Showing posts with label comel. Show all posts
Showing posts with label comel. Show all posts


Ramai di antara kita ada haiwan peliharaan masing-masing. Apa saya mahu kongsikan di sini adalah gambar anak-anak (serta ibu) kucing jiran kesayangan (ada juga saya letakkan di instagram @arnamee). Kebahagian dan kebaikan datang melalui pelbagai cara. Mungkin kerana wujud dan baiknya kita dengan makhluk lain, dihantar kucing comel ini untuk kita bersahabat dan berteman. Maka, hargailah.

Kenalkan, yang oren itu kami panggil oren cantik. Suka lepak belakang rumah. Nampak peramah tapi penakut sebenarnya dengan orang. Sekarang dah semakin berani. Yang kelabu itu pula, kami panggil dia Abu (singkatan nama Abu). Baru melahirkan dua ekor anak berwarna putih (ada seidikit kelabu) (beranak buat kali pertama). Sangat bijak, pembersih dan manja.





Masya-Allah! Comel sungguhkan? Itulah keindahan dan kekuasaan Allah. 
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
بينما رجلٌ يمشي بطريقٍ ، اشتدَّ عليه العطشُ . فوجد بئرًا فنزل فيها فشرب. ثم خرج . فإذا كلبٌ يلهثُ يأكلُ الثَّرى من العطشِ . فقال الرجلُ : لقد بلغ هذا الكلبُ من العطشِ مثلَ الذي كان بلغ مني . فنزل البئرَ فملأ خُفَّه ماءً ثم أمسكه بفيه حتى رقِيَ . فسقى الكلبَ فشكر اللهُ له . فغَفر له . قالوا يا رسولَ اللهِ ! وإنَّ لنا في هذه البهائمِ لَأجرًا ؟ فقال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ
“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.

Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

(HR Muslim)

-- Antara sumber: https://muzir.wordpress.com/


Terima kasih.



Assalamualaikum semua!

Comel betul. Digital Durian yang memperkenalkan Didi & Friends kini tampil dengan kartun kanak-kanak islam terbaru bernama Omar dan Hana! Akan datang banyak lagi lagu akan dibuat. Namun, terimalah lagu pertama mereka dahulu, Alhamdulillah! :)

Saya sertakan gambar dan biodata Omar dan Hana. Jika mahu lihat watak-watak lain seperti mama, papa, faris dan ayah boleh ke facebook mereka!

Jom kenali Omar!

Omar berumur 6 tahun. Omar seorang yang bijak dan mempunyai sifat ingin tahu serta berkeyakinan tinggi.


Hana pula: Berumur 4 tahun. Seorang yang aktif, berani dan periang!



Jom ikuti Omar & Hana di laman sosial:
Youtube Omar & Hana: https://www.youtube.com/channel/UCiZL26ScfRZDdEAkkPJgJbA/videos
Facebook Omar & Hana: https://www.facebook.com/OmarDanHana/
Instagram Omar & Hana: https://www.instagram.com/omardanhana
Twitter Omar & Hana: https://twitter.com/omardanhana



[LIRIK Alhamdulillah - Omar dan Hana]

Mari sebut Alhamdulillah
Saya makan Alhamdulillah
Saya kenyang Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sampai sekolah Alhamdulillah
Jumpa kawan Alhamdulillah
Main bersama Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sayang Mama Alhamdulillah
Sayang Papa Alhamdulillah
Sayang keluarga Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah

Alhamdulillah~
Alhamdulillah~




[ Lirik Main sama-sama - Omar dan Hana ]

Wahai Omar Hana
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Omar ada mainan
Main bersama Hana
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Wahai Faris Sara
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Faris ada mainan
Main bersama Sara
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Bila kita baik hati……..
Allah... sayang... kita….

*****

Lagu lain Omar & Hana ada banyak lagi, antaranya Terima Kasih Cikgu dan Seronoknya Puasa.

*Omar & Hana merupakan sebuah karya dari produksi yang menghasilkan Didi & Friends.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu" (Surah Ibrahim : ayat 7)




Komik ini adalah rekaan sendiri. Kebetulan jumpa.Betul, betul, betul! Jom lihat Upin, Ipin dan adik Anem, dipertemukan di stadium Shah Alam, karnival sua rasa tv9.

[Klik gambar untuk melihat lebih jelas]





Oh ya, Jom tengok :

Upin & Ipin Episod - Anak Harimau (Bahagian 1)





P/S: banyak yang boleh kita belajar dalam hidup ni, terpulang pada kita, nak belajar ke, tak. :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top