✨Finalis Anugerah FELIX - Si Bulus Paling Memikat✨
Tahniah, inilah 6 Super Meowdel Purina Felix Cat Fashion Week! Kenali barisan finalis yang akan catwalk di pentas akhir nanti.
1. Sashimi & Luq
Baka Kucing: Maine Coon
2. Lolalisa & Azi
Baka Kucing: Domestic Long Hair
3. Seri Embun & Aeman Zani
Baka Kucing: Silver Point British Short Hair
4. Atithy & Fazwan
Baka Kucing: Mixed Breed
5. Micco & Mia Nizam
Baka Kucing: Persian �
6. Mochi & Juliana
Baka Kucing: Domestic Long Hair
Jom undi Si Bulus pilihan anda sekarang!
Imbas kod QR dan berikan sokongan untuk finalis pilihan anda yang layak merebut Anugerah Istimewa FELIX – Kucing Pintar Dapat Felix di Purina Felix Cat Fashion Week!
Pencinta kucing, ini memang wajib untuk korang! ๐พ
Bawa geng, bawa family, bawa si bulus dan bersedia untuk satu hujung minggu yang penuh dengan kucing comel, produk menarik, aktiviti best dan macam-macam kejutan! ๐ป
๐️ 500+ produk untuk diterokai
๐ FIFe International Cat Competition
๐ Promosi & hadiah menarik
๐ Shopping untuk si bulus sampai puas hati!
❤️ Adoption Drive untuk si bulus yang mencari keluarga
๐ธ Penampilan KOL
๐ฆ Exotic Pet & Reptiles Village
๐ฐ Rabbit & Small Animals
๐ฑ Cat Clubs & Community
๐ฆ Petting Zoo
๐ Spend & Win & pelbagai giveaway menarik
๐ณ Shop More. Enjoy More. Dengan Shopee SPayLater
๐พ Meow alert! Ada yg rindu nak cuci mata tengok kucing comel, shopping barang bulus, dan layan vibes dunia si comel? ๐ป ๐๐ธ๐๐ฝ๐ผ ๐๐๐ฐ๐ถ๐ป๐ด edisi ke-8 bakal kembali dan kali ni berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur – lokasi gah, acara pun mesti lagi meow! ๐ป
Tapi… itu baru sikit. Banyak lagi yang kami belum reveal.
๐ Stay tuned.
๐ Jangan scroll laju sangat.
๐ Sesuatu yang gebu akan meow dalam hidup anda tak lama lagi.
“Setiap nyawa itu bernilai dan kebajikan haiwan mencerminkan kematangan serta keprihatinan sesebuah masyarakat,” - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
KEUTAMAAN BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.
7 TIPS BOLEH DIGUNAKAN JIKA KUCING ANDA HILANG, yang dikongsikan Cik Sharah di X (twitter) baru-baru ini.
(Diambil terus ikut penulisan asal)
1. Join group Facebook kucing & haiwan hilang sebab komuniti dekat sana sangat membantu bagi banyak tips tips lain jugak and the facts tips nombor 7 itu saya dapat dari sana.
Cara elak kucing hilang 1: pakaikan rantai
2. Dalam masa 3 hari, cari dekat radius berhampiran, kucing tak lari jauh lagi.
(i) Bawa kibbles & wetfood kegemaran kucing, goncang-goncang sambil cari. Kalau strays (kucing jiran atau terbiar lain datang), bagi pada mereka upah untuk minta tolong carikan.
—————
Elak kucing hilang 2: custom cat pendant (bau kucing).
3. Bagi kucing-kucing lain kalian jumpa itu makan and minta dorang doakan — such a one step closer nak jumpa kucing anda. haritu i dekat shah alam, while oyen hilang dkt kelantan.. 1-2 hari sblm i balik i mcm nak redha sebab dkt rumah dah tak macam dulu (oyen takda dah).. so i cuba berbaik dgn strays.. and i balik tu, keesokan tu jugak oyen jumpa :((((
4. Letak litter box / trays dkt luar rumah utk bagi dia bau.. lagi bagus tray yg ada poop dia sendiriii
4.1 Cari waktu malam around 1-4 pagi sbb ni waktu kucing aktiffff
—————
Avoid kucing hilang 3: pakaikan harness bila keluar
5. Playyy sound kucing bergaduh. YEE AKAN ADA KUCING BUSY BODY DATANG NANTI sbb nature kucing ni dia curiousssss tinggi so dia akan datang menyaksikan pergaduhan tu ๐ญ๐ญ
6. Doa is the first thing to do ofc
I amalkan baca “ya Allahu ya syahid” beratus kali pastu baca doa kucing hilang
7. LAST USAHA I TERFIKIR NAK BUAT IS — POSTER
Ya allahu ya rabbi benda ini sangat membantu terutama nak edar dkt makcik pakcik yg takda fonn takda facebookkkk semua tu. Bcs orang yg jaga oyen masa dia hilang haritu ni, PAKCIKKKK. Dia dah jaga 2 weeks (oyen hilang 1 bulan).
Poster ni i edarkan dekat budak2 motor tau, and budak motor tu yg jumpa oyen depan rumah pakcik..
Pakcik tu tak caye ni kucing org sebab dah 2 weeks dia jaga n dah sayang.. then budak motor tu tunjukkkk poster i bagi tu baru pakcik tu caye
Sumber:
Link asal dan pengalaman dikongsi dengan kebenaran Cik Sharah (Srikandi Emas VIP Siti Khadijah). Terima kasih.
The wait is over! Save the date for the most anticipated pet event of the year! with over ๐ฎ๐ด๐ฌ ๐ฏ๐ผ๐ผ๐๐ต๐ showcasing more than ๐ฑ๐ฌ๐ฌ+ latest pet products, treats, toys, and stylish accessories and services. Enjoy discounts of up to 80%, giveaways, and exciting activities awaiting you!
Come celebrate the love of pets with us at Pet Expo Malaysia 2024 by bringing your furkids, family and friends. and seize the opportunity to meet Garfield.
๐ : 24-26 May 2024
⏰ : 10am - 9pm
๐ : Level 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur.
๐ซ : Entrance Fee: RM5 per adult.
(FREE for children below 12 and senior citizens aged 60 and above) (Tickets may only be purchased at the ticketing counter during event day)
Cuti sekolah dan hari raya datang lagi! Maka mulalah kita risau siapa akan jaga kucing kita jika kita tinggalkan atau tak dapat bawa ke kampung atau berjalan-jalan sekali? Jadi di sini saya kongsikan beberapa iklan menerusi tweet Puan pelisahh berkenaan Petsitter (penjaga haiwan) yang boleh kita hubungi bertanyakan mengenai hal menjaga atau tengok-tengokkan kucing kita nanti. Terim kasih untuk yang berkongsi. Moga dipermudah!
Pahang
Johor Bahru
Ipoh, Perak
Perak
Lembah Klang
Cyber Jaya dan Ipoh
Selangor
Tambahan:
Sesiapa yang nak tinggalkan pets masa raya bolehlah try guna apps petbacker.com. Cuma perlu hati-hati dan teliti.
Mal ncem ini sakit berbulan dah sebab luka-luka. Jenis suka jalan-jalan keluar rumah. Kuat dia berjuang melawan dan bertahan. Bayangkan hingga akhir hayat, masih ada selera makan. Cuba hargai apa kami beri dan usahakan. Masih teringin nak keluar rumah - walaupun keadaan fizikalnya dah tak larat (makin kurus).
Kucing kami yang manja berekor pendek omey ini suka temankan saya tidur, suka suasana sejuk, pernah tidur dengan mak dan adik juga. Betul. Sangat manja! Walaupun nampak garang di kalangan kucing luar tau. Hehe.
Dengar dan faham cakap mak.
Baik dengan abang Afiznya.
Dia anak kepada Mek (ibu kucing yang tiba-tiba menghilang; Mek yang faham cakap mak itu ada dengan kami sejak 10 tahun lepas). Kini anaknya Mal pula pergi - selamanya.
Kegemaran Mal makan ikan mentah dan ayam (mentah dan goreng). Suka juga minum susu dan roti pandan!
Mal akan excited tiap kali saya pegang gunting di singki, atau emak pegang plastik balik dari mana-mana. Sambut, berdiri, tahu ada something untuk dia. Budak bijak!!
Alhamdulillah dia pergi keadaannya bersih seperti selalunya dan tenang.
Mal kucing baik dan taat, kami halalkan semuanya. Moga Tuhan juga ampunkan kami untuk kurang lebih ketika bersama Mal. Sayang Mal sangat. Tak ada dah kucing jantan yang suka merajuk dekat rumah ini. Cute betul. Hehe. Apa pun, Mal dah tak rasa sakit lagi dah. Moga Mal tenang di sisi ilahi.
Jangan lupakan kami ya! Kini hanya ada adik angkat Mal - Noya (Naura di rumah ini). Banyak juga dia ikut perangai Mal - tidur dengan kami, suka main, suka menjenguk tingkap dan makan mentah. Banyak Mal ajar dia yang. Lepas rindu sikit (walaupun makin rindu). [Taip ini dengan rasa sebak dan rindu yang menebal - terimbau semua kenangan indah kami]. Alhamdulillah berpeluang kenal Mal. Terima kasih Tuhan, bagi pinjam Mal.
Yang selalu rindu Mal Mal lini omeyyy anak iaa - Anem ๐๐ฅบ
Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa JIBEK HIKERS CAT sebagai Duta Media Sosial kami untuk Ekspo Oh My Meow di Mid Valley yang akan datang dari 4-6 Ogos 2023!
JOM! Beramai ramai kat Oh My Meow Expo nanti!
【๐ฑOh My Meow! Expo akan dianjur pada ๐ฐ - ๐ฒ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ dengan ๐๐ฟ๐ฒ๐ฒ ๐๐ฑ๐บ๐ถ๐๐๐ถ๐ผ๐ป๐? ๐ฑ๐ฑ๐ฑ】
Betul ke tidak?! Kat mana ni? Ohh, kat Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur๐ฑ๐ฑ๐ฑ
Tentulah semua tak sabar sabar nak pigi Ekspo Meow untuk bargain yang berbaloi๐คช
Nak pigi, tapi entrance fees ni mahal lah๐ญ Eh, jangan risau, tahun ni FREE entry untuk tiga tiga hari ekspo! Berbaloi betul๐คช๐คช๐คช
Ramai di antara kita ada haiwan peliharaan masing-masing. Apa saya mahu kongsikan di sini adalah gambar anak-anak (serta ibu) kucing jiran kesayangan (ada juga saya letakkan di instagram @arnamee). Kebahagian dan kebaikan datang melalui pelbagai cara. Mungkin kerana wujud dan baiknya kita dengan makhluk lain, dihantar kucing comel ini untuk kita bersahabat dan berteman. Maka, hargailah.
Kenalkan, yang oren itu kami panggil oren cantik. Suka lepak belakang rumah. Nampak peramah tapi penakut sebenarnya dengan orang. Sekarang dah semakin berani. Yang kelabu itu pula, kami panggil dia Abu (singkatan nama Abu). Baru melahirkan dua ekor anak berwarna putih (ada seidikit kelabu) (beranak buat kali pertama). Sangat bijak, pembersih dan manja.
Masya-Allah! Comel sungguhkan? Itulah keindahan dan kekuasaan Allah.
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: ุจููู ุง ุฑุฌٌู ูู ุดู ุจุทุฑٍูู ، ุงุดุชุฏَّ ุนููู ุงูุนุทุดُ . ููุฌุฏ ุจุฆุฑًุง ููุฒู ูููุง ูุดุฑุจ. ุซู ุฎุฑุฌ . ูุฅุฐุง ููุจٌ ูููุซُ ูุฃُูู ุงูุซَّุฑู ู ู ุงูุนุทุดِ . ููุงู ุงูุฑุฌُู : ููุฏ ุจูุบ ูุฐุง ุงูููุจُ ู ู ุงูุนุทุดِ ู ุซَู ุงูุฐู ูุงู ุจูุบ ู ูู . ููุฒู ุงูุจุฆุฑَ ูู ูุฃ ุฎَُّูู ู ุงุกً ุซู ุฃู ุณูู ุจููู ุญุชู ุฑَِูู . ูุณูู ุงูููุจَ ูุดูุฑ ุงُููู ูู . ูุบَูุฑ ูู . ูุงููุง ูุง ุฑุณَูู ุงِููู ! ูุฅَّู ููุง ูู ูุฐู ุงูุจูุงุฆู ِ َูุฃุฌุฑًุง ؟ ููุงู : ูู ِّูู ูุจุฏٍ ุฑุทุจุฉٍ ุฃุฌุฑٌ “Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.
Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:
“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa kita perlu jumpa, jika sudahnya kita tahu hala tujunya. Saya tahu jika sesuatu itu kita sudah mulakan, ia boleh jadi kebiasaan. Jika dah biasa ada, bagaimanalah nanti jika benda itu tiba-tiba tak ada.
Tapi saya tak nak fikir jauh. Nanti apa pun tak jalan. Saya yakin, setiap satu itu bersebabkan. Dan kita ditakdirkan saling kenal, untuk saling belajar banyak hal. Jadi adalah lebih baik saya hargai saja apa yang sedang ada di depan mata.
Namun perkara yang saya takuti itu, tetap terjadi. Awak tetap hanya salah satu pinjaman daripada Tuhan. Dan akhirnya, awak terpaksa pergi juga.
Kenangan dengan awak memang saya dan mak tak boleh lupa. Suara awak memanggil yang kadangkala manja, dan kadangkala garang itu terdengar-dengar di telinga saya. Ingatan terhadap awak yang golek-golek, baring dan sangat bijak seakan memahami perkataan kami itu masih mencuit hati.
Awak sakit di hadapan mata kami, seksakan awak nak menelan? Bukan sahaja ubat, makanan kegemaran awak pun awak tak lalu makan. Tidur pun tak lena kami lihat, kasihan awak. Tak apalah awak pergilah. Dah tiba masa awak berehat.
Tiada lagi ikan yang perlu direbus setiap pagi. Saya nak pandang periuk yang selalu diguna tu pun sebak sebenarnya. Tak apalah, awak jumpa Tuhan kitakan? Jadi saya redha.
Hmm. Rindunya nak peluk, cium-cium dan menyakat awak lagi. Dan moga awak damai di sana, meow.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:
“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
(HR Muslim)
Oken dalam kenangan.
April 2013- April 2016. (Mati akibat demam kuning yang teruk.) :(