Showing posts with label Samarinda. Show all posts
Showing posts with label Samarinda. Show all posts

Surat Dari Tuhan yang akan mula ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada 30 Oktober 2023. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan Mohd Fazli Yahya, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Trisha Ooi dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah iaitu memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya.

Hal ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung. 

Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar.

Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.

Situasi menjadi lebih teruk apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.

Tidak cukup dengan itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.

Apakah kesudahan kisah ini? Ingin ketahuinya, jangan lupa untuk saksikan Surat Dari Tuhan sehingga ke akhir episod


Tempoh Tayangan

Episod: 30

Tarikh Tayangan: 2023

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 

Rangkaian: Samarinda TV3

Penulis Skrip: Rozie Rashid & Soula Nordin

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd


Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Ryan

Janna Nick sebagai Misha

Ummi Nazeera sebagai Suzana

Wanns Ahmad sebagai Uzair

Trisha Ooi

Sheila Hassan

Balkisyh Semundur Khan

Qistina Raisah

Shahidan Izwan

Qayra El

Meor Mohd

Nik Ramly Rejab

Arash Mohd


*OST Drama Surat Dari Tuhan - Puas Sudah (Aina Abdul) 


Sumber:

- https://www.myinfotaip.com/2023/08/surat-dari-tuhan.html

- https://www.aimanabdullah.com/2023/10/drama-surat-dari-tuhan.html?m=1




Drama Nur di slot Smarinda TV3 yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini tiba-tiba menjadi perbualan dan hangat diperkatakan. Ramai yang memuji drama terbaru arahan dan penulisan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin ini. Dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, Nur tela7h berjaya mendapat perhatian ramai.

Sinopsis Nur


Gambar: @azhan_rani
Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam? Kita nantikan.

Antara perkara yang menarik sepanjang drama ini ditayangkan adalah isu-isu seperti berikut:

1. Bagus dan telusnya watak pendakwah bernama Ayah Haji (Ayah Ustaz Adam). 

Berdakwah cara berhikmah (watak dilakonkan Jalaluddin Hassan). Baik dengan isteri walaupun isteri ada buat silap, lembut menegur dan memaafkan. Tenang dengan anak. Maafkan menantu. Tegur orang lain berhikmah. Sabar dengan ujian.

2. Sindiran buat penunggang agama



Kita kadangkala tidak perasan atau mungkin terlepas pandang pada mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Benar, tidak ramai, malah masih ramai lagi yang baik, ikhlas dan bertanggungjawab, namun kerana yang sedikit dan kecil ini, mampu menjejaskan nama baik seseorang tokoh atau tempat.

Dalam cerita ini, watak Hamadi (Azhan Rani) yang konon berperanan sebagai ustaz (dia sebenarnya menipu), menggunakan wang pusat tahfiz yang dijaganya untuk berbuat perkara yang Tuhan larang pada waktu malam. Selain itu, Hamadi juga menggunakan ilmu agamanya untuk menegur isterinya jika iserinya menegur kesilapannya (untuk tutup kesilapan diri sendiri).  Malah watak Aisyah (Noor Khiriah sebagai isteri Hamadi) yang mudah bersangka buruk serta menjatuh hukum dan menilai orang seolah-olah orang lain begitu teruk, turut tidak disukai ramai.

3. Perjuangan melakukan perkara yang betul

Seperti watak Amirul, yang kadangkala kita lihat sedikit keliru kerana dia ingin bejuang, membantu dan turut sama membaikkan keadaan, namun adakalanya apa dia buat benar, kadangkala ada juga yang tidak kena dan sedikit lucu. Mungkin "Amirul" ada dalam diri kita semua.

Seperti video ulasan Aida Azlin ini:


4. Hukum rujuk cerai dalam Nur.





5. Pembetulan salah faham tentang HIV

1. PLHIV masih boleh berkahwin walaupun pasangan adalah negatif.
2. PLHIV boleh mendapatkan zuriat tanpa menjangkiti pasangan dan zuriat tersebut (dengan bantuan doktor dan ubatan).
3. HIV tu tak ada apa sangat pun. Stigma masyarakat yang membuatkannya nampak buruk.

-- Sumber tweet dan video: @muazmusa_

6. Petai dan teknik heimlich manoeuvre


Simbolik petai menunjukkan perkara kecil (petai) sahaja mampu menyatukan jika benar caraya. Namun dalam drama ini melibatkan nyawa, ibu mertua Nur tercekik petai dan dibantu dikeluarkan Nur melalui teknik heimlich manoeuvre adalah satu prosedur tujahan pada abdomen yang digunakan sebagai pertolongan cemas untuk mangsa yang tercekik.

7. Sihir dan sup bunjut



Tiba-tiba sup bunjut menjadi viral berpunca daripada salah satu adegan kelakar ini. Namun isi dan mesejnya tidak lucu. Ini menunjukkan betapa jika kita buruk sangka, suka menuduh (lihat di penghujungnya siapa sebenarnya demikian), kita mampu jatuh dalam kebodohan dan rasa malu kita sendiri. Malah amalan syirik dan khurafat hendaklah dijauhi.

8. Peranan bapa dan lelaki



Tertarik dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di facebook mengenai watak bapa yang ditonjolkan dengan begitu tenang dan baik sekali dalam drama ini. 

"Dalam segala hiruk pikuk kontroversi yang timbul di dalam keluarga, Ayah Haji Mukhsin dan Datuk Tajudin menzahirkan sifat tenang, ‘membuat kerja islah dalam diam’, menjadi pelindung kepada isteri dan anak masing-masing bukan sahaja daripada gangguan dan kejahatan luar, malah daripada kelemahan diri mereka sendiri." 

9. Pilih pasangan betul, jodoh dan kasih sayang 

Kita dapat lihat keikhlasan dan penerimaan masing-masing dalam perjuangan cinta dan perkahwinan mereka. Bagaimana Adam bertegas mahukan Nur dan bukan Deeja (pilihan keluarga) dan bagaimana sabarnya Nur menerima reaksi dan penolakan keluarga Adam.

Betapa kuatnya jodoh, tetap bersatu walaupun banyak rintangan. Semua ini dengan izin Allah.

Pilihlah pasangan yang betul, istikharah, bertanya dan kenal baik-baik, lihat bagaimana Aisyah silap dalam menilai dan memilih Hamadi.

10. Dakwah dalam drama dan seni

Memetik ulasan dan kata-kata Ummuhani Abu Hassan;

"Nur. Adalah realiti sosial kita di Malaysia. Kewujudan banyak kelompok dalam menafsirkan Islam memberi impak positif dan négatif. Positfnya kita melihat kepelbagaian pendekatan dakwah. Negatifnya, jika setiap kelompok mendakwa merekalah paling baik dan benar (dalam mengamalkan Islam) mengakibatkan orang jahil makin jauh dari agama, non -muslim pula takut pada Islam. 

Saya sendiri 'terjatuh' dengan dialog ini "Sekarang emak dah faham kenapa dia pilih kamu. Sebab kamu ikhlas dengan Allah. Kamu cinta Dia bukan atas dosa dan pahala kamu. Tapi sebab Dia Tuhan kamu dan kamu perlukan Dia." 

Drama Nur ada Nur (cahaya) untuk ruang hati kita bermuhasabah."


Lihat! Betapa drama dan seni mampu menjadi medium penyampaian dalam menyampaikan perkara baik dan benar tentang agama.

11. Kemaafan dendam terindah 

Betapa penyesalan Aisyah (Noor Khiriah) dan pengakuannya, buat ahli keluarganya tenang menerima dan rela hati bersabar. Bagi mereka, mereka bukan Tuhan untuk menghukum. Manusia yang sedar harus diberi peluang dan ruang.

12. Deeja yang baik dan reda
"Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa jugak Allah boleh tarik balik." - Deeja.
Walaupun sebagai manusia biasa ada saatnya beliau tidak dapat lari daripada rasa tertanya, kecewa dan sedih, namun beliau tenang dan reda. Tidak menyalah, malah masih berbaik dan menerima hakikat takdir.

13. Keinsafan dan sedar adanya Tuhan

Adegan Mona (Laila Nasir) yang insaf dan percaya adanya Tuhan di sisi anaknya, pada penghujung cerita benar-benar menyentuh. Jalan pulang tetap ada pada mereka yang mencari dan mempercayai. Insya-Allah.

*****
Sedikit trivia:

- Lagu tema drama Nur (OST) - Tak pernah hilang nyanyian Amylea ft Kaer.
Shahrulezad Mohameddin pernah menang anugerah pengarah filem terbaik (melalui drama seakan Nur juga, Antara Garisan judulnya).
- Drama arahan dia yang lain (adaptasi dari Korea) juga sedang trending (di stesen TV lain) sewaktu drama bersiri Nur sedang rancak ditayang.

(+) Bonus: senarai pelakon baru dalam drama Nur:

- Raja Atiq (watak Amirul) yang pandai mengaji - @therajaatiqullah
- Riena Diana (watak Deeja) yang manis bila bertudung - @rienadiana
- Mathni Razak yang berlakon sebagai doktor - @mathnirazak7
- Laila Nasir yang berlakon sebagai Cik Mona (ibu Nur),  bukan baru, pelakon comeback @lailanasirofficial


Gambar dan sinopsis: Kepala Bergetar

Boleh baca kritikan lain:
- Drama Nur sindir penunggang agama
- Dialog menarik dalam drama Nur
- Pembunuhan karakter islam dalam drama melayu
- Dapat banyak bintang
- Komen pengarah
- Ulasan panjang yang menarik - Azzah Abdul Rahman
Ulasan Ahmad Fairuz Saad
"Jadilah mata lebah, jangan jadi mata lalat. Dakwah tu- bukan bersifat eksklusif."
- Juga menarik melalui watak Mona - Fadhlina Sidek Sidek
Kejayaan Drama Nur 


P/S: Teringat drama Nur Kasih, yang juga popular diperkatakan satu ketika dahulu. Moga apa yang bermanfaat, kita ambil pengajaran.




Antara sumber lain:

Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda mendapat rating sebanyak 11 juta tontonan menerusi 19 episod yang ditayangkan manakala 500,000 menonton di internet. Tahniah. 











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top