Showing posts with label Free Palestine. Show all posts
Showing posts with label Free Palestine. Show all posts




Lyrics:


مالك على العرش سمائي مهيمن

(Malik 'alal-'Arsyi samaa'i muhaiminun)


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


Mentari bocor celah kaca retak

Suara yang meredakan semalaman yang memekak

Engkau tu lapar, keluar, pulang bawa roti

Katanya pasti ummi, dahinya dikucupi

Menyusur, gusar, redah kota yang kelumpuhan

Debu berpusar ikut 'nari celah runtuhan

Angkasa tenang, pagi aneh tiada letupan

Simfoni perang tidur moga terpelihara degupan


Syukran, roti dicapai dan dijulang

Terbayang senyum umminya teruja mahu pulang

Genggaman diperkemas, langkahnya dideraskan

Berlari-lari anak nyanyi lagu kebebasan

Di selekoh terakhir terhenti terdengar bunyi

Dituli suara pembuli zanana yang digeruni

Sendiri, kaku, keliru berhadapan dengan maut

Ummi aku takut, tiada yang menyahut


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


Fikiran ummi kucar, melihat luar, drone berputar,

Mencari-cari nyawa mana nak dibubar

Dia terapung di selekoh di antara runtuh kota

Ternampakkan lembaga manis buat mencukup kuota

Sasaran dikunci, sinaran datang membuta

Jeritan disepi, bedilan datang meluka

Kepulan dan percikan, serpihan dan cebisan

Sayup-sayup muncul suara kecil yang keperitan


Ditarik keluar jiran tahan rasa duka

Jasadnya bernyawa tapi dah berubah rupa

Semua kacir, tangisan dan takbir

Diseret celah lorong tuju hospital terakhir

Doktor jerit ya rabb! satu demi satu

Moga cukup anaesthesia, moga cukup waktu

Selang berapa detik, bom kedua gugur

Hospital rebah ke bumi, semuanya terkubur


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

حِينَ تُحْرَمُ أَيْدِي الْأَطْفَالِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

وَالْأَمَانِيُّ فِي الظَّلَامِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

مَعَ الدُّمُوعِ وَالدَّمَارِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟

إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ

Mā allazī yabqā? hīna tuhramu aydiya al-atfāl

Mā allazī yabqā? wal-amāniyyu fī az-zalām

Mā allazī yabqā? ma'a ad-dumū'i wa ad-damār 

Mā allazī yabqā? illā rahmatu ar-Rahmān


Seorang lagi bapa di liang lahad

Anak melawan tangis

Pengakhiran yang tragis, mangsa genosida sadis

Ibunya meratap dalam keracauan

Talkin menusuk hati, mata masih ngimbas awan

Sejak Nakba berapa jenazah kecil dah diusung?

Berapa dah dilumpuh berapa dah dibutat, dikudung?

Lindungi kanak-kanak dari perperangan toksik

Meha nahar adhayam falasteen tiheye khofshit

Falasteen tiheye khofshit


Yang tinggal, yang tinggal

Tangan kecil yang menggigil

Yang tinggal, yang tinggal

Darah merah, nyawa kerdil

Yang tinggal, yang tinggal

Dari sungai ke lautan

Yang tinggal, yang tinggal

Hanya mimpi dan harapan


إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ

مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ

(Illā rahmat ar-Rahmān)

(Malikun 'alā 'arshi as-samā'i muhayminun)




 MALAM HIMPUNAN & SELAWAT – MALAYSIAKU BERSAMA GAZA SEMPENA SUMUD NUSANTARA 2025





Tempat:

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh

Ahad, 24 Ogos 2025


Masa

10pagi hingga 12mlm. 


Malam kemuncak bermula dengan Solat Maghrib & Hajat Perdana berjemaah, diteruskan dengan majlis selawat & qasidah bersama Kumpulan Azzahir, dan Syarahan Perdana khas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia selaku penaung Sumud Nusantara. 





*3 HARI KARNIVAL SUMUD NUSANTARA DI DATARAN MERDEKA*

22 sehingga 24 Ogos 2025

(Jumaat-Sabtu-Ahad)



Anjuran: 

MAPIM Malaysia & Cinta Gaza Malaysia

Dengan rakan strategik: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), JAKIM, MyAqsaDefender

dan, Zus Coffee


🇲🇾🤝🇵🇸 

Satukan Solidariti. Bebaskan Gaza. Palestin Merdeka


#WakeUpForGaza

#GazaBangkit

#MalaysiaKuBersamaGaza

#SumudNusantara

_____________________


SOKONGAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK SAMA-SAMA HEBAHKAN INFO INI AGAR KESATUAN INI DAPAT KITA BINA BERSAMA DEMI PEMBEBASAN GAZA

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗧𝗜𝗞𝗔𝗙 

𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡


6-7 April 2024 | 27 Ramadan 1445H

Masjid-masjid di seluruh Malaysia




Sumber: https://twitter.com/numanmazlan/













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top