Showing posts with label Gerhana Bulan Penuh. Show all posts
Showing posts with label Gerhana Bulan Penuh. Show all posts

 



GERHANA BULAN PENUH MALAM RAMADAN


Peluang Ibadah Istimewa Buat Umat Islam.

Pada malam 3 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H, langit Negeri Sembilan akan menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang disyariatkan untuk diisi dengan ibadah.


๐Ÿ•ฐ Gerhana berlaku antara

7.26 malam hingga 9.17 malam


Sepanjang tempoh ini, umat Islam disunatkan menunaikan:


✨ Solat Sunat Gerhana Bulan





Pelaksanaan boleh dilakukan di masjid dan surau sama ada:


➡️ Selepas Maghrib

atau

➡️ Selepas Isyak


mengikut kesesuaian jemaah dan pengurusan setempat.


Mari bersama:


๐Ÿคฒ Menghidupkan malam Ramadhan

๐Ÿ•Œ Mengimarahkan masjid

๐ŸŒŒ Menghayati tanda kekuasaan Allah



MAKLUMAN RASMI FENOMENA GERHANA BULAN PENUH DAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA


๐Ÿ—“️ 3 Mac 2026

๐Ÿ•ข 7.28 malam - 9.17 malam


https://mufti.perak.gov.my/images/hebahan/2026/MAKLUMAN%20RASMI%20GERHANA%20BULAN.pdf 


Jabatan Mufti Negeri Sembilan

https://www.facebook.com/share/p/1CPzRs7FuU/


Jabatan Mufti Negeri Perak

https://www.facebook.com/share/p/1CKfn6axM9/



๐Ÿ“ Rujuk infografik untuk waktu dan cadangan pelaksanaan.


Antara sumber:



 


Jangan lupa malam ini kita beramai-ramai solat sunat gerhana bulan. Jika mampu, tidur dahulu, kemudian bangun semula untuk dapat fadhilat tahajjud. Tak perlu tengok gerhana pun boleh, asalkan yakin ada di tempat anda.


Saya nyatakan cara solat dan kelebihannya di bawah ๐Ÿ‘‡


Kaifiyyat solat gerhana bulan


‎1- Lafaz niat : 


‎ุฃُุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ุฎُุณُูˆูِ ุฑَูƒุนَุชَูŠْู†ِ ู„ู„ู‡ِ ุชุนุงู„ู‰


‎Usolli sunnatal kusufi rok’ataini lillahi ta’ala


‎2- Niat : 


‎“Aku solat sunat gerhana dua rakaat kerana Allah”


‎3- Membaca surah al-Fatihah 


‎4- Membaca surah yang panjang seperti surah al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang yang dihafal


5- Melakukan ruku’ yang panjang, dibacakan tasbih yang banyak


6- I’tidal


7- Baca surah al-Fatihah


8- Baca surah yang sedikit pendek berbanding surah sebelumnya 


9- Melakukan ruku’ yang panjang tetapi lebih pendek dari sebelumnya


10- I’tidal


11- Melakukan sujud yang panjang, dibaca padanya tasbih yang banyak 


12- Duduk antara dua sujud 


13- Sujud dengan sujud yang lebih panjang 


14- Laksanakan rakaat kedua seperti rakaat pertama 


15- Tahiyyat akhir 


16- Salam


Nota : 


- boleh dilakukan sama ada bersendirian atau berjemaah

- selepas solat, sunat bagi imam memberi peringatan supaya beristighfar 

- sunat lain ketika gerhana antaranya bersedekah, berdoa, bertakbir, takutkan azab Allah 


Semua ini berdasarkan hadith sahih ‎(HR Bukhari : 1044, kitab al-Kusuf)


‎- Nabi ๏ทบ larang dari kita mempercayai perkara karut sepertimana dahulu, ada yang menyatakan gerhana ini berlaku kerana kematian anak lelaki Nabi ๏ทบ iaitu Ibrahim, maka terus Nabi ๏ทบ menyatakan gerhana tidak berlaku kerana kematian seseorang, apabila kita lihat gerhana, maka beribadah kepada Allah kerana ia amaran dari Allah.


Rujuk Sahih Bukhari, hadith no : 1043, 1048 


Wallahu a’lam



Sumber:- 

https://t.me/TheGardenofAlQuran










๐ŸŒ•✨ ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐…๐„๐๐Ž๐Œ๐„๐๐€ ๐†๐„๐‘๐‡๐€๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ "๐๐‹๐Ž๐Ž๐ƒ ๐Œ๐Ž๐Ž๐"✨๐ŸŒ•




Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:


• ๐ŸŒ‘ Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam

• ๐ŸŒ“ Fasa Separa bermula: 12.26 pagi

• ๐ŸŒ• Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi

• ๐ŸŒ•✨ Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi

• ๐ŸŒ• Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi

• ๐ŸŒ“ Fasa Separa tamat: 3.56 pagi

• ๐ŸŒ‘ Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi





๐ŸŒ• Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 - 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh. Ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.






๐ŸŒ Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.


Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit. 



--------------



๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐†๐„๐‘๐‡๐€๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡:


๐Ÿ—“️ Tarikh: 7 – 8 September 2025 (Ahad – Isnin)


⏰ Masa: 10.00 malam – 5.00 pagi


๐Ÿ“ Lokasi: MAHA Tower, Langkawi, Kedah


⚫ Anjuran: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Maha Tower dan Tourism Malaysia Northern Region Tourism Malaysia.


๐Ÿ”ญ Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan


๐ŸŽ‡ Perkongsian ilmu astronomi 


๐ŸŽฏ Lokasi cerapan turut diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda..






๐Ÿ‘ŒPencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca. 


๐Ÿ”—Penstriman langsung di Facebook MYSA


Kredit post asal: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Gambar: FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Cara solat sunat Gerhana Bulan 





Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini bermula dengan fasa gerhana penumbra sekitar pukul 11:57 pagi (waktu tempatan). Fasa gerhana separa pula akan bermula pada pukul 01:09 petang (waktu tempatan) dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan bermula pada pukul 02:26 petang (waktu tempatan). ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—น ๐Ÿฌ๐Ÿฎ:๐Ÿฑ๐Ÿด ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป). ๐—™๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐Ÿฌ๐Ÿฐ:๐Ÿฐ๐Ÿด ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป) ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ณ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฌ๐Ÿฒ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป). Keseluruhan gerhana kali ini mengambil masa selama 6 jam 3 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan berlaku dalam tempoh selama 65 minit. 





Namun begitu, ๐—ณ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku. Walau bagaimanapun, anda boleh menonton fenomena tersebut secara langsung melalui pelbagai medium atas talian seperti di https://www.timeanddate.com/live/eclipse-lunar-2025-march-14 

Di Malaysia, Fenomena Gerhana Bulan Penuh hanya akan dapat disaksikan pada 8 September 2025.


.



Sumber: https://www.mysa.gov.my/fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-14-mac-2025-2


Lain-lain: https://www.facebook.com/share/12JuvGQpf2T/

















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top