Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

 




Tips untuk menang pertandingan mewarna

1. Tambah karakter tambahan atas kertas lukisan.

2. Pastikan karakter yang ditambah ada kena mengena dengan tema. Misalnya merdeka, boleh lukis wau bulan, jet pejuang, burung enggang, tugu negara, harimau dll

3. Gunakan warna yang kontra supaya lukisan lebih timbul.

4. Warna penuh satu kertas mewarna/lukisan.

5. Dan tiada ruang yang dibiarkan kosong tanpa warna hatta awan sekali pun.

#KelasSeniCikYa


Sumber asal:-

https://www.facebook.com/share/p/VT8frpmrAqkaatfg/


Jom masuk bengkel mewarna guna oil pastels. Tekan sini https://linktr.ee/naziasuhaimi


Kelas Seni Mewarna
#KelasSeniCikya


CIPTA CITRA - HARI PUISI SEDUNIA | WORLD POETRY DAY • 8 & 9 MAC 2024 @ IPOH, PERAK.

Mari bersama nikmati kemesraan bahasa dan seni budaya bersama selejang sasterawan dan seniman tersohor negara & antarabangsa sempena Hari Puisi Sedunia yang diraikan pada setiap Mac. Dapatkan tiket segera di https://wa.me/60177783584?text=TIKET%20CIPTA%20CITRA






Dondang Dongeng ialah persembahan seni Melayu klasik yang menggabungkan penceritaan menggunakan lagu dan muzik. Dondang Dongeng adalah satu usaha untuk mewariskan, mengikut cara kita sendiri, kisah-kisah cerita rakyat Malaysia yang dihargai, seperti Sang Kancil yang licik dan nakal dan lagenda puteri tempatan yang cantik, lengkap dengan moral yang penting untuk dibawa pengajaran.

Lagu-lagu ini adalah perayaan tradisi kita, yang berkaitan dengan siapa kita, sejarah kita, masa kini dan masa depan.

Diterajui oleh pasukan kreatif yang dihormati seperti Irena Taib, komposer dan ahli The Impatient Sisters; Mia Palencia, penyanyi dan penulis lagu terkenal; Melina William, pemuzik dan penerbit serta bakat tempatan lain yang sangat dicari dalam persada muzik, Dondang Dongeng dengan licik dianyam ke alam mimpi, dipenuhi dengan cerita yang kurang perkatakan tetapi diharapkan tidak lama dilupakan. Cerita setua zaman, dipersembahkan dalam bentuk lagu dengan sentuhan moden.

Instagram rasmi Dondang Dongeng:

https://instagram.com/dondangdongeng


Lokasi persembahan dan waktu:


Stage 1, PJPAC, 1 Utama E


Friday, 25 August: 8:30pm

Saturday, 26 August: 3pm and 8:30pm


Beli tiket:

https://onetix.com.my/events/dondang-dongeng-retelling-folklores-in-songs/208


Tiket boleh dibeli bermula dari RM68 manakala pertunjukan malam bermula dari RM48. Tempahan untuk kumpulan dan sekolah juga boleh dibuat melalui WhatsApp di +6011-2626 2744.


Sumber:

https://zafigo.com/news/dondang-dongeng-malaysian-folklore-in-song/

https://baskl.com.my/listing/dondang-dongeng/


Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top