Showing posts with label autisme. Show all posts
Showing posts with label autisme. Show all posts


AUTISM WALKATHON MELAKA 2024



‼️ PENDAFTARAN CUMA RM 60 SAHAJA ‼️


๐Ÿ”ฐJom sertai Autism Walkathon yang merupakan salah satu usaha dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Melaka dengan kerjasama NCWO dalam menyokong anak-anak autism di Melaka khasnya.


 Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)

๐Ÿณ️ Flag off: Jam 7.30 pagi

๐Ÿ“ Tempat: Bukit Serindit, Melaka

๐Ÿ“Œ Aktiviti: Walkathon bersama-sama anak-anak autism๐Ÿƒ๐Ÿผ‍♀๐Ÿƒ‍♂️

๐ŸŽฏ Sasaran : Terbuka kepada semua - orang awam, pelajar, runners, ibu bapa dan lain-lain.


Kit larian: 

๐Ÿ‘• Baju eksklusif program

๐ŸŽ–️ Lapel pin

๐ŸดMakanan

๐Ÿ“„ E-sijil penyertaan

๐Ÿ“Ž Tempoh Pendaftaran: 16 Ogos 2024 - 22 September 2024.


๐Ÿ“ Pendaftaran: RM 60


Isi borang di sini:

Google Form Autism Walkhaton


Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi:

๐Ÿ“ž Teacher Farhanah (01135337314)



Perkongsian: https://x.com/AinulTajul






 ASD (Autisme Spektrum Disorder)

Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari segi:

1. Pertuturan (speech delay),

2. Masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial)

3. Tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu).

Prevalence di US menunjukkan bilangan kanak kanak ASD ialah 1 kepada 68 kanak kanak.

Di Malaysia, angka tersebut jauh lebih rendah iaitu 1 kepada 600 kanak kanak (2005).

Adakah jumlah tersebut benar benar lebih rendah berbanding di US dan negara lain. atau sebenarnya masih banyak kanak kanak Autisme yang TIDAK di kesan.

---------------------------------------------------------

Kepentingan Pengesanan Awal Autisme?

Pengesanan awal amat penting untuk memastikan kanak kanak tersebut di bantu dengan intervensi, terapi dan rawatan. Intervensi awal terbukti dapat meningkatkan keupayaan kanak kanak ASD dan seterusnya meningkatkan mutu kehidupan kanak kanak tersebut.

Ada ibu bapa yang enggan melakukan pengesanan awal kerana percaya perkembangan anak akan berubah sendiri apabile meningkat dewasa,

Ada ibu bapa yang enggan mendapatkan diagnosis kerana masih menafikan situasi dan realiti sebenar kondisi anak mereka.

Ini semua adalah sikap "Penafian" atau "Indenaial" yang menyebabkan anak lewat mendapatkan intervensi.


------------------------------------------------------------

Bagaimanakah Autisme Di kesan?

Di Malaysia, kaedah pengesanan awal di lakukan menerusi soal kaji selidik M-CHAT ( modified checklist for autism in toddler).

Ia merupakan kaedah self reporting yang perlu di isi oleh penjaga dan kemudian di semak oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan.

Terdapat 23 soalan di dalam M-CHAT yang boleh membantu dalam pengesanan awal kanak kanak ASD .Rutin ini di lakukan ketika kanak kanak berusia 18 bulan .

Kemudian, kanak kanak tersebut akan di rujuk kepada pegawai perubatan dan seterusnya kepada pakar kanak kanak untuk diagnosis.

------------------------------------------------------------

Masa depan anak anda boleh berubah dengan langkah pertama anda!

*Borang M-CHAT terdapat di dalalam buku pemeriksaan kanak kanak ( biru) di ruangan 18 bulan.

* penggunaan M-CHAT kepada kanak kanak berusia 18-36 bulan. 

* M-CHAT hanyalah satu kaedah pengesanan awal ( screening) BUKAN diagnosis, oleh itu sebarang keraguan perlu di rujuk kepada pegawai perubatan.


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeNDutW7qMZh-sUf4CJRcoITdICR_44EQXaNGkfWgV1PHr_ag/viewform?c=0&w=1


Baru-baru ini ada beberapa perkara yang hangat diperkatakan di kalangan rakyat serta netizen di Malaysia. Antaranya, hukuman sebatan syariah yang pertama kali di jalankan di Malaysia, isu zakat untuk pemulihan golongan LGBT dan lain-lain serta isu anak autisme yang ditahan polis berdasarkan sebuah laporan.

Isu: Sebatan Syariah
Perbezaan hukum sebatan syariah vs sivil - Sumber: @bernamadotcom
Baru-baru ini, dua wanita masing-masing berusia berumur 32 dan 22 tahun menjalani hukuman enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta pada April lalu. Mereka dihukum mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (perhubungan seks sesama perempuan).

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya. Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Nota: Sebatan ini tidaklah seperti digembar-gemburkan. Dibuat pun di hadapan khalayak yang dikenali dan terdekat sahaja dengan tertuduh (bukanlah untuk tontonan semua kita) serta sebatan syariah lebih perlahan (serta rendah ayunan tangan) berbanding sebatan sivil. Malahan sebatan ini lebih ke arah memberi kesedaran, keinsafan serta berunsurkan kasih sayang dan bukan tujuan mengaibkan apatah lagi menyakitkan. Moga kita semua diberi hidayah dan kefahaman. Insya-Allah.

Zakat ar-Riqab


Baru-baru ini ramai mempertikaikan bahagian zakat ar-Riqab untuk golongan LGBT ini.

Nota: TIDAK! Zakat ini bukanlah untuk mereka yang 'masih mengamalkan' namun buat mereka yang dalam proses berhijrah attau 'pemulihan'. Untuk yang ingin kembali ke pangkal jalan. Bukan LGBT sahaja, malah ramai yang benar bersungguh ingin berhijrah dan berubah layak mendapat zakat ini. Maksudnya zakat ini lebih kepada menunjukkan betapa Islam adalah agama rahmat, bertolongan dan berkasih sayang. 

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

Rujukan senarai penerima zakat ar-Riqab: http://www.muftiselangor.gov.my

(1) Masalah sosial:

(a) Terbelenggu dengan dadah:
i. Penagih dadah.
ii. Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah
i. Minum arak.
ii. Zina.
iii. Judi.
iv. Khalwat
v. Buang anak
vi. Mengandung luar nikah.
vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
viii. Sumbang mahram.
ix. Persetubuhan haram.
x. Muncikari (ibu ayam).
xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:
i. Tidak solat.
ii. Tidak puasa.
iii. Buang anak.
iv. Usaha ingin bunuh diri.
v. Hidup bersama pelacur.

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
i. Pelacur.
ii. Lesbian.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gigolo.
vii. Biseksual.
viii. Pengkid.
ix. Tomboy.
x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:
i. Gangster.
ii. Jenayah melibatkan harta benda.
iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.
iv. Kes rompak.
v. Pecah rumah.
vi. Kes rogol.
vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.
viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :
i. Penyakit HIV/AIDS.
ii. Kanser/barah.
iii. Tibi.
iv. Hepatitis.
v. Dan lan-lain.

(2) Masalah Akidah:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:
i. Doktrin palsu.
ii. Mengaku menjadi nabi.
iii. Menghina Islam.
iv. Pemujaan salah.
v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong
i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.
ii. Orang yang dalam proses Istitabah.
Cara mohon bantuan zakat (sama ada kategori ini atau pun banyak kategori lain yang layak), adalah dengan pergi ke kaunter zakat berhampiran atau boleh memuat naik borang atas talian / online, di laman web ini: http://www.zakatselangor.com.my/agihan/
Kesedaran autisme

Semua perkara ada hikmahnya. Sesuatu itu berlaku mungkin untuk memberi penambaikan. Begitu juga kejadian pemuda autisme ditangkap serta digari mengikut prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini dipertikai ramai kerana dia adalah OKU (mereka yang autisme ini jenis yang tidak tahu maksud akibat dan kesan tindakan mereka, apatah lagi untuk membuat pertimbangan), kini telah mendapat perhatian PDRM untuk dilihat semula SOP penangkapannya jika mereka yang istimewa ini terlibat lagi hal sebegini kelak.

*Baru-baru ini sidang media PDRM, Yayasan Pengaman dan Permata Kurnia (PK) telah diadakan. Antara yang dibincangkan dengan PDRM adalah Autism Awareness Training dalam kalangan warga PDRM dan SOP menangani kes melibatkan individu autisme.

PK berkongsi pengalaman membangunkan kursus atas talian iKurnia dan mencadangkan agar Autism Awareness Training yang bakal dibangunkan juga dibuat secara atas talian di samping latihan face-to-face.

*Sumber: FB Hasnah Toran

Berita asal:
Pada 11 September lalu, Ahmad Ziqri ditahan polis selepas laporan polis dibuat mangsa berusia 24 tahun, mendakwa pemuda autisme itu menyentuh dadanya. Insiden itu berlaku ketika Ahmad Ziqri bersama keluarganya keluar makan malam di Subang Jaya, sempena ulang tahun kelahiran pemuda berkenaan. Sebelum kejadian, Ahmad Ziqri berlari keluar dari restoran dan masuk ke beberapa kedai berhampiran, sebelum bertindak menyentuh dada seorang gadis tanpa disedari ibunya. Kejadian itu tular di media sosial, termasuklah satu video memaparkan Ahmad Ziqri yang berpakaian lokap digari ketika Hasnah dilihat cuba menenangkan anaknya. Pemuda itu telah ditahan untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Tindakan polis dibuat di atas laporan mengikut SOP.

Bagaimanapun, difahamkan permohonan reman ke atas pemuda itu ditolak mahkamah atas sebab keadaannya yang mengidap autisme. Ibu Ziqri (Hasnah) berharap kejadian itu bakal membuka mata pihak berkuasa untuk memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) ketika berdepan dengan individu seperti Ahmad Ziqri. Insya-Allah.

Lain-lain berita
Gambar: @NST_Online
Semoga tabah

Buat mangsa ribut di Perlis baru-baru ini semoga diberi kekuatan dan buat lagenda kesayangan kita, Datuk Lee Chong Wei moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan dalam melalui rawatan untuk penyakit kanser hidungnya. Untuk anda semua yang diuji dengan kesakitan diri mahupun ahli keluarga, moga diberi ketabahan dan akan baik-baik saja nanti, insya-Allah.

Tahniah

Tahniah buat negeri Terengganu, yang menjadi juara keseluruhan Sukma di Perak baru-baru ini. Tidak lupa juga buat atlet-atlet yang memenangi pingat di Sukan Asia yang lalu di Indonesia. Serta untuk industri perfileman Malaysia, yang mempunyai filem yang semakin bermutu dan mendapat sambutan yang baik serta luar biasa (seperti Hantu Kak Limah 2018, Dukun, Munafik 2, One Two Jaga dan Paskal).

Menyedihkan

Moga ada perubahan dan penambahbaikan untuk masalah yang melanda sebuah pusat tahfiz baru-baru ini. Biarlah yang mengajar betul-betul mahu menjaga dan mendidik, bukan yang sebaliknya. Wallahua'lam.

Takziah

Gambar: @bernamadotcom
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham pencipta, penulis lagu, penerbit album dan pejuang Irama Malaysia, Pak Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 25 September lalu. Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Moga beliau di tempat di kalangan mereka yang beriman.

Hati-hati

Moga kita lebih berhati-hati dalam apa sahaja produk yang kita pakai di wajah atau di mana sahaja, yang kita makan serta minum. Lihat dulu asal bahan dan kesesuaiannya dengan kita (bukan ikut-ikutan). Mana kita boleh jaga, kita jaga baik-baik. 

Moga-moga

Moga Malaysia terus maju jaya sama ada dari segi kewangan, politik, perpaduan mahupun keseluruhannya. Bersyukur dan hargailah untuk rezeki dan nikmat yang ada, untuk yang belum; kita terus usahakan dan perbaiki lagi menuju yang terbaik. Malaysia boleh! Insya-Allah.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top