.
Boleh lihat di laman web forum cari untuk mendapatkan senarai penuh pelakon dan komen-komen penonton mengenai drama 7 hari mencintaiku ini. Manakala sinopsis boleh baca di sini atau di facebook 7 Hari Mencintaiku. Untuk menonton episod penuh 7 hari mencintaiku pula, selain di tonton, boleh lihat di blog Kepala Bergetar. Manakala lagu tema (OST) untuk drama ini adalah Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah. Serta ada juga lagu kumpulan Exist - Mengintai dari tirai kamar.
*Secara rasminya boleh menonton terus di tonton.com.my dan untuk mengetahui perkembangan semua drama akasia tv3, boleh ke instagram akasia tv3.
Apapun tahniah kepada keseluruhan kru penerbitan Pena Creative Pictures dan juga semua pelakon 7 Hari Mencintaiku. Ramai suka bukan saja kerana cerita ini banyak menyentuh realiti, berlatarkan suasana bandar dan kampung, namun ada juga watak daripada kanak-kanak, remaja, dewasa ke orang tua. Juga mempunyai ramai watak baik dan antogonis yang disebut-sebut. Pendek kata cukup rencah!
Kekurangan tetap ada, namun moga dapat diperbaiki dan akan banyak lagi drama berkualiti di televisyen sama ada yang adaptasi mahupun bukan selepas ini! :)