Showing posts with label The Lima. Show all posts
Showing posts with label The Lima. Show all posts

Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza Musim ke-11 (GV11) - Liza Aziz! Beliau yang membawakan lagu  I Surrender, telah menewaskan 5 finalis lain dengan markah sebanyak 77.89.



Tempat kedua ialah Ning Baizura (71.04), ketiga Sheila Abdul (66.61), keempat Dyrga Dadali (66.23), kelima Zehra Zambri (64.38) dan keenam The Lima (63.42). Tahniah semua!

Membawakan tema ‘Its Final’ setiap peserta telah mendendangkan bukan satu namun tiga tugasan yang pada konsert akhir Ahad, 9 Februari 2025 (malam tadi).

Berikut merupakan senarai lagu yang dipersembahkan oleh enam Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) pada konsert Akhir GV kali ini.

Solo:

1. Kenangan Terindah - Dadali Dyrga

2. A moment like this - Ning Baizura

3. Berpaut di dahan cinta - Zehra Zambri

4. Bila Rasaku ini rasamu - The Lima

5. I Surrender - Liza Aziz

6. Listen - Sheila Abdull


Duet:

1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir

2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta

3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah - Aku Bersahaja

4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye

6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan


Battle:

Pentas akhir Gegar Vaganza juga tidak akan lengkap tanpa pusingan ‘battle’ yang telah menjadi trademark program tersebut sejak sekian lama.

Berikut merupakan lagu yang akan dibawakan oleh Bintang GV dalam pusingan Battle:

1. Ala Canggung II : The Lima & Dadali Dyrga

2. Angkat : Liza Aziz, Sheila Abdul, Zehra Zambri & Ning Baizura

Penentuan juara dilakukan oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi.


Sumber:

Instagram rasmi:

https://www.instagram.com/gegarvaganzaofficial

Berita:

https://gempak.com






 

Dulukan telah diberitahu
Jangan mengganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Karena kita sudah punya teman istimewa

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari Senin sampai Juma'at sahaja
Jangan pula kau mengharap
Berdampingan selalu denganku

Jika kau tak terima kabar
Berarti dia ada di sini
Jangan nakal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu, huu-oo-oo

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari Senin sampai Juma'at sahaja
Jangan pula kau mengharap
Berdampingan selalu, woo-uu-oo

Kuakui ada sesuatu antara kita
Tetapi bukan hubungan seperti biasa, woo-uu-oo

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari Senin sampai Juma'at sahaja
Jangan pula kau mengharap
Berdampingan selalu denganku (selalu, selalu)



Biodata The Lima

The Lima adalah merupakan juara pertama Gang Starz. The Lima merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari tiga anak muda dari Indonesia - C Taufani Rahadian (Taura), Bony Adam (Bony) dan Arif Topan Sanjaya (Arif). Kumpulan ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir Gang Starz, sebuah rancangan realiti televisyen di TV3.




Anggota kumpulan Band The Lima

C-Taufani Rahadian (Taura)

Instagram: @taurataufany




Bony Adam (Bony)




Arif Topan Sanjana (Arif) 
Instagram: @ariftopans




Sumber:

















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top