Showing posts with label move on. Show all posts
Showing posts with label move on. Show all posts

 



[Verse 1: Naim Daniel & Adnin Roslan]

Tahun ini tahun akhir

Tahun akhirku menangis

Ku berdamai dengan takdir

Tahun ini tahun akhir

Ayolah, kita berdua

Lambai tangan sama-sama

Kini tiada lagi kita

Lambai tangan sama-sama


[Chorus: Naim Daniel]

Berlarilah kemana pun

Jika kau milikku, kau milikku

Sampai jumpa lagi

Di titik terakhir kita

Mulai lagi

Mulai lagi

Mulai lagi


[Verse 2: Adnin Roslan]

Ku lepaskan walau sakit (Ku lepaskan walau sakit)

Sedikit demi sedikit (Sedikit demi sedikit)

Ku terima walau perit

Sedikit demi sedikit


[Chorus: Adnin Roslan]

Berlarilah kemana pun

Jika kau milikku, kau milikku

Sampai jumpa lagi

Di titik terakhir kita

Mulai lagi

Mulai lagi (mulai lagi)

Mulai lagi (mulai lagi)


[Bridge: Naim Daniel & Adnin Roslan]

Jika kau milikku, kau milikku

Jika kau milikku, kau milikku

Jika kau milikku, kau milikku

Jika kau milikku, kau milikku


[Chorus: Naim Daniel & Adnin Roslan]

Berlarilah kemana pun

Jika kau milikku, kau milikku

Sampai jumpa lagi (Ohh)

Di titik terakhir kita (didetik terakhir kita)

Mulai lagi

Mulai lagi (mulai lagi)

Mulai lagi (mulai lagi)





Sumber: https://genius.com/Naim-daniel-seni-berdamai-dengan-takdir-lyrics












DOA cepat move on (Doa Ummu Salamah). Amalkan doa yang Rasulullah ﷺ ajarkan ini:


 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, berikanlah aku pahala atas musibah ini dan Kau gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu.”





Sumber: https://x.com/mnasrullah00/status/1831279502330327508?s=19








Baru-baru ini saya sedih dengan diri sendiri, namun saya terima banyak pujukan kawan-kawan menyatakan perlu redha dan percaya yang saya telah buat yang terbaik - agak berat untuk saya terima awalnya, sebab saya yakin saya boleh buat yang lebih baik.
Sehinggakan saya terfikir sebenarnya saya tak patut pun untuk peluang itu (tapi Allah telah beri, pasti saya sesuai untuk itukan?), dan saya rasa adakah rezeki saya akan diberi lagi hal-hal begitu? (Saya yakin Allah Maha Pemberi, namun layakkah saya?).

Masih sedih, namun terlalu berfikir adalah tidak baik. Perkara apa pun jika berlebih, tidak pernah baik. Jadi untuk tidak terus menzalimi diri, saya harus berjalan ke depan dan berjanji lebih menghargai peluang jika diberi. Untuk nikmat yang pernah diberi, saya perlu syukurkan (bukankah syukur itu akan menambah lagi nikmat?). Jadi untuk semuanya, alhamdulillah. 

Dalam hidup, kekesalan sentiasa ada. Seperti hutang dan rindu, rasa kesal juga banyak dan berat tidak tetanggung. Namun moga Allah maafkan kita semua dan masih beri ruang untuk terus memperbaiki diri. Insya-Allah. Moga diberi kekuatan. 

P/S:

Perkara apa pun jika berlebih, tidak pernah baik.


Ini bukan kerja mudah. Tweet saya yang tertulis:

Moved on from my (ex) *crush officially --- adalah tulisan dari suara hati saya sendiri. Tulisan memang kadangkala berani, tapi tidak hati.

Dalam banyak persoalan, saya mungkin hampir tidak untuk menjawab soalan "Bagaimana?" - Sebab yakin setiap orang menyandang kuat lemah berbeza, jadi saya tidak ada tips spesifik.

Cuma paling boleh, kita cuba pasangkan ego dalam diri. Kita ada maruah diri dan layak lebih untuk disayangi. Selain itu, kita (perlu cuba) membina tembok untuk tidak mudah jatuh. Kesibukan mungkin mampu mengoncang, namun tidak mampu terus membuat kita mudah berjalan.

Berbaiklah dengan masa lalu dan berdamailah dengan diri sendiri. Maafkan diri kita yang terlalu mengharap dan kadangkala tidak bijak ini. Maafkanlah. Yakin yang bodoh tidak akan selamanya. Kita kena yakin kita tidak mempu memiliki semua, namun harus percaya kita mampu memiliki sesuatu yang lebih baik kelak. Asal saja, kita tetap cuba jadi lebih baik dan lebih kuat serta santai.

Kenapa santai? Jika tidak tenang, kita akan lebih mudah tumbang dan kembali goyah. Oh no! Ego yang telah dibina tadi menyarankan kita agar tidak mudah terlihat lemah.

Siapa kata kita tidak layak disayangi lainnya? Siapa mereka untuk membuatkan kita jatuh dan terus tak berdaya? Kita masih ada kelebihan sendiri, dan kekuatannya untuk berjaya menjadi lebih berguna dan akan disuka.

Kadangkala sesuatu itu bukan tidak, cuma belum.

Insya-Allah, saya boleh. Awak boleh. Kita semua boleh!
Kejap, anda ada tips lainkah? Marilah kongsi.

Sangka baik-doa baik-baik,dapat baik-baik. Insya-Allah.


*Crush adalah seseorang yang kita suka atau minat dalam bahasa mudahnya


Penyanyi dan pencipta lagu berbakat, Aizat Amdan muncul dengan lagu baru berjudul Angin Lalu. Memetik Utusan Online, Aizat berkata: “Sebelum memilih tajuk Angin Lalu, sebenarnya tajuk lagu ini adalah Sepi. Apa yang saya boleh kata mengenai lagu ini, ia bercerita mengenai kehilangan seseorang. Bukan mengenai kisah untuk melupakan tetapi bagaimana kita membawa apa yang berlaku ke masa depan.

“Termasuk dugaan dan memori yang ada kerana kita tidak mungkin akan melupakannya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem pendek Angin Lalu di Damansara baru-baru ini.

Lagu: Aizat Amdan & Mel Ramlan
Lirik: Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan



Lirik Lagu Angin Lalu - Aizat Amdan

Sepi dan sedih
Dikau tiada menemani
Kau pergi bersama dengan yang lain
Hilangnya terasa
Kini kukenangkan kisah yang lalu
Bahagialah kau bersama dia

Cukuplah diri ini menderita
Ini semua ketentuan dari-Nya
Saat terindah bersamamu
Bagai angin lalu
Ditiup sang bayu

Kasih yang kau beri
Seharumnya bunga yang tulus di hati
Kini kau bersama jiwa yang lain
Damailah di sana
Detik waktu masa kian berlalu
Bahagialah kau bersama dia

Cukuplah diri ini menderita
Ini semua ketentuan dari-Nya
Saat terindah bersamamu
Bagai angin lalu
Ditiup sang bayu

Tuhan sayangilah dia

Cukuplah hatiku berair mata
Ini semua ketentuan dari-Nya
Saat terindah bersamamu bagai angin lalu ditiup sang bayu

Hanya mampu kudoakan
Agar sentiasa kau dikasihi-Nya
Kau warnakan melodi dalam lukisan hati
Oh kurela kau bersama dia


Instagram Aizat Amdan: https://www.instagram.com/aizatamdan

Filem pendek Angin Lalu:



Berita lain:


Kadangkala move on (berpindah / meneruskan perjalanan dari satu tempat / perasaan) sebenarnya tidak memerlukan tips tertentu. Kerana kita semua mempunyai kelebihan, kelemahan dan kekuatan berbeza-beza. Cepat atau tidak bergantung pada semangat untuk terus dan mencuba. Untuk diri kita. Namun apa yang diperlukan adalah sejauh mana kita mahu bergerak, melupakan yang lalu dan berjalan terus ke depan. Nak tak nak, hati kena kuat! Insya-Allah. Mulakan dengan niat yang baik dan maafkan diri terlebih dahulu.
  • Perubahan itu kekal. Tahap perubahan bagaimana itu adalah pilihan.
  • Kita hanya boleh berubah bila kita sedar kita di mana.
  • Tulis berapa orang kita sayang. Kita dengki / marah dan tak suka sangat.
  • Pejam mata dan bayangkan orang yang kita sedang marah tu jadi umur 5 tahun. Kita akan tak jadi marah.
  • Bayangkan salah kita. Pada siapa kita pernah buat salah. Dan maafkan dia. Jika tak sempat sedekahkan untuk dia.
Cara (usaha) nak move on
  • Jurnal (tulis untuk diri)
  • Sibukkan diri (cari hobi, dan halakan perhatian kita ke arah lain)
  • Perbaiki diri, ibadah
  • Elakkan banyak fikir, jaga kesihatan baik-baik.
  • Bentuk displin diri
  • Tambah ilmu
  • Cermin bersyukur dan cakap ke diri. Syukur dengan apa yang ada. Kelebihan diri.
  • Maafkan semua sebelum tidur
  • Sentiasa niat beri manfaat
  • Sebelum tidur replay balik apa yang kita boleh ubah esok
  • Solat pada waktu.
  • Lihat diri jangan lihat orang (jangan banding, rezeki berbeza)
  • Rhb - redha , hidayah ,barakah
  • Bawa ilmu bawa Allah selalu..
  • Jangan lari daripada masalah.
  • Orang tak ada masalah, dia bermasalah. (Masalah akan tetap ada, perlahan-lahan selesaikan)
  • Elak cepat marah.
  • Tenang. Hidup perlu tenang.
Sakinah ni tenang / relaks ada masanya belum tentu mutmainah. Mutmainah ni, dia jadi apa pun dia tenang. Ada jiwa sakinah. Ada sifat tawaduk. Dalam hati pun tenang tak soal jawab. Redha. Ada sifat sabar. Misalnya nafsu makan. Dia relaks.

Mutmainah:
- Ahli ibadah / sufi
- Jiwa tenang terhasil daripada iman dan tauhid.
- Takwa mesti ada amalan-amalan.
- Istighfar
- Pernah rasa dia bersalah.
- Moga diberkati.

Jika nak tenang perlu selalu positif. Usaha kita nak positif tu pun Tuhan nilai tau.

Kaya hati:
  • Lemparkan kasih sayang.
  • Apa kita beri itu kita dapat.
  • Cari ilmu bukan cerita
  • Lihat diri bukan orang lain
  • Fokus akhirat dan dunia, namun jangan lebihkan dunia.
  • Rebut rahmat Allah.
  • Ma'rifatullah (kenal Allah)
  • Pabila kita tidur dengan roh bersih insya-Allah kita akan jadi positif.
  • Buat tanpa tapi lakukan tanpa nanti.
  • Kaya hati ni dia tak marah, dia kasihan pada orang yang tak OK tu.
  • Allah Maha Kaya. Dia tak lihat pada luaran kita pun.
  • Kaya hati - suka beri perhatian bukan mencari perhatian.
  • Kaya hati - bebas dari perhatian manusia cuma mencari keredhaan tuhanNya.
  • Audit diri, tak sibuk perhati orang.
Dalam islam, mufarakah itu adalah menjauhi kawan. bukan memutus siraturrahim tapi lebih kepada menjaga hubungan.
Manusia ni ada dua, mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebab tak mampu pengaruh diwajarkan menjauh untuk menjaga hati..

***

Rahmat Tuhan adalah sejauh mana sangkaan kita. Kalau kita nak baik, sangkalah baik-baik dengan ketentuan & takdir Dia. Senyumlah. Tuhan takdirkan semua kita ada bahagian masing-masing.

Tenang-tenang saja. Kalau Tuhan kata jadi, jadi juga. Kalau betul ada, ada juga, insya-Allah. Kita buat saja bahagian kita, terus doa dan usaha. Jika nak tenang, tak boleh hanya fokus satu amalan baik saja. Dia kena buat amalan dan ibadah lain secara menyeluruh. Latih diri. Konsisten. Insya-Allah, tenang.

Jika tak ada, adalah itu Tuhan nak gantikan dengan keadaan yang lebih baik. Mungkin yang sebelum ini memberi kesan yang lain yang kita tidak tahu. Yang pasti ada hikmahnya. Ini kita kena percaya.

Macam doa juga. Kita berdoa bukan sekali, tapi berkali-kali. Kena yakin. Jangan putus asa. Dan paling hampir kita dengan-Nya adalah pada waktu sujud. Doa dan haraplah hanya pada-Nya.

Tuhan Maha Baik. Walau sejauh mana pun kita kurang baik, dia tetap memberi banyak nikmat-Nya yang baik-baik.
"......dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [Surah Yusuf ayat 12].

SELAMAT JADI BERANI DAN TERUSKAN USAHA! MASIH ADA BANYAK NIKMAT DAN KEJAYAAN KITA DI MASA AKAN DATANG. HARGAILAH DIRI SENDIRI YANG MERUPAKAN AMANAH TUHAN INI. SESUNGGUHNYA KITA SEMUA ADA HARGA DIRI! ANDA BOLEH, YAKIN! INSYA-ALLAH. :)

-- Anem Arnamee



Saya walau ada dirasa indahnya - tetap suatu pernah .
Saya walau bagus bagaimana pun  - itu hanya kisah lalu.
Tetap cerita dahulu.

Kenangan sudah namanya kenangan tetap hanya tinggal kenangan .
Jodoh tak berpanjangan pastinya ia di namakan dugaan .
Khilafnya biar kami sama-sama simpan.
Ditakdirkan bertemu muka,biar masih lagi sebagai kawan - doakan.

Namun walau bagaimana pun keadaan  - tetap hidup harus diteruskan .
Doakan kami sama-sama bahagia walau telah berbeza haluan .
Jangan kaitkan saya lagi dengan dia, biar dia - dia ada hidupnya.

Apapun saya sayang semua kawan-kawan saya .
Terima kasih semua kerana selalu ada .
Semoga ALLAH permudahkan kalian di akhirat dan juga di dunia.

Cukuplah keluarga, kalian dan ALLAH itu masih ada dengan saya.
CUKUP.

Alhamdulillah .



Coretan Gadis Lazuardi, 29 Julai, 2013 .




firman Allah:
وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir". (Yusuf: 87)
______________________________

Daripada terus memperkata tentang sesuatu yang telah hilang daripada genggaman, terbang dan menyelinap di balik awan, rasanya tidak terlewat untuk menghargai dan bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Pada yang masih ada ibu, ayah, adik-beradik, kawan baik, jiran, saudara-mara. Kita mungkin tak terfikir, mana tahu satu hari, mereka atau kita akan saling membenci, akan ada yang pergi, akan ada yang tiada.

Pada yang masih ada peluang untuk berjaya, ada peluang belajar, sudah ada pekerjaan, anda masih dipercayai, disenangi, hargailah.

Hargai kesempurnaan seadanya anda, bakat anda dan apa yang anda merasa bahagia kini, - ingatlah ia tak selamanya!

Alhamdulillah ya RABB, kerana kami masih berpeluang memiliki dan menghargai, dan ini bukan masa mempersoalkan apa yang diterima diri, tetapi apa yang telah kita beri. Wallahutaalaa'lam.

( flashback):

Kalau, jika, if, seandainya, sekiranya...


Dan diksi lain yang beratur panjang lagi seangkatan dengannya akan diungkap kita tatkala ada sedikit ralat, penyesalan terhadap perkara berlalu. Terutama melibatkan kehilangan seseorang, atau pun sesuatu. Mahupun kejadian tidak disenangi terjadi.

Penipu! Jika (ops, sebut juga ) Anem kata Anem tak pernah ungkap atau rasa begitu. Paling tidak pun...

"Ish, kalau tahula benda ni akan jadi, mesti Anem letak balik..."

"Kalau  Anem tahu dia akan marah, pasti.."

"Kalau masa dapat diputarkan.."

Anem sedar, perkataan kaum kerabat kalau itu boleh di sebut, jika dalam keadaan sebelum berlaku sesuatu, dalam keadaan semasa buat pertimbangan, nak beli barang atau memilih sesuatu, contohnya. Tetapi dari kita kerap melahirkan rasa penyesalan. Tapi menyesal pada apa, untuk apa sebenarnya ek?
______________________________

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Dan pada setiap sesuatu ada kebaikan. Lakukan pekerjaan yang berguna bagi kamu dengan sungguh-sungguh, mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Juga janganlah kamu berkata: "Kalau aku melakukan begini pasti akan terjadi begini." Tetapi katakanlah : "Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan". Kerana sesungguhnya perkataan "kalau" membuka pintu bagi masuknya syaitan.
______________________________

Tajdid (perbaharui) diri sama-sama. moh kita!



ALLAH S.W.T Berfirman:
"Dan kami telah menjadikan siang dengan cahaya terangnya masa untuk mencari rezeki." (Surah al-Naba':11)


Angin menderu perlahan.
Lembut mengusap pipi tatkala mula langkah baru.

Mata hitam berputar–putar
Ke atas, ke bawah,
Diri cuba diamkan arah
Namun kurang daya
Mulut pula menguap tanpa jeda,
Pening makin melalut di hujung ubun,
Jiwa serba tak kena,
Makin waham diterjah rasa curiga..
Apakah akan nyaman kelak di daerah alam yang baru ini?

Ku lesu mencari diri
Di sini.
Siapa kita di sisi mereka yang di depan bersahaja,
Belakang hanya AL-Khaliq maha mengetahuinya.
Bersangka baik selalu.
Walau kala hatiku dihilir, jiwa ku ke bulan.

YA ALLAH, izinkan diri terus mengerti nilai ilmu KERJA ini.
Insyaaaalllah,amin.


p/s: Sedang berteleku di ’out of the box’, insya-Allah akan OK.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top