Showing posts with label berdengkur. Show all posts
Showing posts with label berdengkur. Show all posts

 π’π„π‘πˆππ† mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?



Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.


Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea. 


#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani


https://x.com/KKMPutrajaya/status/1835283740186292513?s=19


Berdengkur terjadi disebabkan saluran pernafasan tersekat . Boleh keluarkan macam-macam bunyi .

Apa sebab-sebabnya :


-    Lemah otot pada lidah , lelangit dan tekak . Yang ni kategori untuk orang yang suka minum arak.
-    Tisu tekak yang besar dan tebal. Selalunya ia berkaitan kanak-kanak yang mempunyai tisu atau tonsil membengkak.
-    Orang yang mempunyai masalah berat badan , leher yang pendek dan besar. Ini berkait dengan masalah kesihatan.
-    Uvula (anak tekak) – yang panjang apabila ia mengecilkan rongga pembukaan hidung ke tekak. Ini semulajadi, sebab lain pula mungkin hidung yang bengkok, polip atau jangkitan sinus.

Petua / Cara kurangkan dengkur  :

-    Kurangkan berat badan, ini penting !
-    Jauhi arak
-    Jangan ambil pil tidur
-    Amalkan pola tidur pada waktu yang tetap. Lebih baik tidur mengiring dari terlentang .Adjust bantal bagi lebih tinggi .
-    Jangan makan dalam tempoh 3 jam sebelum tidur.
-    Gunakan pelekat kawal dengkur seperti Breath Right Nasal Strips yang boleh ditampal pada hidung daj mudahkan pernafasan. 

*jika ada petua atau tips lain selain yang Anem tulis ni , jika ada  pengalaman pun boleh komen dan tambah di bawah. terima kasih :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top