(Puisi:- Malis) "Mengikhlaskanmu bagai memaksa kematian sebelum ajal, seperti hujan yang tiba-tiba berhenti - padahal telah mencurahkan segala-galanya, seperti siang yang terpaksa berundur memberi ruang kepada malam - padahal ia sudah menerangi seterang-terangnya, seperti daun yang rela gugur - padahal pohon telah menjulang setinggi-tingginya, seperti kita yang pernah berbagi bahagia - kini tinggal aku yang separa gila."
Lirik lagu Sembah - Naim Daniel ft Man Keedal | Setelah Sekali Lagi, Sempurna dan Sumpah dan Adakah Engkau Menungguku, Pemenang Juara lagu 34, Naim Daniel muncul dengan lagu baru berjudul Sembah. Tahniah Naim Daniel, teruskan sebar yang baik-baik unuk dapat yang baik-baik.
Lagu: Naim Daniel & Iqie Hugh
Lirik: Naim Daniel & Iqie Hugh
Susunan dan diterbitkan: Iqie Hugh
Gitaris: Man Keedal
Mixing & Mastering: Audi Mok at Fuse
*****
Ini persembahan Naim Daniel untuk lagu Sumpah pada AJL 34 baru-baru ini:
Lirik lagu Adakah Engkau Menungguku - Naim Daniel ft Tuju | Setelah Sekali Lagi, Sempurna dan Sumpah, Naim Daniel muncul dengan lagu baru berjudul Adakah Engkau Menungguku kali ini berduet dengan ahli kumpulan K-Clique; Tuju.
Lirik lagu Adakah Engkau Menungguku Naim Daniel feat. Tuju
Setelah pernah muncul dengan lagu Sekali Lagidan Sempurna, pelakon dan penyanyi; Naim Daniel muncul dengan lagu terbaru berjudul Sumpah. Sambutan terhadap muzik video lagu ini di youtube juga sangat menggalakkan. Dikatakan lagu ini bakal menjadi lagu tema drama sedih bersiri Pia yang turut menampilkan Naim sebagai pelakonnya.
Lirik lagu Sumpah - Naim Daniel
Verse
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima
Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela
Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Chorus
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Bridge Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Setelah lagu Sekali lagi, Naim Daniel muncul dengan lagu keduanya berjudul Sempurna. Lagu untuk memberi semangat dan menyebarkan positiviti. Jom kita dengarkan!
Lirik lagu SEMPURNA - NAIM DANIEL
Verse
Pejamkan matamu (Close your eyes)
Dengarkan aku (Listen to me)
Tak usah kau bimbang (Don’t you worry)
Jangan ragu (No doubt)
Apa yang kau mahu (What do you desire?)
Tidak semestinya perlu (It’s not necessarily a need)
Buang semuanya (Push it away)
Yang di dada, di dada (In your chest, chest)
Pre Chorus
Kau sering saja menukar warna, warna (You always change colour, colour)
Tidakkah kau tahu kau sempurna (Don’t you know you’re perfect)
Chorus
Biar biar biar biar (Ignore ignore ignore ignore)
Biarkan saja (Just ignore it)
Tak bererti apa-apa (Doesn’t mean a thing)
Tiap satu kata mereka (Their every word)
Biar biar biar biar (Ignore ignore ignore ignore)
Biarkan saja (Just ignore it)
Dengar hatimu bicara (Listen to your heart)
Percayalah dikau menuju sempurna (Trust that you’re heading to perfection)
Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)
Verse 2
Don’t you ever worry babe (Jangan risau sayang)
Just have a little bit of faith (Cuma percayalah sedikit)
Heavens know that we will be okay, okay (Syurga tahu kita akan okay, okay)
Don’t you ever worry babe (Jangan risau sayang)
You don’t have to turn away cause (Tak perlu paling ke tepi)
I am walkin on the same way (Aku menuju jalan yang sama)
Kau sering saja menukar warna, warna (You always change colour, colour)
Tidakkah kau tahu kau sempurna (Don’t you know that you’re perfect)
Repeat Chorus
Bridge
Tidakkah kau tahu (Don’t you know)
Sempurnanya kamu (You’re perfect)
Engkaulah diri yang terbaik untuk dirimu (You are your best self)
Tidakkah kau tahu (Don’t you know)
Sempurnanya kamu (You’re perfect)
Engkaulah diri yang terbaik untuk dirimu (You are your best self)
Naim Daniel pelakon remaja yang membintangi drama Cucu Betong, Jangan Ambil Padang Kami serta filem Bisik Pada Langit kini telah mula mengorak langkah ke bidang nyanyian pula. Naim Daniel (@naimdanielx) atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin yang merupakan pelajaran jurusan Bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam muncul dengan lagu berjudul SEKALI LAGI. Malah beliau juga mempunyai kelab peminat yang diberi nama Naimians. Katanya juga di sebuah rancangan televisyen tempoh hari, maksud lagu ini luas. Boleh ditujukan kepada sesiapa.
Gemilang adalah cerita benar seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua Kabir Bhatia sendiri (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.
Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
[Video : antara part paling sedih dalam drama Gemilang]
Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.
Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu. Watak mereka akan digambarkan juga setelah tua nanti. Elemen cinta juga akan diselitkan menerusi drama ini..
____________________________
Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor
Suatu ketika...
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...
Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......
____________________________
Adik Naim Daniel Baharin yang memegang
watak Saifullah (Lah) semasa kecil .
Saksikan Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd ini - Gemilang menerusi slot Aksi, setiap Isnin, jam 9 malam hanya di TV3. Jika terlepas , jangan lupa saksikan secara online di tonton.com.my [klik sini] : daftar dulu tau dan kemudian, sudah boleh menonton. __________________________ Cerita ini memang sangat indah untuk membuatkan kita lebih menghargai jasa seorang ayah, cikgu, guru atau pendidik. Setiap kejayaan itu sebenarnya bermula dari bawah. ______________________ Sumber Sinopsis Drama Gemilang itu dari : [sini]