Showing posts with label adab islam. Show all posts
Showing posts with label adab islam. Show all posts


Empat Cara Mengawal Kemarahan


Jika kita dalam keadaan marah, segeralah berwuduk. Insya Allah kita akan dapat mengawal kemarahan itu.


Sumber:

https://x.com/MyJAKIM/status/1828373480498438475?s=19








 


Seperti setandan pisang, tidak semuanya masak kuning keemasan. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, dan ada yang sedikit tawar – namun, setiap biji itu berharga, melengkapkan tandan yang satu. 

Begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap seorang punya keunikan, punya rezeki tersendiri, dan mereka semua adalah pelengkap kepada keluarga.

Kadang-kala, anak yang tidak cemerlang di sekolah, yang tidak meraih ijazah atau pangkat tinggi, itulah yang memilih untuk tinggal di kampung. Sementara adik-beradiknya mengejar cita-cita dan kehidupan di kota, dialah yang setia di sisi ibu bapa. 

Dialah yang boleh diharapkan untuk memastikan keperluan keluarga terpenuhi, membawa ibu bapa ke hospital, dan menjadi teman buat gaduh  riuh di rumah 

Kepada ibu bapa, percayalah pada rezeki yang dititipkan kepada setiap anak. Mereka semua berharga, walau dengan cara yang berbeza. 

Berikan kasih sayang yang sama rata, tanpa membezakan kejayaan atau kegagalan mereka. Jangan biarkan mereka merasa terpinggir hanya kerana mempunyai kekurangan.


Sumber: PHM

 



Tidur sejenak pada waktu tengahari bukan sahaja memberi rehat kepada badan, tetapi juga mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan. 

Tidur tengahari selama 10 hingga 30 minit boleh membantu meningkatkan fokus dan produktiviti sepanjang hari. Ia seperti ‘reset button’ untuk minda yang membantu mengurangkan tekanan dan keletihan mental.

Selain itu, tidur tengahari juga mampu memperbaiki mood seseorang. Bila kita rasa segar selepas tidur sekejap, kita lebih cenderung untuk berasa tenang, kurang marah, dan lebih bertenaga. 

Namun, pastikan tidur seketika sahaja. Tidur lebih dari 30 minit mungkin membuatkan kita rasa lebih penat dan tidak bertenaga selepas bangun.


***'**

Qailulah merupakan perkata bahasa arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu manzur qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).

Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2998-al-kafi-1032-qailulah-dan-waktunya-2








Keghairahan berkongsi dan menyelongkar keaiban orang lain serta disebarkan, termasuk dalam perbuatan tajassus yang diharamkan.

Kata guru kami, almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili: Tajassus dari sudut istilah bermaksud: “Mencari-cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia.” (Lihat Tafsir al-Munir, 26/247)

Hukum asal bagi perbuatan ini diharamkan berdasarkan firman Allah yang bermaksud:-

Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain. (Surah Al-Hujurat : 12)


Sumber:

https://twitter.com/drzul_albakri/








Ini adalah koleksi kata-kata ustaz, ustazah atau penceramah (nota) daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Mac 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.



• Orang yang merajuk dengan Tuhan dia susah nak dengar perkataan sabar. Dia susah nak redha dan tidak mampu nak sesuaikan diri dengan dugaan atau keadaan tu. Dia akan selalu salahkan orang. Hmm. Inilah yang syaitan nak. Sifat tak redha yang muncul dalam diri tu.
• Cuba lihat orang berjaya punya rekod, betapa banyak kali dah dia pernah tersungkur.
• Sakit hati apabila kita tidak merawat. Muhasabah adalah kunci. Ilmu perlu ada.
• Pulanglah pada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dengan takdirNya dan Dia redha padamu.
• Dr. Muhaya kata; kalau dalam hidup asyik dapat tak best, cuba lihat kita ni dah buat dan beri baik-baik dak pada sekeliling?
• Orang kutuk atau keji kita sebab Tuhan nak didik kita sifat ikhlas dan sabar.
• Kalau kita ikhlas, orang puji atau kutuk, tak rasa apa. Sama. Sebab memang kita ikhlas nak buat.

***

• Kita sangka baik dengan sesuatu bukan sebab kita baik. Tapi kita tak nak simpan benda tak best dalam hati. Buat serabut ja.
• Kita perlu sangka baik dengan takdir Allah sebab Allah memang maha baik.
• Orang keras hati dengan lalai berbeza. Keras hati langsung tak dengar cakap. Lalai ni dia nak tak nak dengar. Atau tak konsisten. Leka. Itu lalai.
• Boleh takhir (lewatkan) isyak ketika di masjid. Jika ada majlis ilmu dalam masjid tu.
• Apa dari hati itu ke hati. Maksudnya kita dapat rasa kalau orang tipu. Atau kalau orang nasihat susah nak terima (mungkin) orang yang beri tu sendiri tak buat.

Al-Kuliyyah 4/3:

• Kahwin: mudahkan jangan susahkan.
• Kita nak buat benda baik, jangan selitkan dengan benda lagho, serta pembaziran. Jika buat dekat masjid, jaga aurat dan ikhtilat.
• Buat sederhana, ikut sunnah. Jangan melampau. Ikut kemampuan.

***

• Jangan terlalu lihat apa orang ada tapi besyukurlah dengan apa kita ada. Sebab apa kita ada belum tentu orang tu ada.
• (Tazkirah annur.) Boleh jamak waktu hujan lebat. Dekat masjid. Maghrib + isyak. Sebab sukar nak datang balik isyak ke masjid. Tapi ini jarang dibuat di sini.

***

Zalim itu:

- Syirik
- Buat maksiat
- Buat ke orang walaupun orang tu bukan islam, zalim namanya. Doanya tetap makbul. Sebab dia teraniaya.




Salam Dai Izhar

Nak tenang:
- Tenangkan orang
- Memaafkan orang
- Doa orang tenang (Jika doakan orang, untuk malaikat aminkan doa untuk diri kita.)
Jika kecewa dengan sesuatu, caranya dekatkan hati dengan Allah dan kita akan lihat semua dugaan dengan penuh hikmah.
Cara dekatkan?
- Solat on time (serius bercinta dengan Allah.)

Maraaya
• Orang yang tak bayar hutang di dunia. Di akhirat nanti pahala amalan dia dapat ke orang. Atau dosa orang tambah ke dia. Tu elok bayar hutang.

Tanyalah ustaz 9 Mac

• Kenal Allah.
• Maafkan orang supaya tak bertangguh urusan kita di akhirat.
• Akan jumpa Allah di syurga.
• Sentiasa selawat.
• Mendahulukan Quran.

Ustaz Pahrol 9 mac
"Ahli sufi berkata masih ramai orang baik di dunia. Jika kamu tidak pernah menemuinya mungkin kamu bukan salah seorang daripadanya."

• What happen in you is more important than what is happen to you.
• Dalam islam tiada sangka buruk. Tapi disuruh hati-hati.
• Sangka baik. Beri apa kita ada.


Klinik Dihijrah 13 Mac

Bersihkan daripada najis.
• Hilangkan dulu najis.
• Berwuduk
• Niat
• Ngadap kiblat
• Mula kanan
• Buang penyakit was was

• Insang ikan kena buang sebab dalam tu darah.

• Ikan bukan najis walaupun bangkai. Najis dia baru najis.

• Hati jauhi daripada sifat mazmumah dan syirik

• Sunat letak haruman pada badan masa bersuci. Selagi tak mudarat. Bahan kimia lihat ada ke tak dengan kita.

• Allah suka orang bertaubat. Dia dapat bersihkan najis daripada segi akidah. Dia suka kita bersihkan diri.


Tanyalah Ustaz 13 /3

• Jin dia ada keperluan macam kita. Dia maju macam kita.

• Amalkan ayat kursi, syifa dan 3 kul.

• Jin kena ayat Al-Quran nanti jin sakit.

• Hukum azimat haram. Syirik menduakan Tuhan.

• Jangan terus hukum orang. Mungkin dia tak tahu.

• Mesej berantai boleh jatuh hukum syirik.

• Binatang mencuri takdak taklif hukum. Kita ada.

• Benda tu takdir Allah. Jangan percaya mimpi gini jadi gini. Jatuh syirik.

• Baca kursi ke dinding, kanan, kiri ke belakang atas. Bawah. Dalam hati. Selepas maghrib. Solat hajat 2 rakaat. Tiup di tangan sapu semua. Pinggang sapu semua sampai ke kepala.

NLKO Ustaz Rahimi

• Munafik; luaran tak sama dengan dalam.

• Orang nak berubah jadi baik ni keinginan ada dari dalam. Itu bukan munafik. Munafik ni pura-pura baik.

Ciri-ciri munafik:
• Bercakap menipu
• Janji mungkir janji
• Diberi amanah khianat
• Bertengkar lebih-lebih

• Ada beza antara orang tunjuk baik dan orang yang berusaha jadi baik.

• Kita risau orang tak pandang munafik ni.

• Tipu sunat takdak. Tipu harus ada. Elak gaduh. Elak terbunuh.

• Jenayah terhadap insya-Allah. Jangan guna perkataan tu escapisme. Cakap ja saya akan cuba. Jika tiada aral.

Magnet 1303

• Beri rasa;
• Maafkan semua orang
• Bersangka baik
• Tolong orang untuk orang berjaya

• Berikan masa rasa dan jasa. InsyaAllah kita dapat kasih sayang dan kebahagiaan.

***

• Sunat niat kerana Allah. Dah berburu bukan saja. Berburu dalam hutan senjata tajam. Tajam untuk bunuh terus. Bukan menyiksa sebab kekerasan.

• Anjing tolong buru makan, jika dia dah makan makanan tu, jadi haram kita makan. Pastikan kerana Allah. Dan anjing tu terlatih.

Tanyalah Ustaz 15/3

• Jika nak berubah jangan fikir sangat apa orang kata, fikir apa Allah kata.

Walk the talk.

Salam Dai.

• Bayar hutang

• Moga kita kuat walau fitnah melimpah


23/3 - Ustaz Elyas


• Hubungkan siraturrahim luas rezeki.

• Putuskan siraturrahim, putus rahmat. Sebab berkasih sayang diberi rahmat.

• Allah sayang orang yang maafkan orang. Maafkan.
• Lupakan. Sunnah maafkan orang. Syurga. Keampunan.

• Kefahaman anugerah.

• Mendengar menegur.
• Mendengar berhibur. Merapatkan hubungan.

Kesalahan mendengar:
- Sangka negatif.
- Gopoh tak sampai habis
- Dengar tak beri maklum balas
- Dia nak dengar apa dia nak dengar (setiap manusia lain-lain)
- Dengar tak buat kerja lain. Dengar yang baik.

Sunnah Nabi mendengar:
- Hadapkan badan
- Tak potong cakap orang hingga selesai (Nak cepat beritahu adab)
- Cuba faham orang yang bercakap

• Aku mendengar. Kata Nabi. Dia tak tolak kalau orang nak cerita.

• Berpesan pada kebenaran. Bersabar.

• Sabar pada hentakan pertama.

• Cermat gunakam bahasa.

• Dengan orang lain cakap bahasa tepat dan lembut. Dengan mak ayah cakap dengan bahasa yang memuliakan.

Sunnah bila bercakap:
- Senyum
- Ulang percakapan tiga kali jika penting
- Gunakan perumpamaan atau contoh jika nak fahamkan orang
- Bila bercakap dengan bahasa sopan dan baik-baik

• Siapa kita. Nabi pun tak hina musuh.

3 mim Nabi jaga:
- Salam
- Toam (Jamu orang makan.)
- Kalam (Nasihat)

24/3 (Ziarah Orang Sakit)

• Sakit-sabar- redha (tidak merungut), gugur dosa.

• Contohi Ubai bin Kaab.

• Sunnah sakit baca Al-Quran.

• Ikhtiar jika sakit. Ada pahalanya.

• Sabar, kamu masuk syurga.

• Siapa yang ziarah orang sakit, dia akan memungut kebaikan di syurga.

• 70 ribu Malaikat doa orang yang ziarah orang sakit. Booking tempat di syurga.

• Doakan sahabat-sahabat kita.

• Mungkin kita sihat ni sebab orang doakan kita.

• Mudahan Tuhan beri kebaikan.

• Ada pahala untuk orang tak mampu. Sebab dulu kita konsisten buat.

• 7 kali baca. Astaghfirullahal a’zim.

• Sakit tetap kena solat.

• Moga Allah sembuhkan kamu.

• Sakit ini sebahagian proses pergantungan kepada Tuhan.

Adab ziarah:
Waktu sesuai

• Redha sebab kita menuju ke tempat yang sama.

• Sihat dan masa lapang nikmat.

Klinik dhijrah

• Buat baik jadi pencen kuburan

Dai.

• Tiup air sebelum minum tak boleh sebab asid tu akan kena bahagian jantung.

• Minum teguk by teguk, mudahkan pencernaan.

Tanyalah Ustaz 26/3

• Orang beribadah pun kena bertaubat. Sebab semua kita lalai.

• Istighfar sebahagian daripada taubat. Rasa malas beribadah, kena banyakkan istighfar.

• Jadilah ahli zikir.

• Iman itu beriman dengan Allah. Malaikat. Kitab. Takdir. (Rukun iman)



Islam encourage giving.

“Is not about wrong or right. It is about be a good person.”



Kita semua mahukan perjalanan yang selamat dan alangkah indah diberkati, insyaAllah. Selain doa orang teraniaya dan berpuasa makbul, doa orang yang dalam perjalanan juga makbul. Mohonlah doa baik-baik untuk semua.
Artikel berkaitan: Adab sebelum & semasa musafir (kembara) dalam islam
Jom mulakan perjalanan dengan doa-doa, moga diberkati-Nya.

- Semasa hendak menaiki kenderaan
Mulakan langkah atau buka kunci atau pergerakan dengan bismillah.

- Apabila sudah berada dalam kenderaan
• Takbir ( Allahuakbar 3x)
• Berdoa Kesyukuran ( Al-Zukhruf 43 : 13-14 )

لِتَسۡتَوٗا عَلٰى ظُهُوۡرِهٖ ثُمَّ تَذۡكُرُوۡا نِعۡمَةَ رَبِّكُمۡ اِذَا اسۡتَوَيۡتُمۡ عَلَيۡهِ وَتَقُوۡلُوۡا سُبۡحٰنَ الَّذِىۡ سَخَّرَ لَنَا هٰذَا وَمَا كُنَّا لَهٗ مُقۡرِنِيۡنَۙ‏
AZ ZUKHRUF:13

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.

In order that you may mount on their backs, and then may remember the Favour of your Lord when you mount thereon, and say: “Glory to Him who has subjected this to us, and we could never have it (by our efforts).”

وَاِنَّاۤ اِلٰى رَبِّنَا
لَمُنۡقَلِبُوۡنَ‏
AZ ZUKHRUF:14
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
And verily, to Our Lord we indeed are to return!

Berdoa untuk diri dan keluarga yang ditinggalkan

- Semasa memulakan perjalanan dari rumah

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ اْلعَمَـلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، الَّلهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيْفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُـوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
“ Allah Maha Besar 3x, Maha suci Tuhan Yang mengusahakan kami untuk mengendarai ini. Sedang sebelumnya kami tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan (dihari kiamat). YaAllah, sesungguhnya kami mohon kebaikan dan ketakwaan dalam berpergian ini, kami mohon perbuatan yang meridhakanMu. Ya Allah, permudahlah perjalanan kami ini, dan jadikanlah perjalanan yang jauh seolah-olah dekat. Ya Allah, Engkaulah teman dalam berpergian dan yang mengurusi keluarga(ku). “.

Semasa bertolak dari rumah tambah di akhir doa di atas dengan
آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ ‏
Ayibun ta-ibun a'bidun, lirabbina hamidun."
(Kami kembali pulang, berbakti dan bersyukur kepada tuhan kami)
Ibn Umar menceritakan bahawa apabila Rasullullah sudah duduk tetap di atas tunggangan untuk keluar bermusafir, Baginda pun melakukan amalan tersebut. – Riwayat Muslim.

- Berdoa keselamatan diri sepanjang perjalanan
Ummu Salamah berkata; “ Tidak pernah sekalipun Rasulullah keluar dari rumahku melainkan Baginda akan memandang ke langit lalu berdoa:

“ Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada tersesat atau disesatkan orang, terpesong atau dipesongkan zalim atau dizalimi, bertindak bodoh atau diperbodohkan.” (Riawayat Abu Dawud)

- Apabila bimbang diabaikan sesuatu pihak
Abu Musa al-Asy’ari berkata apabila Rasullullah bimbang akan sesuatu pihak, Baginda akan berdoa ; “ Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-mu atas tengkuk-tengkuk mereka, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.” (Riwayat Abu Dawud)

- Apabila hendak berhenti di suatu tempat
Rasulullah berpesan; “Sesiapa yang berhenti pada suatu tempat lalu dia berdoa ‘aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan sebarang makhluk ciptaan-Nya’, nescaya tiada apa yang akan membahayakan sehingga dia bergerak meninggalkan tempat tersebut.”
( Riwayat Muslim)

- Apabila perjalanan mendaki dan menurun
Jabir berkata apabila mendaki kami bertakbir. Apabila menurun, kami bertasbih.
(Riwayat al-Bukhari)

Paling penting jangan putus hubungan dengan Allah. Berdoalah dalam bahasa ibunda sekalipun, dengan mengambil maksud doa yang diajarkan Nabi, Allah Maha Memahami.

Dan untuk semuanya, hati-hati dan tenang-tenang saja. 
Moga selamat pergi dan selamat pulang!



Antara rujukan:
- Majalah Solusi




Musafir, mengembara, berjalan, travel atau apa saja nama, ia tetap memerlukan adab atau cara dan niat yang baik. Jadi, di sini saya kongsikan adab musafir atau kembara menurut islam.

ADAB SEBELUM MUSAFIR
- Niat yang baik . Bukan niat maksiat
- Lakukan istikharah .Minta petunjuk.
- Musyawarah . Minta nasihat
- Melunaskan semua hak-hak manusia yang belum selesai. Hutang atau amanah.
-Meminta izin
- Berwasiat, pesan-pesan
- Melantik orang yang boleh jaga keluarga
- Mempersiapkan diri - bekalan .
- Mendoakan

ADAB SEMASA MUSAFIR
- Wanita tidak bermusafir kecuali ditemani mahramnya .hadis dari riwayat Abu Hurairah menyatakan tak halal. [ demi keselamatan dan jauh daripada fitnah ]
- Bermusafir dengan teman yang soleh .
- Hendaklah berteman .
- Melantik seorang ketua .
- Hormati pemimpin. Pemimpin kena berbincang jika mahu buat keputusan , dan lemah lembut .
- Sunat musafir hari khamis . Berdoa ketika kelura rumah, naiki kenderaan dan bermusafir.
- Perlu berehat , selalu berzikir, jauhi maksiat dan digalakkan musafir dan perlu saling bekerjasama

15 CARA KEMBARA PENUH KEBERKATAN
- Niat kena baik dengan tujuan yang baik
- Solat sunat rakaat sebelum gerak
- Berdoa sewaktu tinggalkan rumah
- Mulakan perjalanan pada waktu malam. Cuma pastikan dah dapat rehat
- Mulakan hari khamis ( Rasul suka gerak hari khamis)
- Minta izin keluarga, ucap selamat tinggal
- Elok lakukan berkumpulan
- Jaga makan dalam perjalanan
- Bertakbir ketika ke tempat tinggi. Dan bertasbih ketika turun.
- Lakukan sesuatu yang menghiburkan.
- Sujud syukur
- Meminta orang musafir doakan kita
- Solat asar dan jamak
- Beli buah tangan
- Berdoa ketika masuk tempat baru

Apa pun, semoga berhati-hati, dan jaga diri walau ke mana pun perjalanan. Moga diberkati, semuanya, insyaAllah.



gambar dari brotherhoodsart

Perbezaan adalah untuk dirai. Saling hormat dan menerima lain tanpa paksaan. Islam adalah agama majoriti rakyat di Malaysia. Islam adalah agama Allah dan Rasulnya ialah Nabi Muhammad S.A.W.  Agama yang sangat mengutamakan keharmonian dan menghormati sesama masyarakat. Al-Quran adalah kitab rasmi yang membawa ajarannya.

Ini adalah jawapan akhir dan paling muktamad jika dipersoal dan diminta setuju cara dengan agama lain yang jelas berbeza daripada kita : 

"Bagi kamu pegangan dan cara hidup kamu , bagiku sebagai muslim ada pegangan dan cara hidupku "
Antara adab yang wajib pelihara dengan bukan muslim :
  • Tidak mengiktiraf kekufuran dan kesyirikan mereka.
Kita tahu dia belum islam dan tidak tahu tentang islam. Terangkan tentang islam secara berhikmah. Jika dia tanya , jawab dengan lembut sebolehnya. Jangan terlalu bertegas dan tunjukkan sikap yang baik sebagai tauladan atau contoh.
  • Membela dan mempertahankan hak serta berlaku adik terhadap mereka
Kita tidak boleh menzalimi atau melucutkan hak mereka. Kita perlu menghormati dan berbaik dengan mereka seperti kita mahu dihormati.
  • Kasihani mereka
Hulurkan bantuan dan pertolongan jika mereka memerlukan. Ikhlaskan hati . InsyaAllah masing-masing akan hidup harmoni.
  • Tidak menyakiti atau mencerobohi harta, nyawa dan maruah mereka
  • Harus memberi dan menerima hadiah daripada mereka
Syaratnya hadiah itu bukan sesuatu yang diharamkan. Buat dia selesa dan gembira dengan kita.
  • Tidak memulakan salam
Namun jika mereka memberi salam, jawablah “Wa’alaikum” (HR Muslim )
  • Doakan mereka di kala bersin
Jika mereka bersin , dan mereka berkata Alhamdulillah. Kita boleh jawab dengan berdoa “Yarhamukallah” - semoga Allah mengasihimu. Atau “Yahdikallah wa yushlihu balaka (semoga Allah memberi hidayah kepaamu dan memperbaiki urusanmu”

Daripada Abu Musa radhiallahu `anhu, ia berkata:
“Orang-orang Yahudi saling bersin di samping Rasulullah ﷺ , mereka berharap semoga Rasulullah menjawab: “Yarhamukallaah” (Semoga Allah melimpahkan belas kasih padamu). Tetapi Rasulullah menjawab: “Yahdiikumullahu wa yushlihu baalakum” (Semoga Allah memberi petunjuk dan membuat baik hatimu).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi r.a.)
 -----------------

gambar dari brotherhoodsart

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - [al-Mumtahanah 60:8-9]



Berbahagialah orang yang berada di majlis ilmu , kerana mereka berada di taman-taman syurga. Belajarlah sungguh-sungguh pabila diberi izin dan ruang oleh Tuhan. Alhamdulillah. Bukan sahaja didoakan semesta bagi yang belajar malah yang mengajar juga.

Nah, tips pelajar cemerlang

* Perkara paling asas , niat yang ikhlas . Niat belajar kerana ALLAH, mahu keluar dari kelompok jahil , dan mahu memanfaat dan menyebar demi masyarakat .
* Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
* Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.
"Hikmah (ilmu) itu umpama barang mukmin yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, maka ambillah ia " (Riwayat al-Tirmizi )
* Banyak bertanya, berbincang dan berdebat secara aman demi meraih ilmu yang benar
* Kefakiran dan kemiskinan seseorang bukanlah penghalang untuk menjadi orang yang berilmu (alim), tapi yang penting perlu rajin dan istiqamah (berterusan)
* Sentiasa bersyukur bahawa ilmu itu anugerah ALLAH .
* Memohon hidayah ALLAH dengan berdoa supaya terangkan hati untuk memahami dan menerima ilmu lagi
* Memohon supaya dijauhi sifat bakhil . Kerana ilmu yang baik adalah untuk disebarkan.
* Berusaha untuk zuhud dan tidak tamak harta
* Tentukan masa ulangkaji. Belajar biar konsisten walau ambil masa dengan tidak lama.
* Elakkan bosan dalam belajar .


ADAB MENUNTUT ILMU
  • Ikhlas belajar
  • Belajar tekun dan bersungguh
  • Menjauhi maksiat
  • Memilih teman yang soleh
  • Banyakkan mengingati ALLAH
  • Menjaga kehormatan diri dan orang lain
  •  Doa dan dapatkan keredaan ibubapa
  • Menghormati guru
  • Dan beramallah dengan ilmu tersebut .


طلب العلم فريضة على كل مسلم، وإن طالب العلم يستغفر له كل شيء حتى الحيتان في البحر

Ertinya: “Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim. Sesungguhnya segala sesuatu memohonkan ampun kepada Allah bagi seorang penuntut ilmu, termasuk ikan-ikan di lautan.” (HR. Ibn ‘Abdil Barr dari Anas radhiyallahu ‘anhu. Ibn Hajar mendha’ifkan salah satu rawinya, yaitu حسان بن سياه, sebagaimana yang tercantum dalam Lisan al-Mizan)

Berkongsi ilmu itu dikira jariah , maka berbagilah :)



Tak semua orang suka apa yang kita suka. Itu fitrah manusia. Tapi kita kadang-kadang over dan memaksa untuk orang layan apa yang kita gemarkan. Itu silap. Kita kena sedar, hakikat yang rasa manusia itu berbeza.

[ Baca sampai habis pro-kontranya ]

"Buang duit, buang masa jelah kau ni "
"Kau kenal dia, tapi dia kenal kau ke ?"

Ini bukan soal kita minat orang tu, kita nak balasan. Tidak. Peminat setia adalah mereka yang menyokong tanpa memikir soal duit atau masa apatah lagi nama. Baginya, selagi manusia yang diminatinya itu memberinya rasa bahagia , itu dah cukup, terasa selebriti itu menemani dalam hati sentiasa.

Malahan kalau selebriti / artis yang kita suka cakap , 'Awesome, thanks you! " ,"apa khabar ?" , "hai ", "ok" , atau RT tweet kita pun , kita dah naik syok tak ingat mengalahkan perasaan orang yang dapat score SPM straight . Itu hakikat. Ibarat rasa suka dengan crush kita, orang tu hanya senyum pun , kita dah rasa seperti di syurga. Ya, walaupun kita tak tahu syurga tu bagaimana rupanya yang sebenar.

Bukan tidak boleh minat seseorang. Manusia dicipta fitrahnya untuk suka . Allah izin, jadi memang tak salah. Apa yang penting bersederhana, tidak menyusahkan dan tidak pula disusahkan. Bagi saya, untuk setakat ini, jika ia memberi rasa gembira, rasa itu dilayan saja. Namun untuk berlarutan, hati sudah dewasa. Kita kena sedar yang kita minat tu manusia biasa juga.

Minatlah, tak apa , asalkan dalam batasan -  dalam masa sama turut mendoakan dunia akhirat. Tetaplah ada pada saat jatuhnya dia.

Belajar lah menyayangi- dengan seadanya. Jangan terlalu kagum - kerana kita semua adalah manusia yang ada juga kurang lemahnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah, ayat 190)

___________

Saya menyenangi dan menyayangi artis ini, sejak tahun 1999, masa dia sekolah lagi :
Siti Nordiana Alias. semoga dipermudahkan awak dunia akhirat.




Walaupun twitter telah berjaya mengganggu gugat kedudukan facebook sebagai tempat luah rasa, facebook tetap ada kepentingan dan pengaruhnya pada masyarakat kita. Dan walaupun entri ini mungkin dah lama, namun ia boleh juga diaplikasikan mengikut kesesuaian laman sosial yang kita sedang aktif gunakan sekarang . Harap sudi baca sat naa :-)

* privasykan sebaik mungkin. Ya, kita boleh pilih siapa audience kita. Siapa boleh baca, siapa boleh tengok, jadi pandai pandai control ya.

* Tagging gambar tanpa izin atau gambar silam yang membuka aurat.
Ini perlu dielakkan. Mungkin ada sahabat kita yang telah menutup aurat sekarang, atau mungkin ada gambar koleksi peribadi kita yang dia menutup aurat tidak sempurna kerana merasakan gambar itu hanya untuk simpanan kita, Janganlah upload cerita lama, kerana ia bukan sahaja mengaibkan sahabat kita, namun mungkin boleh memburukkan hubungan keduanya jika ia adalah tanpa kebenaran . Meletak gambar kawan membuka aurat, gambar lama , kawan yang dah menutup aurat sekarang adalah haram dan berdosa.

* Terlebih gambar. Ia bukan sahaja mampu disalah guna orang lain untuk tujuan yang tidak baik, malah akan mewujudkan gurau senda lelaki dan perempuan yang mana boleh dikategori menghampiri zina dan perkara yang keterlaluan. Apatah lagi jika gambar itu mampu meruntuh nafsu atau jika seseorang perempuan sudah berkahwin, jika lelaki tidak mampu menegur isteri yang terlalu bebas atau membuka aurat di facebook, mampu mendatangkan ciri dayus kepada suami terbabit.

* Penyamaran. Terhadkan gambar, kerana tidak semua friend anda di Facebook benar-benar perempuan, atau benar-benar lelaki, mungkin mereka menyamar atau mungkin mereka memang berniat sesuatu kepada kita, itu bahaya dan merisaukan.

*Muat turun untuk simpan dan tatapan. Ini adalah saham dosa jika orang menyimpan gambar kita memang untuk tujuan melempias nafsu atau membuat mereka membayangkan yang tidak-tidak. Yang menatap dapat, yang empunya gambar pun dapat dosanya.
 
*Memanipulasikan penggunaan FB untuk agama lebih dari kepentingan sendiri.

*Tidak memasukkan perincian peribadi

*Jaga aurat dan pendangan mata .

*Elakkan mengumpat.

*Had kan dan kurangkan bincang hal remeh temeh yang membuang masa.

*Tidak terlibat dengan game -game yang bercanggah dengan islam dan tak telribatd engan tilik nasib moden.

* Rumah tangga dan perkahwinan adalah amanah, jika sudah berkahwin, gunakan Facebook dengan amanah. Jika anda ada masalah besar sekalipun, jangan mengaibkan isteri atau suami kerana kebanyakkan yang memberi pendapat bukan hendak membantu malam mampu meruntuhkan. Apa salahnya password dikongsi atau paling tidak aktiviti anda diketahui pasangan
.
*Mengutuk diri sendiri dan kebaikan.
Sesetengah kita pula mungkin ada yang berubah penampilan . Jika dahulu menutup aurat, namun kini mungkin sedikit terbuka, jangan lah menulis di status atau gambar lama , 'zaman suci ', waktu kuno atau sebagainya. Kerana ia bukan sahaja mengaibkan anda, memancing kutukan dan cerita tidak baik , tapi juga menunjukkan bahawa penampilan 'menutup' anda dahulu adalah kuno dan suci. Jadi dahulu itu, menutup aurat 'kuno'? Atau anda mahu maksudkan kini anda tidak 'suci' ? Jadi , elakkan dari berbuat sesuatu yang tidak-tidak.

kesimpulan yang diberi Zaharuddin Abd Rahman kali ini, adalah ukhwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa mengingati ALLAH, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran . Jadi kita elak lah buat benda yang tidak tidak, kuatkan hati , insyaallah niat baik, dibalas baik :)

 .


Membahan. Benda ni popular. Usik usik nakal dari orang keliling . Persoalannya berdosa ke membaham dan dibaham jika sekadar gurauan ? Atau saja mengisi masa lapang ?

BERGURAU DALAM ISLAM , boleh ke ? Hukum bergurau , cara terbaik ?

-------Eh. Bergurau sikit takkan tak boleh ? Hemohemo.-----


ADAB BERGURAU 

*Niat yang benar (untuk hilangkan penat dan gembirakan orang dengan ikhlas)
* Tidak berlebih-lebih ( Jangan jatuhkan aib sendiri atau aib orang lain)
*Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau (kerana mereka akan anggap kita serius)
* Tidak bergurau dalam perkara serius seperti talak,  rujuk, kahwin dan mati .
*Tidak menakut-nakut seorang muslim dalam gurauan tersebut .Dalam islam menakut-nakutkan muslim lain adalah tidak halal. (Alhadis)
* Berkata benar dalam gurauan .
* Jangan memperlekehkan individu samaada terhadap individu atau di kelompok yang ramai .
*Menjauhi bergurau dengan tangan atau kata-kata yang buruk kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan .
* Tidak banyak ketawa untuk mengelakkan hati mati.
* Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak.

---
Bergurau boleh, ketawa boleh , cuma jangan berlebih .

Soalan untuk awak yang suka membahan - awak ok kalau kena bahan hari hari ? Awak ok kalau orang lain membahan ahli keluarga awak, atau orang yang awak sayang ?  awak betul tak kisah kalau ada kat tempat dia yang awak bahan , betul-betul tak kisah ? Kalau dia dah tiada nanti, awak rasa menyesal tak membahan dia ?

Fikirkan . Fikirkan .  *BERGURAU , bukan tak boleh , cuma jangan over*

Lagi sekali - Eh. Bergurau sikit takkan tak boleh ? Hemohemo.

Gambar : webdesignledger









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top