Showing posts with label applikasi. Show all posts
Showing posts with label applikasi. Show all posts



Al-Inarah™ kini di App Store. 

Lebih 5,000 artikel soal jawab agama, ebook dan pelbagai fungsi menarik yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Aplikasi soal jawab agama pertama seumpamanya di Malaysia oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 


Muat turun Al Inarah™ di App Store

🔗 https://apps.apple.com/my/app/al-inarah/id6472252666


Muat turun Al Inarah™ di Play Store

🔗https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maktabahalbakri.alinarah


Ikuti perkembangan Al Inarah™ di Instagram

🔗https://instagram.com/alinarah.my?igshid=YTQwZjQ0NmI0OA%3D%3D&utm_source=qr


Infaq untuk pembangunan aplikasi Al Inarah™

🔗http://bukudrzulkifli.com/alinarah/




Sumber:

https://twitter.com/drzul_albakri/





Pictures

Tiga tahun lepas kawan saya ada buat beberapa web & aplikasi untuk umum. Tiada iklan & tiada caj bayaran untuk penggunaannya.

Alhamdulillah. Allah bagi jadi.


1. masjid.org.my : Lebih 1,000 masjid/surau menggunakan aplikasi TV waktu solat.

2. bacalah.org : Purata 2,000 orang pelawat setiap bulan untuk baca Al-Quran.

4. waktu-solat.com : Purata 1,500 orang pelawat setiap bulan untuk lihat waktu solat.

5. kitabhadis.com : Purata 600 orang pelawat setiap bulan untuk carian hadis.

6. kitabselawat.com : Purata 600 orang pelawat setiap bulan untuk carian hadis


Tahun ni kawan saya nak update Masjid.org.my untuk beberapa perkara.


1. Tambah layout

2. Boleh ubah suai waktu solat.

3. Ada jadual imam & bilal yang bertugas.

4. Ada jadual kuliah. (Gambar penceramah, kitab & maklumat)

5. Enable & disable khutbah Jumaat/Aidifitri/Aidiladha

6. Submit app ke Google Play


Ada cadangan bagi yang dah menggunakan sila komen di bawah.


kawan saya buka peluang pada sesiapa yang nak buat sumbangan boleh klik pautan di bawah.


toyyibpay.com/infakweb

toyyibpay.com/infakweb


Sila masukkan nama dengan betul. Nanti kawan saya akan senaraikan nama penginfak pada ruangan kredit dalam setiap website di atas.


Update.


waktu-solat.com sudah boleh guna di Google Chrome Extension.


1. Download (share.getcloudapp.com/v1uWXlQQ) & Unzip

2. URL Chrome paste ini 'chrome://extensions/'

3. Belah kanan atas 'Developer Mode toggle On'

4. Keluar menu.

5. Load Unpacked

6. Select folder waktusolat yang telah di-unzip


Perkongsian asal:

https://twitter.com/faizedzahar/



Terima kasih Tuan Faiz Edzahar untuk kebenaran menyiarkan semula post ini di sini. Moga dipermudahkan dunia akhirat beliau.





 


Hari itu sahabat saya; Ayu cakap dah boleh send audio dekat whatsapp status. Saya pun terujalah. Jadi kita pun cuba, eh jumpa! 

Caranya - pilih simbol pen macam nak tulis text dekat status itu, kemudian kita akan jumpa simbol mikrofon untuk bercakap. 

Tekan jangan lepas sambil bercakap, dah habis bercakap, baru send. Tapi jika tengah bercakap nak cancel audio ke status whatsapp itu, terus swipe (seret/tolak) ke kiri. Tempoh audio selama 30 saat sahaja. 

Saya cuba hari itu bukan suara saya, tapi aaya cuba rakam lagu, saja nak tengok jadi ke tidak - eh jadi! 

Jika belum ada, akan datang adalah itu. Sabar. Nanti akan sampai juga dan ter update! Sekian, semoga bermanfaat. 





Akhirnya saya juga terjebak! Baiklah ini adalah tutorial edit nama dan gambar menggunakan aplikasi Picsart bergabung dengan Focus N Filter. Klik pada gambar setiap tutorial di bawah untuk lebih jelas. Selamat mencuba! 

Jadi apa yang perlu? Install dulu dua aplikasi tu. Boleh didapati di store aplikasi sedia ada (FREE). Picsart adalah aplikasi untuk edit gambar (kesan khas, potong gambar, kecilkan atau ada sebarang penambahan atau pengurangan pada gambar, macam-macam ada di tools jika kita explore). Manakala Focus N Filter pula adalah aplikasi yang lebih kepada letak tulisan (font) pada gambar. Sangat sesuai untuk buat logo atau profile / default picture mana-mana akaun media sosial.

Baiklah kita mulakan dengan aplikasi Focus N Filter.

TUTORIAL 1: PERKATAAN SAHAJA

Gambar A: Tutorial ini jika mahu hasilanya tulisan / perkataan sahaja. Boleh rujuk gambar ikut nombor dan arahan. Apa yang penting jangan lupa simpan. Dah nanti hasilnya boleh dilihat di galeri.

Gambar: A
Oh ya, selain gambar berwarna, gambar biasa sedia ada, atau gambar kita ambil pun boleh dipilih untuk dijadikan latarbelakang (background).

Result / Hasil
*****

Focus N Filter + Picsart

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN (BLEND OVERLAY)

Gambar B: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save.

Gambar: B
Gambar C: Haa, ini baru kita guna aplikasi Picsart. Buka seperti dalam gambar di bawah. Ini untuk memberi kesan magik (magic effect) pada gambar yang kita pilih. Untuk kali ini saya memilih gambar Yuna dan Nana sebagai contoh. Selepas siap edit dan yakin, klik discard. Jangan risau itu dah simpan automatik dalam bahagian recent (dalam aplikasi sama.)

Gambar: C
Gambar D & E: Haa, lepas ada gambar siap letak kesan khas magik tadi, kita edit dengan potong cantik-cantik tepi dia bagi sesuai sikit nanti. Bagaimana nak potong? Gunalah tool "cutout". Ini ada dah disediakan di bawah tu (dalam aplikasi tu) setiap kali setelah gambar dipilih. Setiap itu pandai pandai alihkan gambar tersebut, letak sesuaikan ikut sedap mata memandang. Untuk tutorial ini, saya gunakan "blend", kemudian "overlay", bagi dia cantik sahaja dalam background watercolor tersebut.

Gambar: D
Gambar: E
SIAP!

*****
Baiklah. Bawah ini tutorial lain pula. Style ini yang paling popular. 

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN 

Gambar F: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save. Baiklah, jika mahu menambah perkataan di Focus N Filter ini terus (lebih mudah), tak perlu banyak kerja boleh rujuk Gambar G.

Gambar: F

Gambar G: Ini cara tambah perkataan di Focus N Filter. Jadi tak perlu dah buat ini di Picsart. Cuma tinggal untuk simpan sahaja nanti. Dan jangan lupa sediakan ruang untuk letak gambar nanti. 


Gambar: G

Gambar H: Sekarang kita dah ada gambar watercolor sebagai background yang siap perkataan di Focus N Filter tadi (Gambar G). Jadi dengan ini di Picsart, kita hanya perlu masukkan gambar. Edit dengan tool "cutout",  dan letak bagi sesuai dan sedap mata memandang, kemudian siap! Dah boleh simpan dalam galeri. 

Gambar: H

Tadaa!! Siap dah.

Result / Hasil

*****
SEKIAN. MAAF JIKA ADA KEKURANGAN. 

*Boleh juga rujuk tutorial saudara Muhammad Amir Iddin ini jika mahu.
Jika mahu lagi mudah, rujuk video ini:




Semoga berjaya! Terima kasih. :)










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top