Showcase Puteri Khareeza akan diadakan pada 16 November bertempat, RCD big studio, plaza alam Sentral Shah Alam. 🤩☺️
Lebih menarik, showcase ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus dan Sixth Sense.
Selain nyanyian, beliau juga aktif dalam dunia lakonan, membintangi drama popular seperti Nuh & Nayla, Wanita Syurga, dan Kerana Cinta Itu Ada.
Lagu-lagu hitnya seperti "Duka Di Sebalik Tawa" (OST Melur Untuk Firdaus), "Sebenar❞ (OST Khilaf Yang Tertulis), dan "Helah” (OST Haloba) telah mendapat sambutan luar biasa, dengan "Duka Di Sebalik Tawa” berjaya meraih lebih 475 juta tontonan di TikTok, 5.4 juta tontonan di YouTube, dan 2.4 juta penstriman di platform dalam talian seperti Spotify.
Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 2 beradik. Beliau sedang melanjutkan pengajian ijazahnya dalam jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) (2024, tahun akhir).
Biodata Puteri Khareeza:
Nama penuh: Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif
Tarikh Lahir: 17 April 1998 (umur 26)
Asal: Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Status: Sudah Berkahwin (pada 24022024) dengan seorang ahli perniagaan bernama Mohd Shukor Kamaruddin (berumur 35 tahun).
Pendidikan: Ijazah Jurusan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, Selangor.
3. Aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2008.
4. Bakat seni Puteri turut dikesan melalui pertandingan nyanyian, Bintang Kecil RTM sewaktu berusia 7 tahun (2008).
5. Watak lakonan pertamanya adalah sebagai Fatin dalam Kapten Boleh (2009).
6. Merupakan pemenang naib juara pertandingan Idola Kecil Musim 3 (2010), bersaing dengan penyanyi-penyanyi muda berbakat besar seperti Elica Paujin, Harris Alif dan Hadi Mazlan.
7. Sewaktu kecil dia pernah mengangkat tagline yang berbunyi "Puteri selalu steady".
8. Kebolehannya yang lain merangkumi dalam bidang tarian dan bermain piano.
9. Mencontohi mutu lakonan aktor Remy Ishak dan Nabila Huda yang dijadikan sebagai rujukan dan idolanya.
10. Berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) 2021 bersama rakan duet, Pasya (Faizul Ashraf) lantas meraih tempat ketiga.
11. Menyumbangkan suara dalam runut bunyi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus (2022) berjudul Duka Sebalik Tawa dan berjaya mendapat 3.5 juta tontonan di laman Youtube. Kini telah menyanyi untuk beberapa runut bunyi lain termasuk untuk filem Anak Perjanjian Syaitan 2 - lagu bertajuk Murka Atau Cinta.
12. Juga bergerak secara berkumpulan bersama band Venus yang dikenali dengan lagu-lagu popular seperti Sakitnya Hati dan Maafkan Aku. Band ini terdiri daripada Puteri (vokalis), Adi (pemain gitar), Ayoy (pemain bes), Hafis Dot (pemain dram) dan Lan (pemain gitar utama).
13. Puteri pernah menggantikan Hafiz Suip bagi menyanyikan lagu Takluk Cinta pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke 37.
14. Pernah ditampilkan sebagai model dalam muzik video lagu nyanyian usahawan kosmetik yang viral, Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan.
Sedikit Trivia berkaitan Puteri Khareeza:
Puteri tidak minum air manis sejak bertahun dan hanya minum air putih atau air masak. Mengidamkan watak hantu/seram, dan berjaya mendapatnya pada 2023. Kini jika ditanya ingin berlakon dengan siapa - pelakon lelaki pilihannya adalah Beto Kusyairi dan Syafiq Kyle. Manakala penyanyi, beliau teringin berduet dengan Judika.
REALITI TV
IDOLA KECIL 3
Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin. Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris.
LAGU CINTA KITA 3
Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga. Mereka mendapat tempat ketiga.
BIG STAGE 2023
Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Beliau mendapat tempat keenam.
• 2021: Hari Kita Jatuh Cinta (Aishah, Awesome TV)
• 2022: Air Mata Allisya (Maria, TV9)
• 2023:
Kau? C.E.O Aku? (Hanim, TV1)
4 Musim Cinta (Erin TV Okey)
Segenap Takdir (Azlin TV3)
Melastik Ke Hatimu 2 (Syasya TV3)
Nak Dengar Cerita Hantu? (Aira, UNIFI TV)
• 2024:
Wanita Syurga (TBA)
Racun Rihanna (TBA)
Telefilem
• 2023: Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa (Che Dah, TV3)
• 2024: Pelangi Yang Indah (TBA)
Filem:
• 2024 - Lentera Dosa (TBA)
Diskografi
Lagu Solo
• 2022: "Duka Sebalik Tawa" (OST Melur Untuk Firdaus)
• 2023:
Helah (OST Haloba)
Murka Atau Cinta (OST Anak Perjanjian Syaitan 2)
Lagu Berkumpulan (VENUS)
Sakitnya Hati (2020)
Maafkan Aku (2022)
Oh Angin (2023)
Ria Ramadhan (2024) (TBA)
Anugerah dan Pencalonan
• 2023: Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35
(Top 5 BBNU Wanita Popular)
Semoga maju jaya buat Puteri Khareeza. Moga ada rezeki untuk lagu Puteri lebih dikenali dan lakonan Puteri lebih berjaya lagi. Insya-Allah. Jangan putus asa! Steady!
Selepas hits dengan lagu Sakitnya Hati dan Maafkan Aku, kumpulan Venus muncul dengan lagu baru yang rancak berjudul Oh Angin. Band ini terdiri daripada 5 orang ahli dan ditubuhkan pada pertengahan 2019.
Setelah single pertama - Duka Sebalik Tawa menjadi fenomena, Puteri Khareeza muncul dengan single kedua - iaitu Helah yang juga merupakan lagu tema drama bersiri Haloba di TV3. Lagu dan lirik Helah ini ciptaan Iqie Hugh dan Shazriq Azeman.
Lagu Helah yang dikeluarkan oleh Alternate Records Sdn. Bhd ini mula berada di semua digital platform streaming pada 22 September 2023.
Lirik lagu Helah - Puteri Khareeza (OST Drama Haloba)
Kuberpijak dalam hidup tanpa cara
Antara kelam dan cahaya
Ku dibawa arus bayangan yang lama
Luka yang dalam jadi dendam
Kan kuhembuskan bisikan
Halus bagaikan
Suara tangisan yang merana
Aku disentuh helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku
Hingga di hujung aku terjatuh
Tersungkur jauh dalammu
Terjerat jiwa belenggu
Kisah yang lalu
Kuterlepas dari jerat yang menewas
Antara cinta dan nestapa
Kan kuhembuskan bisikan
Halus bagaikan suara tangisan yang merana
Aku disentuh helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku hingga di hujung aku terjatuh
Venus ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019. Ia dianggotai oleh Puteri sebagai vokalis, Ayoy sebagai pemain bass, Lan sebagai pemain gitar utama, Adi sebagai pemain gitar ke 2 dan keyboardist serta Hafis sebagai pemain dram.