Novel Anom Suraya, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1992, kini kembali menemui para pembaca dengan wajah baharu yang lebih eksklusif. Lebih mengujakan, karya Dr. Samsiah Mohd. Nor (ibu kepada Daiyan Trisha) ini bakal diadaptasikan sebagai drama Slot Lestary TV3 bermula 4 Julai ini, setiap Jumaat & Sabtu, jam 9.00 malam.
Sebagai pembuka tirai, saksikan Tayangan Eksklusif Anom Suraya selama 2 jam pada Sabtu, 4 Julai 2026, jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.
Mengisahkan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis kampung yang sederhana, menerima tawaran bekerja sebagai caregiver di rumah Puan Raden di Kuala Lumpur demi mengubah nasib hidupnya. Di sana, Anom ditugaskan menjaga Badrol (Yusuf Bahrin), anak Puan Raden yang mengalami gangguan mental akibat dipercayai terkena sihir. Walaupun pada mulanya ketakutan, Anom berjaya mendekati dan menenangkan Badrol dengan keikhlasan serta muzik.
Apabila Badrol semakin pulih, hubungan Anom dengan abang Badrol, Bakhtiar (Idris Khan), pula semakin rapat hingga membawa kepada lamaran perkahwinan. Namun, rasa cinta dan cemburu Badrol terhadap Anom mencetuskan konflik antara dua beradik itu, ditambah dengan fitnah serta perebutan kasih yang memecah-belahkan keluarga.
Terperangkap antara cinta, rasa tanggungjawab dan belas kasihan, Anom akhirnya memilih pulang ke kampung untuk mencari ketenangan. Selepas mengembalikan cincin lamaran Bakhtiar, dia kehilangan lelaki yang dicintainya, manakala Badrol kembali tenggelam dalam tekanan emosi. Di penghujung cerita, Anom menemui seorang lelaki misteri di pantai, meninggalkan persoalan siapakah sebenarnya pilihan hatinya.
Surat Dari Tuhan yang akan mula ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada 30 Oktober 2023. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan Mohd Fazli Yahya, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Trisha Ooi dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan
Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah iaitu memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya.
Hal ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung.
Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar.
Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.
Situasi menjadi lebih teruk apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.
Tidak cukup dengan itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.
Apakah kesudahan kisah ini? Ingin ketahuinya, jangan lupa untuk saksikan Surat Dari Tuhan sehingga ke akhir episod
Tempoh Tayangan
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Soula Nordin
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Ryan
Janna Nick sebagai Misha
Ummi Nazeera sebagai Suzana
Wanns Ahmad sebagai Uzair
Trisha Ooi
Sheila Hassan
Balkisyh Semundur Khan
Qistina Raisah
Shahidan Izwan
Qayra El
Meor Mohd
Nik Ramly Rejab
Arash Mohd
*OST Drama Surat Dari Tuhan - Puas Sudah (Aina Abdul)
Drama Nur di slot Smarinda TV3 yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini tiba-tiba menjadi perbualan dan hangat diperkatakan. Ramai yang memuji drama terbaru arahan dan penulisan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin ini. Dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, Nur tela7h berjaya mendapat perhatian ramai.
Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam? Kita nantikan.
Antara perkara yang menarik sepanjang drama ini ditayangkan adalah isu-isu seperti berikut:
1. Bagus dan telusnya watak pendakwah bernama Ayah Haji (Ayah Ustaz Adam).
Berdakwah cara berhikmah (watak dilakonkan Jalaluddin Hassan). Baik dengan isteri walaupun isteri ada buat silap, lembut menegur dan memaafkan. Tenang dengan anak. Maafkan menantu. Tegur orang lain berhikmah. Sabar dengan ujian.
2. Sindiran buat penunggang agama
Kita kadangkala tidak perasan atau mungkin terlepas pandang pada mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Benar, tidak ramai, malah masih ramai lagi yang baik, ikhlas dan bertanggungjawab, namun kerana yang sedikit dan kecil ini, mampu menjejaskan nama baik seseorang tokoh atau tempat.
Dalam cerita ini, watak Hamadi (Azhan Rani) yang konon berperanan sebagai ustaz (dia sebenarnya menipu), menggunakan wang pusat tahfiz yang dijaganya untuk berbuat perkara yang Tuhan larang pada waktu malam. Selain itu, Hamadi juga menggunakan ilmu agamanya untuk menegur isterinya jika iserinya menegur kesilapannya (untuk tutup kesilapan diri sendiri). Malah watak Aisyah (Noor Khiriah sebagai isteri Hamadi) yang mudah bersangka buruk serta menjatuh hukum dan menilai orang seolah-olah orang lain begitu teruk, turut tidak disukai ramai.
3. Perjuangan melakukan perkara yang betul Seperti watak Amirul, yang kadangkala kita lihat sedikit keliru kerana dia ingin bejuang, membantu dan turut sama membaikkan keadaan, namun adakalanya apa dia buat benar, kadangkala ada juga yang tidak kena dan sedikit lucu. Mungkin "Amirul" ada dalam diri kita semua.
1. PLHIV masih boleh berkahwin walaupun pasangan adalah negatif.
2. PLHIV boleh mendapatkan zuriat tanpa menjangkiti pasangan dan zuriat tersebut (dengan bantuan doktor dan ubatan).
3. HIV tu tak ada apa sangat pun. Stigma masyarakat yang membuatkannya nampak buruk.
Simbolik petai menunjukkan perkara kecil (petai) sahaja mampu menyatukan jika benar caraya. Namun dalam drama ini melibatkan nyawa, ibu mertua Nur tercekik petai dan dibantu dikeluarkan Nur melalui teknik heimlich manoeuvre adalah satu prosedur tujahan pada abdomen yang digunakan sebagai pertolongan cemas untuk mangsa yang tercekik.
7. Sihir dan sup bunjut
Tiba-tiba sup bunjut menjadi viral berpunca daripada salah satu adegan kelakar ini. Namun isi dan mesejnya tidak lucu. Ini menunjukkan betapa jika kita buruk sangka, suka menuduh (lihat di penghujungnya siapa sebenarnya demikian), kita mampu jatuh dalam kebodohan dan rasa malu kita sendiri. Malah amalan syirik dan khurafat hendaklah dijauhi.
8. Peranan bapa dan lelaki
Tertarik dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di facebook mengenai watak bapa yang ditonjolkan dengan begitu tenang dan baik sekali dalam drama ini.
"Dalam segala hiruk pikuk kontroversi yang timbul di dalam keluarga, Ayah Haji Mukhsin dan Datuk Tajudin menzahirkan sifat tenang, ‘membuat kerja islah dalam diam’, menjadi pelindung kepada isteri dan anak masing-masing bukan sahaja daripada gangguan dan kejahatan luar, malah daripada kelemahan diri mereka sendiri."
9. Pilih pasangan betul, jodoh dan kasih sayang
Kita dapat lihat keikhlasan dan penerimaan masing-masing dalam perjuangan cinta dan perkahwinan mereka. Bagaimana Adam bertegas mahukan Nur dan bukan Deeja (pilihan keluarga) dan bagaimana sabarnya Nur menerima reaksi dan penolakan keluarga Adam.
Betapa kuatnya jodoh, tetap bersatu walaupun banyak rintangan. Semua ini dengan izin Allah.
Pilihlah pasangan yang betul, istikharah, bertanya dan kenal baik-baik, lihat bagaimana Aisyah silap dalam menilai dan memilih Hamadi.
"Nur. Adalah realiti sosial kita di Malaysia. Kewujudan banyak kelompok dalam menafsirkan Islam memberi impak positif dan négatif. Positfnya kita melihat kepelbagaian pendekatan dakwah. Negatifnya, jika setiap kelompok mendakwa merekalah paling baik dan benar (dalam mengamalkan Islam) mengakibatkan orang jahil makin jauh dari agama, non -muslim pula takut pada Islam.
Saya sendiri 'terjatuh' dengan dialog ini "Sekarang emak dah faham kenapa dia pilih kamu. Sebab kamu ikhlas dengan Allah. Kamu cinta Dia bukan atas dosa dan pahala kamu. Tapi sebab Dia Tuhan kamu dan kamu perlukan Dia."
Drama Nur ada Nur (cahaya) untuk ruang hati kita bermuhasabah."
Lihat! Betapa drama dan seni mampu menjadi medium penyampaian dalam menyampaikan perkara baik dan benar tentang agama.
11. Kemaafan dendam terindah Betapa penyesalan Aisyah (Noor Khiriah) dan pengakuannya, buat ahli keluarganya tenang menerima dan rela hati bersabar. Bagi mereka, mereka bukan Tuhan untuk menghukum. Manusia yang sedar harus diberi peluang dan ruang. 12. Deeja yang baik dan reda
"Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa jugak Allah boleh tarik balik." - Deeja.
Walaupun sebagai manusia biasa ada saatnya beliau tidak dapat lari daripada rasa tertanya, kecewa dan sedih, namun beliau tenang dan reda. Tidak menyalah, malah masih berbaik dan menerima hakikat takdir. 13. Keinsafan dan sedar adanya Tuhan Adegan Mona (Laila Nasir) yang insaf dan percaya adanya Tuhan di sisi anaknya, pada penghujung cerita benar-benar menyentuh. Jalan pulang tetap ada pada mereka yang mencari dan mempercayai. Insya-Allah.
*****
Sedikit trivia:
- Lagu tema drama Nur (OST) - Tak pernah hilang nyanyian Amylea ft Kaer.
- Shahrulezad Mohameddin pernah menang anugerah pengarah filem terbaik (melalui drama seakan Nur juga, Antara Garisan judulnya). - Drama arahan dia yang lain (adaptasi dari Korea) juga sedang trending (di stesen TV lain) sewaktu drama bersiri Nur sedang rancak ditayang. (+) Bonus: senarai pelakon baru dalam drama Nur: - Raja Atiq (watak Amirul) yang pandai mengaji - @therajaatiqullah
- Riena Diana (watak Deeja) yang manis bila bertudung - @rienadiana
- Mathni Razak yang berlakon sebagai doktor - @mathnirazak7
- Laila Nasir yang berlakon sebagai Cik Mona (ibu Nur), bukan baru, pelakon comeback - @lailanasirofficial
Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda mendapat rating sebanyak 11 juta tontonan menerusi 19 episod yang ditayangkan manakala 500,000 menonton di internet. Tahniah.
Drama Dia dibintangi oleh Janna Nick, Irwansyah, Adi Putra, Izara Aishah, Sandrinna Skornicki & ramai lagi. Disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 9 malam bermula 14 Oktober di TV3. Ada sebanyak 60 episod.
Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya itu demi mereliasikan impian ayahnya itu. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.
Dengan adanya media sosial, semakin banyak perkongsian, pendapat dan luahan yang dapat kita baca. Perkembangan semasa begitu cepat tersebar. Terpulang pada kita mahu percaya atau tidak. Mahu terima atau enggan. Kebelakangan ini tiga perkara ini begitu diperkatakan. Jadi saya memilih ruangan ini untuk memperkatakannya sedikit sahaja.
Drama Andainya Takdir di TV3
Saya rasa ramai menontontonnya. Sehingga menjadi bual mulut (percakapan) ramai dan trending di twitter. Adaptasi kisah benar, dan dilakonankan dengan penuh jiwa oleh para pelakonnya, cerita yang mengisahkan lelaki yang mempunyai cemburu melampau dan suka cari sendiri alasan pasangannya curang yang sebenarnya tiada (dinamakan: othello syndrome), dan isteri yang bertahan walaupun begitu teruk dibelasah kerana rasa sayang dan percaya masih ada harapan (dinamakan:stockholm syndrome). Lebih menarik emosi penonton adalah orang di sekitar watak itu. Sikap yang terlalu menyibuk hal orang sehingga tak perasan hal sendiri. Dan budaya menghasut (batu api) dan mengumpat yang mampu menggugat masyarakat sebenarnya. Kisah ini begitu realiti dan asli. Mungkin kerana itu ia berjaya menarik ramai mengikuti perkembangannya.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).
Isu liberal: tudung dan wuduk
Tiba-tiba sahaja isu tudung dibangkitkan. Hujah tentang aurat dan tudung boleh dibaca di facebook Firdaus Wong Wai Hung & Ulasan saudara Muhammad Yusof.
Wuduk pula memang banyak sangat air membazir, namun sunnah tiga kali untuk meratakan anggota badan yang berkenaan. Isunya kena atau tidak. Ya, sekali sudah bersih cukup, namun lebih menyakinkan dan tiga kali Nabi buat, kita ikut dapat pahala insya-Allah.
Liberal bermaksud menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Namun bagi fahaman liberal barat dan sesetengah pejuang liberalisme, ia mungkin berbeza. Malah liberalisme mempunyai aliran-aliran yang pelbagai. Manakala islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri ,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam. (Rujuk: https://fastnote.wordpress.com).
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(QS. Al-Maaidah (Al-Maidah) [5] : ayat 87).
Kes buli
Kes Zulfarhan dan T. Nhaveen begitu menyentuh emosi kita. Buli, begitu menjadi-jadi kebelakangan ini. Buli bermaksud: mengasari orang lemah dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.
Kes Zulfarhan Osman: Pada awal Jun lalu dilaporkan jenazah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat didera (dipercayai dengan seterika), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. (Sumber)
Update Terkini:
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu. Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. Kes ini akan disebut semula pada 14 Ogos 2017. (Sumber)
Kes T. Nhaveen: Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras. Sewaktu kejadian, beliau bersama rakannya, namun rakannya cedera dan sempat melarikan diri.
Update Terkini:
Empat lelaki termasuk dua daripadanya remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki, T. Nhaveen, 9 Jun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. (Sumber)
*****
Moga dipermudahkan buat mereka yang diuji. Dan biar nanti jawapan terungkai. Insya-Allah.
Moga kita semua dipelihara jiwanya dan menjaga hati orang lain juga. Hidup adalah sementara, jadi tuntutlah ilmu baik-baik dan amalkan dengan cara yang Tuhan redha. Insya-Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan.”
- (Al-Maidah ayat 8)
Sesuatu yang menarik dan ditunjukkan melalui drama 7 Hari Mencintaiku ini, adalah semua orang boleh jadi hero dan mampu berubah. Dan di sekeliling kita, walaupun ada yang boleh membantu, namun ada juga mampu menjatuhkan. Drama ini merupakan adaptasi Novel tulisanSiti Rosmizah yang merupakan seorang peguam yang menulis. Antara buku beliau yang turut mendapat sambutan hangat adalah Andai Itu takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau dan Aku dan beberapa lagi.
PAK SAMAD
Watak yang disebut-sebut selain Khuzairi (hero oleh Shukri Yahya) dan Mia (Siti Saleha sebagai heroin), adalah watak Pak Mertua idaman iaitu Pak Samad yang dilakonkan dengan berkesan sekali oleh Aman Graseka. Watak Pak Samad adalah seorang yang menyayangi anak menantu seperti anak sendiri dan tidak kisah untuk menegur anak kandung jika mereka buat salah. Seorang yang tegas, pembawaannya sangat ikhlas.
Siapa Pak Samad (Aman Graseka)?
Merujuk biodata Aman Graseka di laman wikipedia, beliau dilahirkan pada tahun 1968, pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun 1999 menerusi filem Amy Anuar. Terkenal ketika zaman mudanya terutama menerusi filem Cinta Kita, lakonannya bersama Sofea Jane. Pernah berkahwin dengan Mas Idayu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Juga vokalis kepada kumpulan heavy metal -Chosen(menggunakan nama Amgreng). Dan dia baru saja mempunyai akaun instagramnya sendiri (Instagram Aman Graseka).
Siapa Buntat?
Yang melakonkan watak Buntat adalah pemilik nama penuh Muhammad Ariff Abdullah. Menurut ibunya, Ariff mengalami disleksia (masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal).
Biodata JIBAM / BUNTAT / ARIFF
Nama Penuh : Muhammad Ariff Abdullah
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku (Buntat @ Ahmad Shahrul)
Watak Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku dipegang oleh Jaja Iliyes (berusia 18 tahun). Pelakon baru yang dicungkil bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) ini berjaya membawakan watak adik Khuzairi dengan begitu menyerlah sekali. Instagram beliau: https://www.instagram.com/jajailiyes_/
Trivia drama 7 Hari Mencintaiku:
- 7 hari mencintaiku adalah drama bersiri pada jam 6.58 petang setiap isnin hingga khamis di TV3, ada 28 episod keseluruhannya dan mempunyai happy ending.
- Ada juga adegan dalam buku yang tidak dimasukkan (dan juga perlu disesuaikan) untuk tayangan di televisyen. Malahan ada juga babak lakonan yang telah dirakam namun tidak disiarkan atas sebab tertentu. Namun keseluruhannya ia tetap tidak memberi kesan besar malah tetap menjadi sebuah drama yang sangat baik.
- Kebanyakan dialog drama diambil daripada novel asal. Dan lokasi penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku banyak dibuat di Kuala Selangor.
- Liza Abdullah (Mak Leha) adalah seorang penyanyi dan pelakon yang popular ketika zaman mudanya. Antara lagu popularnya adalah Samarinda dan filem popular lakonannya adalah Ali Setan.
- Siti Saleha (Mia) pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.
- Shukri Yahya (Khuzairi) sudah berkahwin. Dan juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
- Pak Andak (Idris Md Diah), Mak Andak (Anne Abdullah), Roziah (Rosnah Johari sebagai mak tiri Mia) dan Zila Bakarin (sebagai Datin Hayati, Mak Mia), tidak perlu diragukan lagi lakonan mereka, kerana mereka sangat berpengalaman dan telah berada lama dalam industri.
- Wan Sharmila (Sophie) bukan sahaja selalu muncul dalam drama-drama melayu. Malah pernah membintangi beberapa buah filem dan pernah menjadi pengacara. Twitter: @Wansharmilalala
- Bakat lakonan Bil Azali (instagram @Nabelrazali) (Zaidi) dicungkil menerusi sebuah program realiti tv iaitu Pilih Kasih. Program yang sama dengan Ku Hariz (Khalil). Ku Hariz merupakan suami kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse.
- Syazwan Zulkifly kebelakangan ini sangat kerap menjadi hero drama. Juga bakatnya mula kita nampak menerusi drama bersiri Juvana.
- Mak Wan (Watak Mak Limah, yang jual karipap) merupakan graduan dan pernah belajar di Australia.
- Faye Kusairi (Syakila) berasal dari Sarawak. Juga banyak membintangi drama lain.
- 7 Hari Mencintaiku menjadi antara 5 drama paling dicari di Google Malaysia pada 2016 dan episod akhir mencatatkan tontonan pecah rekod, sebanyak 12 juta tontonan. Tahniah!
- Hampir kesemua pelakon adalah bersikap sporting dan gila-gila namun dalam set mereka semua sangat menjiwai watak.
Boleh lihat di laman web forum cari untuk mendapatkan senarai penuh pelakon dan komen-komen penonton mengenai drama 7 hari mencintaiku ini. Manakala sinopsis boleh baca di sini atau di facebook 7 Hari Mencintaiku. Untuk menonton episod penuh 7 hari mencintaiku pula, selain di tonton, boleh lihat di blog Kepala Bergetar. Manakala lagu tema (OST) untuk drama ini adalah Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah. Serta ada juga lagu kumpulan Exist - Mengintai dari tirai kamar.
*Secara rasminya boleh menonton terus di tonton.com.my dan untuk mengetahui perkembangan semua drama akasia tv3, boleh ke instagram akasia tv3.
Apapun tahniah kepada keseluruhan kru penerbitan Pena Creative Pictures dan juga semua pelakon 7 Hari Mencintaiku. Ramai suka bukan saja kerana cerita ini banyak menyentuh realiti, berlatarkan suasana bandar dan kampung, namun ada juga watak daripada kanak-kanak, remaja, dewasa ke orang tua. Juga mempunyai ramai watak baik dan antogonis yang disebut-sebut. Pendek kata cukup rencah!
Kekurangan tetap ada, namun moga dapat diperbaiki dan akan banyak lagi drama berkualiti di televisyen sama ada yang adaptasi mahupun bukan selepas ini! :)
Lagu-lagu penyanyi dan pencipta lagu baru, Ippo Hafiz begitu dikenali bermula semenjak ia menjadi lagu tema (OST) drama Teman lelaki Upahan (Rahsia dan Hujan Sepi) satu ketika dulu. Kemudian dikuti dengan lagu tema Hidayah-Mu Ramadhan (turut dikongsikan melalui blog ini.) Dan terkini selain beberapa lagunya menjadi lagu tema drama bersiri popular dan filem, dikhabarkan beliau akan keluarkan album penuh tidak lama lagi!
LIRIK LAGU DIA UNTUKKU - IPPO HAFIZ
(OST : Filem Kimchi Untuk Awak)
Saatku menanti wahai cintaku
Saatku lemah aku terbayang wajahmu
Di mataku dalam jiwaku
Kau melihat aku dalam senyumanmu
Kau bahagiakanku tulus, takdir temukan kita
Cinta aku dengan kamu
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku
Takkan aku berpaling menjauhi cintamu
Hukumku bila terjadi
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku
---
Ramai Sedihkah layan Adi Putra dengan Nora Danish ? , sabaq naa , drama ja:p
Anem terlayan pula drama baru di slot Zehra yang memperjuangan kehidupan wanita , penuh konflik, serta penuh semangat karya Eirma Fatimah ini. Sinematografi dan skrip pun cun. Pelakon-pelakon semua hebat-hebat. Okeh, terus layan!
Aku mahu menjadi pejuang, menjunjung tinggi kemanusiaan
Lirik Lagu Merpati - OST Tahajjud Cinta TV3
(Lagu tema drama tahajud cinta yang dinyanyikan Astrid dan Zamani)
Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri disebalik hasrat murni kedua ibubapa mereka?
Tahajjud Cinta lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Dato’ Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.
Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah & penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.
Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.
Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.
Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.