Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza Musim ke-11 (GV11) - Liza Aziz! Beliau yang membawakan lagu I Surrender, telah menewaskan 5 finalis lain dengan markah sebanyak 77.89.
Tempat kedua ialah Ning Baizura (71.04), ketiga Sheila Abdul (66.61), keempat Dyrga Dadali (66.23), kelima Zehra Zambri (64.38) dan keenam The Lima (63.42). Tahniah semua!
Membawakan tema ‘Its Final’ setiap peserta telah mendendangkan bukan satu namun tiga tugasan yang pada konsert akhir Ahad, 9 Februari 2025 (malam tadi).
Berikut merupakan senarai lagu yang dipersembahkan oleh enam Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) pada konsert Akhir GV kali ini.
Solo:
1. Kenangan Terindah - Dadali Dyrga
2. A moment like this - Ning Baizura
3. Berpaut di dahan cinta - Zehra Zambri
4. Bila Rasaku ini rasamu - The Lima
5. I Surrender - Liza Aziz
6. Listen - Sheila Abdull
Duet:
1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta
3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah - Aku Bersahaja
4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta
5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan
Battle:
Pentas akhir Gegar Vaganza juga tidak akan lengkap tanpa pusingan ‘battle’ yang telah menjadi trademark program tersebut sejak sekian lama.
Berikut merupakan lagu yang akan dibawakan oleh Bintang GV dalam pusingan Battle:
Penentuan juara dilakukan oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Keluarga: Anak bongsu daripada dua orang adik beradik
Pekerjaan: Penyanyi
Latar Belakang
1. Liza Aziz, anak kepada bintang legenda Normadiah dan Aziz Jaafar, mewarisi darah seni yang mengalir dalam keluarganya. Ibunya dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan penari yang terkenal, manakala bapanya sering menghiasi layar filem Melayu klasik. Liza juga mempunyai seorang kakak, Azlina Aziz yang turut melakar nama sebagai penyanyi dan pelakon di Malaysia.
2. Langkah pertama Liza dalam dunia seni bermula dengan menyertai Normadiah Dancers, sebelum bergelar penyanyi latar ikon muzik tanah air, Sudirman Haji Arshad. Tidak lama kemudian, Liza mula mencipta namanya sendiri dalam dunia muzik, bersama genre pop yang memuncakkan popularitinya sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.
3. Namanya bukan sekadar harum di Malaysia, malah turut dikenali di Singapura. Liza telah merakamkan beberapa buah album yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi, termasuk dua album studio iaitu Liza (1992) dan Hati Ini (1995). Lagu-lagu
popularnya seperti Tak Rela, Bermula Cerita, Bisikan Rindu, Masa, Siti Payung dan banyak lagi.
4. Antara persembahan terkini Liza yang masih segar dalam ingatan peminat adalah sewaktu beliau melangkah ke pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dalam Konsert A Tribute To Sudirman pada tahun 2023. Pada malam penuh kenangan itu, Liza bersama Ernie Zakri, Hazama dan Arish Mikael bergabung dalam menghidupkan kembali aura legenda Sudirman, dengan menyampaikan lagu-lagu yang membangkitkan nostalgia.
5. Tidak ketinggalan, Liza turut tampil di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sebagai penyanyi jemputan bagi peserta Noryn Aziz pada tahun yang sama. Membawa lagu I'm Every Woman nyanyian asal Chaka Khan, duet mereka menghidupkan suasana sehingga mendapat standing ovation daripada para penonton yang kagum.
6. Selain itu, pada tahun 2020, Liza dan kakaknya Azlina Aziz memukau hadirin Axiata Arena, Bukit Jalil di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33. Mereka menyampaikan medley lagu-lagu hits seperti Wajah Siapa Di Hatimu, Pengorbanan dan Bermula Cerita, disertai dengan kemunculan istimewa Noki K-Clique, yang menambah rencah moden pada persembahan yang penuh energi dan emosi itu.
Fakta Menarik
1. Memulakan langkah dalam dunia seni suara sejak era 80-an.
2. Penyanyi bertaraf legenda ini dilabelkan bersuara emas dan kehebatannya masih sama walaupun sudah berusia.
3. Sering kali, suaranya menjadi latar dalam iklan.
4. Bagi kebanyakan netizen, gelak tawa dan wajah Liza seperti jelmaan ibunya, seniwati Normadiah.
5. Liza merupakan bekas penyanyi latar Sudirman sejak tahun 1984.
6. Kenangan bersama Sudirman sangat berharga buatnya. Dia pernah menjadi penyanyi latar Sudirman dalam konsert bersejarah Chow Kit Road pada 18 April 1986, di mana keriuhan waktu itu tak pernah terpadam daripada ingatannya. Sudirman, yang diiringi oleh enam pemuzik, turut menggelarkan kumpulan penyanyi latar itu sebagai 'Giggles' kerana mereka sering riang ketawa.
7. Baju ikonik bercorak bendera yang dikenakan oleh Sudirman merupakan hasil kerja tangan Liza sendiri. Malah, dia menjahit dua persalinan untuk persembahan Sudirman dengan bantuan arwah ibunya. Ada juga cerita di sebalik impian Sudirman untuk membina syarikat rakaman sendiri dan menghasilkan album buat Uji Rashid serta Liza, namun impian itu kekal sekadar hasrat.
8. Nama Liza cukup sinonim dengan kakaknya, Azlina Aziz, di mana keduanya selalu tampil sebagai penyanyi duo. Liza juga merupakan ibu saudara kepada penyanyi 'BBNU' dari Brunei, Syafiq Abdillah, iaitu peserta Big Stage 2022 yang mana ibu Syafiq adalah sepupu kepada Liza dan Azlina Aziz.
9. Liza memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup, tanpa media sosial. Baginya, mengekalkan 'low profile' memberikan ruang untuk dirinya menikmati kehidupan tanpa perlu berkongsi segala hal peribadi kepada orang ramai.