Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang. Show all posts

  Jangan zalimi haiwan ❗️ 


“Setiap nyawa itu bernilai dan kebajikan haiwan mencerminkan kematangan serta keprihatinan sesebuah masyarakat,” - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin


KEUTAMAAN BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN


Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.






Rujukan:

FB Sinar Harian

https://x.com/bernamadotcom/

https://x.com/MyJAKIM/

FB JAKIM







 

PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH DI MAHKAMAH SYARIAH




Hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak boleh difailkan semasa perceraian atau selepas perceraian. Hak penjagaan kanak-kanak ini meliputi hak jagaan kekal, hak jagaan sementara, hak lawatan dan hak bermalam. Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah:-

1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.

2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

3. Kemudian, perlu dinyatakan sebab-sebab ingin menuntut hak penjagaan kanak-kanak.

4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak,serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Hadhanah di kaunter mahkamah.

6. Mahkamah akan bagi notis Sulh.

7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

9. Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.

10. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.

11. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

12. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Pernyataan Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas Defendan.

13. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.

14. Setelah pliding lengkap, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

15. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.

16. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.

17. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber:

 

GANTI RUGI PERTUNANGAN




Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan perkahwinan yang telah siap 100%?

Jawapan:

1. Sebagai pihak yang terkilan, anda boleh memfailkan ganti rugi pertunangan di Mahkamah Syariah.

2. Nilaikan kerugian yang telah ditanggung seperti perbelanjaan katering, tempahan dewan, jurugambar, perbelanjaan hantaran dan kos-kos yang berkaitan. Adalah penting untuk simpan setiap rekod transaksi pembayaran dan perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan.

Tuntutan ganti rugi pertunangan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Dan di bawah peruntukan Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri.

Seksyen 15. Pertunangan.

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber: Facebook Jom Tanya Peguam

https://www.facebook.com/share/p/yGha7b8R4KZ1sGMy/


Komen tambahan:

Hanya kos hangus dibenarkan. Kos taksiran Masih kuasa mahk sivil tetapi jika pliding silap arah, pertembungan bidangkuasa akan batalkan Saman anda.

https://jomtanyapeguam.com/ganti-rugi-pertunangan/




Sumber:

https://www.pexels.com/photo/close-up-photo-of-diamond-stud-silver-colored-eternity-ring-691046








 



Apakah SHIQAQ?

Shiqaq ini adalah pergaduhan yang berpanjangan dalam rumahtangga.

Contohnya, asyik bergaduh walau sekecil-kecil benda. Keadaan dalam perkahwinan tu lagi banyak gaduh daripada aman.

Proses sabitan Shiqaq ini selalunya akan dilakukan oleh Mahkamah selepas peringkat Jawatankuasa Pendamai selesai.

Sabitan shiqaq perlu dilakukan sebelum ke prosedur seterusnya iaitu Hakam.

Terdapat dua proses Hakam:-

1. Hakam Keluarga: pihak-pihak perlu melantik hakam lelaki daripada kalangan ahli keluarga untuk berbincang sekiranya ada ruang pendamaian, punca dan cara penyelesaian/perpisahan yang terbaik.

2. Hakam dengan kuasa penuh Mahkamah: Hakam ini dilantik oleh mahkamah dan mempunyai kuasa penuh bagi memerintahkan perceraian.

Dalam kes cerai di mana sekiranya salah seorang pasangan tidak bersetuju untuk bercerai, ini lah prosedur yang perlu dilalui oleh kedua-dua belah pihak.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber:

Facebook Jom Tanya Peguam



Photo by RDNE Stock project:

https://www.pexels.com/photo/broken-heart-cardboard-on-brown-wooden-table-top-6670068/





Banyak jabatan telah mengeluarkan infografik mengenai larangan menjalankan hubungan sulit. Ini perkara serius dan perlu diambil perhatian oleh semua. Gambar adalah dari Public Health Malaysia. 










Akta kawalan produk rokok, vape berkuat kuasa 1 Oktober 2024.




Menerusi perkongsian di media sosial, KKM memaklumkan, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik.

Bermula 1 Okt ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta 852 dan akta itu merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan serta larangan merokok di tempat awam.



Sukar tuntut hutang daripada kawan-kawan? Guna cara ini.

1) Darurat tidak menyebabkan seseorang terlepas dari membayar hutang. Perjalanan kontrak berlangsung secara berterusan.

2) Bagi memudahkan tuntutan hutang semula, elakkan meminjamkan wang kepada rakan dalam jumlah yang melebihi RM5,000.

3) ini kerana, bagi jumlah tuntutan hutang yang tidak melebihi RM5,000 anda boleh membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa keperluan mendapatkan khidmat peguam.

4) Apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun borang Writ 198. Boleh download borang tersebut di pautan https://mahknp.files.wordpress.com/2013/10/borang-no-198.docx

5) Lengkapkan borang dan pergi ke mahkamah majistret untuk pemfailan dan pembayaran. Fi pendaftaran cuma berjumlah RM10 sahaja.

6) Sekiranya anda perlu memberi pinjam wang kepada rakan anda, lakukan dengan cara pindahan wang melalui transaksi online sahaja. Jangan berikan wang secara tunai.

7) Sekiranya rakan anda tidak mempunyai akaun bank dan perlu pindahan secara tunai, pastikan anda menyediakan surat akuan terima wang yang ringkas dan minta rakan anda menandatangani surat tersebut. Surat itu menjadi bukti penerimaan wang oleh rakan anda dan akan menjadi bukti penting dalam mahkamah kelak.

8) Pastikan tempoh pembayaran balik dipersetujui terlebih dahulu sebelum wang diberikan. Masa bayaran dan cara bayaran dilakukan juga perlu ditetapkan terlebih dahulu. Semua terma perlu jelas supaya tidak menjadi pertikaian kelak di mahkamah. Selamat mencuba!
 
 



Siapa yang tidak pernah dikutuk, diperli atau dihina dengan penampilan dan rupa mereka? Kebanyakan kita, pernah. Malahan sudah bertahun kita didedahkan dengan jenaka body shaming ini di pertandingan lawak di kaca tv dan perkara melibatkan fizikal dan penampilan ini juga sering menjadi modal pengacara popular (yang kebanyakan juga pelawak).

Kemuncak perkara ini terjadi apabila bermulanya satu usikan seorang juri  (yang juga penyanyi) terhadap penampilan fizikal pengacara di kaca tv dalam rancangan realiti tv popular, sehingga viral dan diperkatakan netizen. Namun dapat diselesaikan dengan baik kedua belah pihak.

Kemudian perkara ini diperkatakan sekali netizen, apabila isu body shaming tak kelakar dan pengakuan mangsa buli keluar di rancangan televisyen (tetamu episod body shaming tersebut adalah model albino dan influencer; Azfar, seorang jejaka sado dan artis serba boleh, Zulin Aziz).



Tahukah kita bahawa body shaming itu satu jenayah?

Tahukah anda body shaming yang bermaksud perbuatan mengejek fizikal seseorang itu adalah merupakan satu kesalahan jenayah? Apatah lagi jika anda memuat naik di media sosial atau social network.

Menerusi facebook Polis Diraja Malaysia, berkata: Mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.Kumpulkan semua bukti dan jangan takut mempertahankan hak sendri.

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming' dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita. Jangan jadi kak buli dan hati-hatilah dengan kata-kata kata dan perbuatan kita sendiri.


*Sumber gambar:  facebook PDRM

*Jangan mudah menghina, kita tak tahu sudahnya kita bagaimana. Nah, sebagai selingan, tonton drama keinsafan yang viral ini: Insan Terpilih.

.


Baru-baru ini ada beberapa perkara yang hangat diperkatakan di kalangan rakyat serta netizen di Malaysia. Antaranya, hukuman sebatan syariah yang pertama kali di jalankan di Malaysia, isu zakat untuk pemulihan golongan LGBT dan lain-lain serta isu anak autisme yang ditahan polis berdasarkan sebuah laporan.

Isu: Sebatan Syariah
Perbezaan hukum sebatan syariah vs sivil - Sumber: @bernamadotcom
Baru-baru ini, dua wanita masing-masing berusia berumur 32 dan 22 tahun menjalani hukuman enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta pada April lalu. Mereka dihukum mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (perhubungan seks sesama perempuan).

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya. Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Nota: Sebatan ini tidaklah seperti digembar-gemburkan. Dibuat pun di hadapan khalayak yang dikenali dan terdekat sahaja dengan tertuduh (bukanlah untuk tontonan semua kita) serta sebatan syariah lebih perlahan (serta rendah ayunan tangan) berbanding sebatan sivil. Malahan sebatan ini lebih ke arah memberi kesedaran, keinsafan serta berunsurkan kasih sayang dan bukan tujuan mengaibkan apatah lagi menyakitkan. Moga kita semua diberi hidayah dan kefahaman. Insya-Allah.

Zakat ar-Riqab


Baru-baru ini ramai mempertikaikan bahagian zakat ar-Riqab untuk golongan LGBT ini.

Nota: TIDAK! Zakat ini bukanlah untuk mereka yang 'masih mengamalkan' namun buat mereka yang dalam proses berhijrah attau 'pemulihan'. Untuk yang ingin kembali ke pangkal jalan. Bukan LGBT sahaja, malah ramai yang benar bersungguh ingin berhijrah dan berubah layak mendapat zakat ini. Maksudnya zakat ini lebih kepada menunjukkan betapa Islam adalah agama rahmat, bertolongan dan berkasih sayang. 

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

Rujukan senarai penerima zakat ar-Riqab: http://www.muftiselangor.gov.my

(1) Masalah sosial:

(a) Terbelenggu dengan dadah:
i. Penagih dadah.
ii. Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah
i. Minum arak.
ii. Zina.
iii. Judi.
iv. Khalwat
v. Buang anak
vi. Mengandung luar nikah.
vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
viii. Sumbang mahram.
ix. Persetubuhan haram.
x. Muncikari (ibu ayam).
xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:
i. Tidak solat.
ii. Tidak puasa.
iii. Buang anak.
iv. Usaha ingin bunuh diri.
v. Hidup bersama pelacur.

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
i. Pelacur.
ii. Lesbian.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gigolo.
vii. Biseksual.
viii. Pengkid.
ix. Tomboy.
x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:
i. Gangster.
ii. Jenayah melibatkan harta benda.
iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.
iv. Kes rompak.
v. Pecah rumah.
vi. Kes rogol.
vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.
viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :
i. Penyakit HIV/AIDS.
ii. Kanser/barah.
iii. Tibi.
iv. Hepatitis.
v. Dan lan-lain.

(2) Masalah Akidah:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:
i. Doktrin palsu.
ii. Mengaku menjadi nabi.
iii. Menghina Islam.
iv. Pemujaan salah.
v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong
i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.
ii. Orang yang dalam proses Istitabah.
Cara mohon bantuan zakat (sama ada kategori ini atau pun banyak kategori lain yang layak), adalah dengan pergi ke kaunter zakat berhampiran atau boleh memuat naik borang atas talian / online, di laman web ini: http://www.zakatselangor.com.my/agihan/
Kesedaran autisme

Semua perkara ada hikmahnya. Sesuatu itu berlaku mungkin untuk memberi penambaikan. Begitu juga kejadian pemuda autisme ditangkap serta digari mengikut prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini dipertikai ramai kerana dia adalah OKU (mereka yang autisme ini jenis yang tidak tahu maksud akibat dan kesan tindakan mereka, apatah lagi untuk membuat pertimbangan), kini telah mendapat perhatian PDRM untuk dilihat semula SOP penangkapannya jika mereka yang istimewa ini terlibat lagi hal sebegini kelak.

*Baru-baru ini sidang media PDRM, Yayasan Pengaman dan Permata Kurnia (PK) telah diadakan. Antara yang dibincangkan dengan PDRM adalah Autism Awareness Training dalam kalangan warga PDRM dan SOP menangani kes melibatkan individu autisme.

PK berkongsi pengalaman membangunkan kursus atas talian iKurnia dan mencadangkan agar Autism Awareness Training yang bakal dibangunkan juga dibuat secara atas talian di samping latihan face-to-face.

*Sumber: FB Hasnah Toran

Berita asal:
Pada 11 September lalu, Ahmad Ziqri ditahan polis selepas laporan polis dibuat mangsa berusia 24 tahun, mendakwa pemuda autisme itu menyentuh dadanya. Insiden itu berlaku ketika Ahmad Ziqri bersama keluarganya keluar makan malam di Subang Jaya, sempena ulang tahun kelahiran pemuda berkenaan. Sebelum kejadian, Ahmad Ziqri berlari keluar dari restoran dan masuk ke beberapa kedai berhampiran, sebelum bertindak menyentuh dada seorang gadis tanpa disedari ibunya. Kejadian itu tular di media sosial, termasuklah satu video memaparkan Ahmad Ziqri yang berpakaian lokap digari ketika Hasnah dilihat cuba menenangkan anaknya. Pemuda itu telah ditahan untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Tindakan polis dibuat di atas laporan mengikut SOP.

Bagaimanapun, difahamkan permohonan reman ke atas pemuda itu ditolak mahkamah atas sebab keadaannya yang mengidap autisme. Ibu Ziqri (Hasnah) berharap kejadian itu bakal membuka mata pihak berkuasa untuk memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) ketika berdepan dengan individu seperti Ahmad Ziqri. Insya-Allah.

Lain-lain berita
Gambar: @NST_Online
Semoga tabah

Buat mangsa ribut di Perlis baru-baru ini semoga diberi kekuatan dan buat lagenda kesayangan kita, Datuk Lee Chong Wei moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan dalam melalui rawatan untuk penyakit kanser hidungnya. Untuk anda semua yang diuji dengan kesakitan diri mahupun ahli keluarga, moga diberi ketabahan dan akan baik-baik saja nanti, insya-Allah.

Tahniah

Tahniah buat negeri Terengganu, yang menjadi juara keseluruhan Sukma di Perak baru-baru ini. Tidak lupa juga buat atlet-atlet yang memenangi pingat di Sukan Asia yang lalu di Indonesia. Serta untuk industri perfileman Malaysia, yang mempunyai filem yang semakin bermutu dan mendapat sambutan yang baik serta luar biasa (seperti Hantu Kak Limah 2018, Dukun, Munafik 2, One Two Jaga dan Paskal).

Menyedihkan

Moga ada perubahan dan penambahbaikan untuk masalah yang melanda sebuah pusat tahfiz baru-baru ini. Biarlah yang mengajar betul-betul mahu menjaga dan mendidik, bukan yang sebaliknya. Wallahua'lam.

Takziah

Gambar: @bernamadotcom
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham pencipta, penulis lagu, penerbit album dan pejuang Irama Malaysia, Pak Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 25 September lalu. Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Moga beliau di tempat di kalangan mereka yang beriman.

Hati-hati

Moga kita lebih berhati-hati dalam apa sahaja produk yang kita pakai di wajah atau di mana sahaja, yang kita makan serta minum. Lihat dulu asal bahan dan kesesuaiannya dengan kita (bukan ikut-ikutan). Mana kita boleh jaga, kita jaga baik-baik. 

Moga-moga

Moga Malaysia terus maju jaya sama ada dari segi kewangan, politik, perpaduan mahupun keseluruhannya. Bersyukur dan hargailah untuk rezeki dan nikmat yang ada, untuk yang belum; kita terus usahakan dan perbaiki lagi menuju yang terbaik. Malaysia boleh! Insya-Allah.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top