Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts


Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini bermula dengan fasa gerhana penumbra sekitar pukul 11:57 pagi (waktu tempatan). Fasa gerhana separa pula akan bermula pada pukul 01:09 petang (waktu tempatan) dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan bermula pada pukul 02:26 petang (waktu tempatan). 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝘂𝗸𝘂𝗹 𝟬𝟮:𝟱𝟴 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 (𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻). 𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗴𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟬𝟰:𝟰𝟴 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 (𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻) 𝗺𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗳𝗮𝘀𝗮 𝗴𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗺𝗯𝗿𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟬𝟲:𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 (𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻). Keseluruhan gerhana kali ini mengambil masa selama 6 jam 3 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan berlaku dalam tempoh selama 65 minit. 





Namun begitu, 𝗳𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku. Walau bagaimanapun, anda boleh menonton fenomena tersebut secara langsung melalui pelbagai medium atas talian seperti di https://www.timeanddate.com/live/eclipse-lunar-2025-march-14 

Di Malaysia, Fenomena Gerhana Bulan Penuh hanya akan dapat disaksikan pada 8 September 2025.


.



Sumber: https://www.mysa.gov.my/fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-14-mac-2025-2


Lain-lain: https://www.facebook.com/share/12JuvGQpf2T/










Pexels

Pada 31 Ogos 2023, Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 09:38. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2023 yang juga dikenali sebagai “Supermoon”.

Namun Bulan Penuh boleh mula kelihatan malam ini pada 30 Ogos. 

Namun memandangkan fenomena bulan purnama ini berlaku 2 kali dalam bulan yang sama, jadi ia digelar sebagai “Bulan Biru". Kejadian ini direkodkan terakhir terjadi pada 2009 (2 kali bulan penuh dalam sebulan - namun untuk Supermoon ia terakhir dicatatkan pada 2018). 

Dan fenomena (bulan purnama 2 kali sebulan) ini kita akan jumpa 9 tahun lagi.

🔸 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸

𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲

Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 357,181 km.

APA ITU BLUE SUPERMOON?

Bulan akan kelihatan berwarna biru dan sangat besar ke nanti?

Bulan Ogos akan berlaku 2 kali Bulan Penuh.

Gelaran yang diberi ialah ‘Blue Moon’. 

Tak ada kena mengena dengan warna bulan. Bulan warna seperti biasa. 

Bulan Penuh Perigee berlaku tiap-tiap tahun. Tolong jangan viral teori pelik-pelik.

BLUE = pepatah matsalleh, "Once in a blue moon" rare occasion lah begitu. Kenapa rare? sebab dalam bulan Ogos ini, terdapat dua kali bulan fasa penuh (yang oertama dah berlaku pada 2 Ogos lalu). Makanya Blue Moon.

SUPER = Bukan superman. Oleh kerana Bulan berada di titik dekat dengan bumi (perigee), logiknya saiz pun makin besar la kan. sebab dikatakan 'besar', dinamakan SUPER oleh orang bukan astronomer ya. tapi jangan kecewa apabila bulan berada atas kepala, katanya tak nampak besar. kalau di ufuk, ya akan nampak besar, kesan daripada pembiasan daripada atmosfera. kita perlu ada sekurang-kurangnya dua gambar bulan menggunakan alat yang sama untuk membuat perbandingan besar ni.


*Malam ambang merdeka, Facebook Dark Sky Malaysia akan membuka teleskop untuk orang awam bersama-sama mencerap Bulan.



Antara sumber:

- https://www.mysa.gov.my/kalendar-astronomi-ogos-2023-2/

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033Ks7gfNq6PSJQebDXH3hryWSVjNzA9YDWMZGYdVtLQEquRkzZGnhQ2nh9rMXCt4wl&id=100063812702748&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

- https://twitter.com/MySamudera/status/1686726298931228672?t=Q-BlqPyA_TR4gjSkJFiZ4g&s=19

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TgpuuzJBMxttay8hnqp79WVPSFfdHkj5KTApTRoFUVvAveSexDJRTh3uWDj7PK26l&id=1603315048&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6


Apa itu supermoon (fenomena bulan penuh perigee)?

Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee ini berlaku sekali setiap bulan, pada tarikh-tarikh yang berlainan dan asbab kejadian ini ialah kerana orbit Bulan ini tidak sempurna bulat. Ia berbentuk elips. Ketika ini Bulan berada pada jarak 356511 km daripada Bumi.

Fenomena Bulan Penuh Perigee ialah kejadian di mana Bulan Penuh berada pada kedudukan Perigee (paling hampir dengan Bumi). Bulan Penuh kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah berbanding bulan penuh biasa. Air Pasang Besar dijangka berlaku sekali lagi.

Walaupun jika dilihat dari segi fenomena, kejadian Bulan Penuh Perigee ini tidaklah mempunyai apa-apa ‘kesan istimewa’, namun ada satu perkara menarik mengapa supermoon kali ini lebih unik berbanding yang lain.



Berdasarkan kiraan falak lagi, supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948! Maknanya, dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, kejadian kali ini adalah yang paling top! Kita perlu menunggu 25 November 2034, untuk sekali lagi mengalami supermoon yang lebih super berbanding biasa!

(Boleh rujuk: Falak Online)

Apa kaitan supermoon dengan air pasang besar?

Setiap kali Bulan Penuh Perigee, kita akan mengalami air pasang besar. Pada bulan lepas (Oktober) penduduk di pantai barat khasnya terpaksa mengharungi air laut yang melimpah naik ke darat. Ketika itu, perbezaan waktu antara antara Bulan Penuh dan Bulan Perigee ialah 19 jam.

Pasang naik dan pasang surut air laut disebabkan oleh graviti Bulan (dan Matahari) terhadap Bumi. Walaupun Bulan ukurannya jauh lebih kecil daripada Matahari, tetapi pengaruhnya lebih besar kerana letak Bulan jauh lebih dekat ke Bumi berbanding Matahari.

Gaya graviti menarik air laut ke arah Bulan dan Matahari dan menghasilkan dua unjuran pasang surut tarikan graviti di laut. Lintang dari unjuran pasang surut ditentukan oleh deklinasi (keserongan), sudut antara paksi putaran Bumi dan bidang orbit Bulan dan Matahari.

Kerana Bulan berada cukup dekat dengan Bumi pada saat Bulan Purnama perigee 14 November 2016, maka pada saat itu akan terjadilah pasang naik yang sangat tinggi dan pasang surut yang sangat rendah. Pasang laut seperti ini juga terjadi pada saat fasa Bulan Baru.


(Merujuk: Infoastronomy.org Bintang.com)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (Ar-Rahman; ayat 5)
3 FAKTA MENARIK BULAN

1. Proses kelahiran yang unik
Mengikut teori, bulan terjadi apabila sebuah batu bersaiz planet Marikh menghentam bumi ketika awal pembentukan sistem suria 4.5 billion lampau. Hentaman ini menghasilkan serpihan-serpihan atau 'debris' ke ruang angkasa beribu-ribu km jauhnya. Setelah sekian lama, debris ini membentuk batu gergasi yang dinamakan bulan hari ini.

2. Putaran bulan yang unik.
Sama ada kita perasan atau tidak, bulan sebenarnya menghadap ke arah kita dengan wajah yang sama. Tidak pernah berubah. Ini kerana putaran bulan pada paksinya sangat perlahan dan memakan masa sebulan untuk lengkap satu putaran. Dalam masa sebulan itu jugalah bulan lengkap mengorbit sekeliling bumi. Ini kerana graviti bumi telah memperlahankan dan menstabilkan pergerakan bulan.

3. Selamat tinggal bulan!
Ketika anda membaca artikel ini, bulan sedang berangkat meninggalkan anda. Saintis melaporkan bulan sedang bergerak 3.8 cm setiap tahun. Bagaimana ini terjadi? Ianya terjadi kerana bulan menggunakan tenaga daripada putaran bumi untuk menolaknya jauh daripada kita. Ketika awal pembentukannya, bulan hanya 22,530 km daripada kita. Sekarang kedudukannya sudah 450,000 km.

Sumber; Zul Astrogamb‎ 
Kredit : Hoshizora Astronomy Club ( HAC ) - Space.com


Gambar oleh Harris Jeffrey
Untuk mengetahui perkembangan keadaan cuaca dan laut serta air pasang besar boleh merujuk: Facebook Met Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) atau laman web mereka.
Gambar oleh AmirAzim
Jika ingin melihat banyak gambar bulan yang menarik boleh merujuk post di facebook falak online ini atau ke instagram dengan hashtag bulan. Terima kasih.

***
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. - (Surah fussilat [41:37])







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top