Showing posts with label adab menegur. Show all posts
Showing posts with label adab menegur. Show all posts


Walaupun twitter telah berjaya mengganggu gugat kedudukan facebook sebagai tempat luah rasa, facebook tetap ada kepentingan dan pengaruhnya pada masyarakat kita. Dan walaupun entri ini mungkin dah lama, namun ia boleh juga diaplikasikan mengikut kesesuaian laman sosial yang kita sedang aktif gunakan sekarang . Harap sudi baca sat naa :-)

* privasykan sebaik mungkin. Ya, kita boleh pilih siapa audience kita. Siapa boleh baca, siapa boleh tengok, jadi pandai pandai control ya.

* Tagging gambar tanpa izin atau gambar silam yang membuka aurat.
Ini perlu dielakkan. Mungkin ada sahabat kita yang telah menutup aurat sekarang, atau mungkin ada gambar koleksi peribadi kita yang dia menutup aurat tidak sempurna kerana merasakan gambar itu hanya untuk simpanan kita, Janganlah upload cerita lama, kerana ia bukan sahaja mengaibkan sahabat kita, namun mungkin boleh memburukkan hubungan keduanya jika ia adalah tanpa kebenaran . Meletak gambar kawan membuka aurat, gambar lama , kawan yang dah menutup aurat sekarang adalah haram dan berdosa.

* Terlebih gambar. Ia bukan sahaja mampu disalah guna orang lain untuk tujuan yang tidak baik, malah akan mewujudkan gurau senda lelaki dan perempuan yang mana boleh dikategori menghampiri zina dan perkara yang keterlaluan. Apatah lagi jika gambar itu mampu meruntuh nafsu atau jika seseorang perempuan sudah berkahwin, jika lelaki tidak mampu menegur isteri yang terlalu bebas atau membuka aurat di facebook, mampu mendatangkan ciri dayus kepada suami terbabit.

* Penyamaran. Terhadkan gambar, kerana tidak semua friend anda di Facebook benar-benar perempuan, atau benar-benar lelaki, mungkin mereka menyamar atau mungkin mereka memang berniat sesuatu kepada kita, itu bahaya dan merisaukan.

*Muat turun untuk simpan dan tatapan. Ini adalah saham dosa jika orang menyimpan gambar kita memang untuk tujuan melempias nafsu atau membuat mereka membayangkan yang tidak-tidak. Yang menatap dapat, yang empunya gambar pun dapat dosanya.
 
*Memanipulasikan penggunaan FB untuk agama lebih dari kepentingan sendiri.

*Tidak memasukkan perincian peribadi

*Jaga aurat dan pendangan mata .

*Elakkan mengumpat.

*Had kan dan kurangkan bincang hal remeh temeh yang membuang masa.

*Tidak terlibat dengan game -game yang bercanggah dengan islam dan tak telribatd engan tilik nasib moden.

* Rumah tangga dan perkahwinan adalah amanah, jika sudah berkahwin, gunakan Facebook dengan amanah. Jika anda ada masalah besar sekalipun, jangan mengaibkan isteri atau suami kerana kebanyakkan yang memberi pendapat bukan hendak membantu malam mampu meruntuhkan. Apa salahnya password dikongsi atau paling tidak aktiviti anda diketahui pasangan
.
*Mengutuk diri sendiri dan kebaikan.
Sesetengah kita pula mungkin ada yang berubah penampilan . Jika dahulu menutup aurat, namun kini mungkin sedikit terbuka, jangan lah menulis di status atau gambar lama , 'zaman suci ', waktu kuno atau sebagainya. Kerana ia bukan sahaja mengaibkan anda, memancing kutukan dan cerita tidak baik , tapi juga menunjukkan bahawa penampilan 'menutup' anda dahulu adalah kuno dan suci. Jadi dahulu itu, menutup aurat 'kuno'? Atau anda mahu maksudkan kini anda tidak 'suci' ? Jadi , elakkan dari berbuat sesuatu yang tidak-tidak.

kesimpulan yang diberi Zaharuddin Abd Rahman kali ini, adalah ukhwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa mengingati ALLAH, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran . Jadi kita elak lah buat benda yang tidak tidak, kuatkan hati , insyaallah niat baik, dibalas baik :)

 .


Ya! Anem ingat nama dia, tiba-tiba mengaitkan status Anem di facebook dalam soal agama. Niat dia, insyaallah baik. Yelah, kita manusia biasa, masakan dapat menelah niat orang. Lagipun, Anem tahu, dalam islam yang penting apa yang diperkatakan , bukan siapa yang memperkatakan. Dalam erti kata lain -yang baik, jadikan pegangan, yang buruk, jadikan sempadan. Lagipun dia cakap benda yang betul. Yang nampak Anem ego dan tiba-tiba emo, kenapa dia tegur di status yang dah di 'like' orang,yang dah di komen orang, kenapa perlu di khalayak ramai. Kenapa tak mesej, jika tak, di wall pun, Anem sudi berbincang cara baik. Yelah , benda baik, kan. PERSOALANNYA- Kenapa di situ?.Hurm...

Allah berfirman,yang bermaksud, "Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu." [Surah Ali 'Imran 3:159]

Niat dakwah, itu sangat bagus, cuma dalam menasihati orang pun ada adabnya.Maaflah mungkin cara Anem menerimanya, salah. Anem pun belum cukup matang menilai orang.Masih banyak Anem perlu belajar. Itu yang jadi lain hujung ceritanya. Tapi jika boleh tidak mahu lah bergaduh atau wujud salah faham, mahupun bermasam muka di laman sosial tersebut,kan. Pendek kata, yang memberi kena tahu caranya, yang menerima pula kena tahu tempatnya.

Imam Al-Baihaqi dalam sanadnya hingga kepada tokoh tasawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri ,katanya - "Sesungguhnya ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara . ALLAH menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan , menyimpan keredhaan dalam ketaatan dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia. Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat murka ALLAH. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH. Janganlah engkau menghina hamba ALLAH, walau seorang pun, sebab siapa tahu, entah-entah dia wali ALLAH ."

Maaflah, kadang-kadang orang bagi kita tak hargai,kan? Tapi kalau bagi tu biarlah dengan cara yang betul, insyaallah semuanya akan okkay punya!:-)

p/s:  Terima kasih, tolong, minta maaf - tiga perkara kecil yang ramai orang lupa.

Ini Artikel lama . [ Repost ]

Ini bukan entri bikin panas apatah lagi blog review. Anem terpanggil untuk menulis entri ni sebab ada yang sound Anem 'berdego-dego konon dah berblog hampir 5 tahun, contest pun tak pernah buat, tips dengan tutorial pun kedekut! Balik-balik macamana nak dapat duit dari blog dengan teknik ambil gambar ko!' Tak terasa, tapi memang sangat benar katanya! Hihi.


Baiklah, begini, sayang seribu kali sayang blog yang ramai pengikut, pengomen dan pengunjung - hans punya blog ini,  SEO title dia kurang cun sikit.Anem tak sure ia trademark atau memang hans sengaja nak begitu:

ini hans punya code asal:


adalah lebih cantik sekiranya, ia begini:

contoh:

TAJUK DULU BARU NAMA BLOG.
_______________________

Jadi, untuk dapatkan title SEO-friendly page title yang cun sikit, apa kata kalau Hans buat begini:

Tutorial SEO Title for Blogger Blogspot:

 Go to Design> Edit HTML, check/tick “Expand Template widget”):

Cari this tag (CTRL+F):


Tukar ia jadi begini (padam/cut yang asal ganti/paste DENGAN code bawah ni)


Tujuan SEO: Supaya entri korang mudah dijumpai dan memiliki  ranking tinggi di search site seperti google, yahoo ataupun bing.

P/S:  Blog YiedPozi dengan BEN ASHAARI pun demikian, tapi berbalik pada tujuan SEO ni, hans punya blog dengan mereka berdua ni dah tiap-tiap hari ramai berkunjung, tak buat pun tak apa, ikut depalah kan.


"Pleaselah beb, maafkan pun aku susah, inikan pula nak lupakan semua yang dah berlaku! Sampai mati pun aku tak boleh lupa!" - Dialog sebuah drama.
____

Betul, bukan mudah nak memaafkan orang, jika parutnya masih berbekas, kata-katanya buat hati luka bernanah. Tipulah kalau senang, sebab kita sedar yang diri kita bukan terdiri daripada golongan insan mulia yang tinggi kesabarannya. Bukan yang terlalu kuat iman untuk meredhakan semuanya.

Lupakanlah. Ambil yang jernih - cakap memang mudah. Indahnya. Manis lemak berkrim, nak buat ? Payah. Sangat payah.

Kita tahu, malah kita sedar dan kita faham bila orang cakap, islam tak ajar berdendam, islam suruh kita bermaafan dan berukhwah. Sangat kita jelas maksudnya. Tapi kesabaran kita pun ada hadnya. Tapi tinggi kesabaran kita, tinggi lagi ego kita, bukan? Akhir zaman, lagilah perasaan jahat kuat menyelinap dalam diri. Benda baik pula berebut-rebut nak keluar. Astagfirullahala'zim.

Tahu tak, jika kita memberi kemaafan, kita bukan sahaja beroleh ketenangan, lebih disayang Tuhan, malah dapat kemuliaan tinggi darjat. Tinggi mana? Itulah, cerita dalam hati orang tak nampak, macam itu juga cerita akhirat, kita tak nampak dengan mata kasar, tapi kita boleh rasa.

Punca kita baran, marah atau susah nak maafkan orang ni, kita kena kaji balik. Kalau kita, kita nak tak orang marah kita, dendam dan tak maafkan kita sampai tahap ni?  Haa. Itu kita kena fikirkan baik-baik. Sedang kita mahu Tuhan ampunkan dosa-dosa kita. Sedang Nabi orang buat pelbagai perkara ke dia, dia maafkan. Sollu 'alan nabi.

Nah, Anem kongsi sikit, tips bagaimana hendak menjadi seorang pemaaf:

- Tidak perlu menang setiap masa. Adatlah ada ketikanya kita betul, adanya kita salah dan kalah.
- Memikirkan orang lain juga ada juga masalah mereka, bukan kita saja.
- Allah akan angkat darjat orang yang memaafkan orang lain dan cuba meminta maaf. Ingat tu.
- Berdoa supaya diberi kesabaran
- Bersangka baik-cubalah, insya-Allah banyak manfaatnya
- Memikirkan kebaikan orang yang kita nak marah, nak dendam tu. Mungkin dia pernah tolong kita. 
ALLAH juga berfirman bermaksud, " Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan [ perasaan si Penerima]. ALLAH maha kaya lagi maha penyantun ." - (Surah al-Baqarah 2 : 263)
-- Salam maal hijrah!

**Aku Bukan Rabiatul.




Ada tiga golongan insan sama ada yang berpenyakit, mereka telah berusia mahupun mereka yang sememangnya tergolong dalam insan yang selalu memikirkan tentang masa depan akhiratnya - inilah insan yang selalu menyebut tentang kematian. Sewajarnya perlu, kerana zikr-almaut bukan sahaja membuat kita menjadi insan lebih baik, malah menjaga hubungan kita dengan semua orang dan dengan Allah pastinya.
"Setiap yang berada di atasnya adalah binasa," [Surah Ar-Rahman 55:26]
Tapi tak pula kata jika dah tahu sakit atau rasa tak sedap, dah putus asa. Maksudnya yang sakit perlu berubat, yang gagal, perlu bangkit. Bangkit dalam gagalnya mencari kerja, bangun daripada terus jatuh dihina manusia, bangun daripada terus tersungkur dalam hubungan cinta, kuatkan hati untuk terus mendaki setelah jatuh dan cedera disambar duka. Kenapa perlu kita terlalu lemah, sedangkan ada lagi lemah?

Janganlah sampai terus berhenti, kawan. Dan jangan sesekali terfikir nak bunuh diri. Tolong,jangan. Ramai sayang kamu. Ramai - yang kamu tak pernah lihat depan mata. Sila bangkit sekarang, sebelum terlambat dan ditertawakan.

Baiklah ini dia, Tip-tip panjang umur.


1. Amal jariah.

Rasullullah bersabda bermaksud, "Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang didirikan, air sungai [irigasi] yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak." [Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi].

2.Jihad.

Sesiapa yang mati syahid yakni berjihad di jalan ALLAH, sesungguhnya pelbagai kenikmatan yang telah dijanjikan untuk mereka yang hidup di alam lain itu.

3.Lailatulqadar.

Sesungguhnya indahnya jika dapat memperolehi amalan berganda jika berhasil menemui lailatulqadar yang beribadah pada malam tersebut beerti beribadah seribu tahun.

4. Elak Maksiat dan Perbanyakkan ketaatan.

Jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu. Mengabaikan ALLAH, ALLAH akan mengabaikanmu. Maksudnya, kiranya jika kita ikhlas, dan taat melakukan ibadah kepada ALLAH, Yakni menjaga hak-hak ALLAH, ikut suruhan-suruhannya serta meninggalkan larangan-NyA, PASTINYA Allah akan menjaga hambanya semula, insya-Allah dengan diberi kesihatan yang baik serta menjaga aqidahnya.

5.Siraturrahim.

Orang yang suka menyambung siraturrahim, insya-Allah panjang umurnya.

6.Doa.

Doalah supaya hidup dapat dimanfaatkan dengan kualiti, bukan kuantiti. Ibarat lagu, jika hidup seribu tahun, tidak solat, tiada maknanya.

7.Berbuat Kebaikan.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Tidak ditolak qada' kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan ." (Riwayat al-Tirmizi no.2139)- Menurut al-Tirmizi hadis ini hasan gharib.

p/s: Bila tambahnya umur, kematian pun makin dekat.


p/s:Saya suka baca buku. Ini tips dari majalah solusi. :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top