Showing posts with label Lagu baru Malique. Show all posts
Showing posts with label Lagu baru Malique. Show all posts




Lyrics:


مالك على العرش سمائي مهيمن

(Malik 'alal-'Arsyi samaa'i muhaiminun)


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


Mentari bocor celah kaca retak

Suara yang meredakan semalaman yang memekak

Engkau tu lapar, keluar, pulang bawa roti

Katanya pasti ummi, dahinya dikucupi

Menyusur, gusar, redah kota yang kelumpuhan

Debu berpusar ikut 'nari celah runtuhan

Angkasa tenang, pagi aneh tiada letupan

Simfoni perang tidur moga terpelihara degupan


Syukran, roti dicapai dan dijulang

Terbayang senyum umminya teruja mahu pulang

Genggaman diperkemas, langkahnya dideraskan

Berlari-lari anak nyanyi lagu kebebasan

Di selekoh terakhir terhenti terdengar bunyi

Dituli suara pembuli zanana yang digeruni

Sendiri, kaku, keliru berhadapan dengan maut

Ummi aku takut, tiada yang menyahut


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


Fikiran ummi kucar, melihat luar, drone berputar,

Mencari-cari nyawa mana nak dibubar

Dia terapung di selekoh di antara runtuh kota

Ternampakkan lembaga manis buat mencukup kuota

Sasaran dikunci, sinaran datang membuta

Jeritan disepi, bedilan datang meluka

Kepulan dan percikan, serpihan dan cebisan

Sayup-sayup muncul suara kecil yang keperitan


Ditarik keluar jiran tahan rasa duka

Jasadnya bernyawa tapi dah berubah rupa

Semua kacir, tangisan dan takbir

Diseret celah lorong tuju hospital terakhir

Doktor jerit ya rabb! satu demi satu

Moga cukup anaesthesia, moga cukup waktu

Selang berapa detik, bom kedua gugur

Hospital rebah ke bumi, semuanya terkubur


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

حِينَ تُحْرَمُ أَيْدِي الْأَطْفَالِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

وَالْأَمَانِيُّ فِي الظَّلَامِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

مَعَ الدُّمُوعِ وَالدَّمَارِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ

Mā allazī yabqā? hīna tuhramu aydiya al-atfāl

Mā allazī yabqā? wal-amāniyyu fī az-zalām

Mā allazī yabqā? ma'a ad-dumū'i wa ad-damār 

Mā allazī yabqā? illā rahmatu ar-Rahmān


Seorang lagi bapa di liang lahad

Anak melawan tangis

Pengakhiran yang tragis, mangsa genosida sadis

Ibunya meratap dalam keracauan

Talkin menusuk hati, mata masih ngimbas awan

Sejak Nakba berapa jenazah kecil dah diusung?

Berapa dah dilumpuh berapa dah dibutat, dikudung?

Lindungi kanak-kanak dari perperangan toksik

Meha nahar adhayam falasteen tiheye khofshit

Falasteen tiheye khofshit


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ

مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ

(Illā rahmat ar-Rahmān)

(Malikun 'alā 'arshi as-samā'i muhayminun)




 



I want to take it back to 1995,

Ayo kid, 

Try the beat 


1995 baru masuk Form 2, 

Susah dapat kawan teacher said it's on you,

Tak suka belajar alasan hilang buku, 

Saudara bawa majalah tersos dari ilmu 


Masa itu doktor bukan hero, 

Masa itu cikgu bukan hero 

Kita nak jadi macam Drake, 

Macam Snoop, macam Big, macam Park, 

Sekarang size bukan zero 


1999 first time aku pegang mic, 

Kasut aku palsu, 

Sebut nombor macam Nike, 

Aku ada rap group dengan member, 

Satu lagu enam orang rap buat slumber 

Masa depan gelap tak tentu ada cahaya, 

Kalau bagitahu budak tu dia tak jaya 

When I look back ku rasa ku berjaya, 

Siapa sangka rap dah jadi kerjaya 


Jangan bagi nasihat, 

jangan bagi nasihat 

Tak perlu, tak nak, 

Tak perlu, tak nak


Tahun 2000 aku jumpa Too Phat, 

Bawa Playstation cipta lagu boom bap, 

Dekat rumah Damien, dengan Mr Malique, 

Ayah tengah call aku memang tak nak balik, 

Diorang buat banyak lagu Just a lil' bit, 

Anak Ayam Boogie Down get stupid, 

Banyak gila peminat which is just a friend 

Buat macam takde plan B till the very end

 

Kita tour Brunei dengan VE, 

Satu flight sama road dengan city 

Tangan mahal lepas jabat tangan sultan, 

Royalty rap takde judge tekan butang, 

Masa depan gelap tak tentu ada cahaya, 

Kalau bagitahu budak tu dia tak jaya 

When I look back ku rasa ku berjaya, 

Siapa sangka rap dah jadi kerjaya 


Jangan bagi nasihat, 

jangan bagi nasihat 

Tak perlu, tak nak, 

Tak perlu, tak nak


Aku datang dari era, peti berantena

Sebelum gadjet pintar, pusing kaset dengan pena

Tekan play-pause tulis lirik ulang sampai lena 

Ku mimpi ku menyanyi mimpi jadi fenomena

96' aku key-style depan PC

97' aku freestyle depan CC

98' show pertama tak ku jangka hangat

99' tahun Too Phat keluar cakera padat


Dari hari pertama, tawan arus perdana 

Wawancara bicara, acara demi acara

Dulu ku Rookie kini MVP

Mommyku bangga setiap kali keluar MTV


Pele Pele Fubu dengan Timbos

Swagger Superstar rap dengan Lingo

Tak ku lupa setiap show, setiap mic

Setiap gossip, setiap konflik, setiap beef, setiap fight

Ada beberapa parut & tatu perang kusembunyikan

Dah bina empayar tiada apa lagi perlu ku buktikan

I write dope song & popular poems

You either love me or leave me alone

Word up


Jangan bagi nasihat, 

jangan bagi nasihat 

Tak perlu, tak nak, 

Tak perlu, tak nak





 



Lyrics:


Berhati melintas

Kaki harus tingkas

Melawan arus

Yang semakin deras

Hatiku mengadu

Tanganku tak mampu

Mengapai Impian

Depan mataku

 

(Chorus)


Sampai bila harus Aku takut

Tadah tangan Tanya Tuhan

Kadangkala kakiku tak mampu

Lagi nak menampung, humban

Walau bagaimana ku tempuh

Masih dikelar

Masalah Yang sering berhimpun

Cam takleh blah

Bagaimanapun ku menanggung

Aku juga tidak kuat

 

(Yonny’s Verse)


Bising Di dada

Kaki ku terketar

Tuk menghadap Hari

Yang dipapar

Dimukaku

Mengenangkan tadi

Ulang tayangan berkali

Pintu salah masuk kali

Janji ditepati

Tapi masih lagi cari janji

 

(Bridge)


Woah

Hari dan hari beganti

Masa terus menekan

Jalan berjalan menggalah

Mendaki

Jangan kena tinggal

Lambat sikit nanti mati

 

(Chorus)


Sampai bila harus Aku takut

Tadah tangan Tanya Tuhan

Kadangkala kakiku tak mampu

Lagi nak menampung, humban

Walau bagaimana ku tempuh

Masih dikelar

Masalah Yang sering berhimpun

Cam takleh blah

Bagaimanapun ku menanggung

Aku juga tidak kuat

 

(Malique’s Verse)


Setiap lagenda meranum, pelbagai fasa dilalui

Bermulanya tiada yang agung, hanya jiwa dan naluri

Mendewasa ku majestic, dalam rebut puja-puji

Manis jadi asyik, asyik jadi magik yang Kembali

Menghantui

 

Lutut rebah, tangan tadah

Bertanyakan Empunya, bagaimana?

Mengapa dah ku lakukan segalanya

Tapi di dalam ku masih merana

 

Manusia barbaric, brutal dan buas

Berikan galalksi pun takkan puas

Maaf ku punya tugas nak dilunas

Bukan jadi obligasi tuk mengulas

 

Stoic, Marcus, Meditasi (yes sir)

Tak perlukan validasi (nope)

Jaga nafas, jaga lafaz, jangan bahaskan rahsia di hati

Betulkan chi, resonans, frekuensi (Tesla)

Yang toksik harus berhenti (yup)

Fokus pada yang bererti

Hidup tuk berkasih bukan tuk membenci

 

Walaupun satu-satu datang berlagu

Racun atau madu, ratu ataupun rahu

Teori banyak teori tapi semua merapu

Yang tahu tak berkata, yang berkata tak tahu


Sepuluh brodies, Sembilan palsu

Yang lain tak signifikan yang satu tu aku

Itulah bezanya general dan soldadu

Ku tak perlukan engkau tapi kau perlukan aku

Tanya Tuhan

 

(Chorus)


Sampai bila harus Aku takut

Tadah tangan Tanya Tuhan

Kadangkala kakiku tak mampu

Lagi nak menampung, humban

Walau bagaimana ku tempuh

Masih dikelar

Masalah Yang sering berhimpun

Cam takleh blah

Bagaimanapun ku menanggung

Aku juga tidak kuat







Lirik lagu Sedih Hati - Malique


Sedih hati tak terkira

Melihat kawan gembira

Berilah daku harapan

Mengharungi masa depan


Kritikal, deteriorasi mental

Fizikal diragut reaksi dangkal

Tipikal egotistikal

Dasar Dajal hipokritikal

Diari apokaliptikal dari diarea politikal

Diganti lampin sambung ratah mana praktikal

Teatrikal, balada farmaseutikal

Dek badut-badut bangku muzikal

Yang kemaruk menagih puji, bertanding suci

Kita meratap menangis mengemis ruji

Atap diranap gergasi geng beruk tuli

Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli

Moga segera berakhir gawat

Semoga semua derita dirawat

Yang istiqamah semoga dirahmat

Yang ruwaibidhah semoga dilaknat


Apa rasanya gah di rumah agam

Apa rasanya lena tidur malam

Apa rasanya hidup diampu khadam

Apa rasa jamu darah daging resepi haram

Apa rasa fantasi jadi dewa

Annunaki kebal istimewa

Kakistokrasi, duta neraka

Baka derhaka, punca malapetaka

Ketawakan yang mati, persendakan yang parah


Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah

Yang maling alim dan zalim Pak Pandir mendominasi

Serebrum di patella tular sensasi

Apa rasa roh tanpa empati

Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi

Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi

Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri

Maaf tuan hamba kebuntuan

Kalau tuan di angkasa bercumbuan

Salam dari warga kemurungan

Moga ditulah tuan seketurunan


Ambil darah, ramu racun

Sudah ludahkan jamu diadun

Satu-satu gugur terkubur

Pupus yang zalim tinggal yang luhur


Rasis, fasis, narsisis fasik

Bergayut di sarkis si spastik fantastik

Kuasa bergayut di tali halimunan

Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan

Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf

Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf

Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan

Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan


Sedih hati tak terkira

Melihat kawan gembira

Berilah daku harapan

Mengharungi masa depan


Sumber- https://lyricstranslate.com/en/malique-sedih-hati-lyrics.html








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top