Penulisan kali ini adalah perkongsian tutorial cara edit, terangkan, hidupkan atau cantikkan gambar kahwin atau lain-lain menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom (kedua perisian ini adalah berasingan / lain-lain). Dan jika ada penambahan tips boleh kongsikan di ruangan komen.
Apa-apapun, kita kena ada perisian (
software)nya terlebih dahulu.
Download salah satu software yang kita ingin gunakan (jika belum ada):
Kita refresh semula. Adobe Photoshop ini perisian untuk sebarang hal berkaitan suntingan atau manipulasi gambar atau lukisan digital. Kalau yang vektor, tulisan bercorak, lukisan kartun atau buat cetakan (print) hal-hal berkaitan promosi seperti risalah atau majalah itu, (selalunya) barulah menggunakan Adobe Illustrator. Antara perkataan yang biasa kita akan dengar jika menggunakan Photoshop ini adalah tools (perkakasan / alat seperti pen, berus, objek, pemadam, pemotong dan banyak lagi untuk kegunaan edit), layer (lapisan, kalau dalam buku seperti muka surat, untuk lebih fokus dan teratur, setiap gambar sebaiknya disunting menggunakan layer berasingan dan boleh diberi nama padanya). Dan filter (ini adalah kesan khas pada gambar selalunya digunakan jika bersesuaian). Photoshop juga menyediakan history (boleh undur semula beberapa langkah ke belakang jika ada silap / ingin lihat semula editing kita). Apapun jangan lupa SAVE jika siap.
TAK TAHU tak mengapa, boleh cuba dulu. Apapun kena rajin bermain dengan fungsi-fungsinya.
Baiklah, kita mulakan!
Banyak cara untuk terangkan, cerahkan atau hidupkan gambar di photoshop ini. Di bawah ini saya kongsikan beberapa tutorial yang boleh kita pilih dan guna ikut kesesuaian yang kita mahukan. Oh ya, kesemua gambar di bawah saya ambil di
pixabay.com (laman web yang menyediakan gambar percuma untuk diguna semula) sebagai contoh
editing saya.
Cara edit gambar menggunakan Adobe Photoshop
- Cara terangkan atau cerahkan gambar di photoshop
Cara 1: Mencerahkan gambar menggunakan setting level
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik kanan mengunakan tetikus pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy.
- Klik seperti klik biasa pada layer Background copy itu. Kemudian di bawah layer itu akan terlihat simbol bulat. (Rujuk gambar a)
 |
| Gambar a |
- Di situ pilih level. - Klik OK. Dan kita akan nampak gambar sudah lebih terang.
- Namun jika tidak berpuashati pada tahap kejelasan gambar, boleh edit semula di layer level itu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Cara 2: Terangkan gambar yang suram, gelap dan malam (Menggunakan Hue / Saturation)
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments...". (rujuk gambar b)
 |
| Gambar b |
- Kemudian pilih "Hue & Saturation...".
- Kemudian saya pilih 55 untuk saturation dan 12 untuk lightness. Kemudian klik OK. Dan Siap!
(Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu).
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Cara 3: Edit gambar agar lebih jelas dan hidup (Menggunakan Gaussion Blur)
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Filter" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Blur" - dan "Gaussian Blur..." (rujuk gambar x)
 |
| Gambar x |
- Kemudian nampak tak ruangan atas itu? (Rujuk gambar c) pilih overlay. Tadaa!
 |
| Gambar c |
- Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Cara 4: Mengedit gambar menggunakan Adjustments
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments".
- Kemudian pilih "Brightness/Constrast..." Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Curves..." Adjust ikut kita rasa terang dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Color Balance..." pula. Adjust semua Tone Balance dia sampai puas hati. Kemudian klik "OK".
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Levels..." pula. Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Cara cantikkan muka orang (hilangkan jerawat atau komedo) di photoshop
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar d)
 |
| Gambar d |
- Kemudian pilih "healing brush tool".
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak buang jerawat dan bintik hitam.
(Pada bahagian atas bawah menu (rujuk gambar e) ada tulis brush itu, kita boleh tentukan besar ruang kita nak bersihkan.
 |
| Gambar e |
- Tadaa! Jika rasa tak bersih lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Cara putih /cerahkan wajah
- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar f)
- Kemudian akan ada 3 pilihan, pilih atas sekali, "dodge tools".
 |
| Gambar f |
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak ia makin cerah dan terang.
- Tadaa! Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)
Percuma: Gunakan action psd perkahwinan untuk memudahkan guna: download percuma . Cara gunakan action di photoshop boleh rujuk: di sini.
SEMUA tutorial di atas ini sesuai bagi mereka yang menggunakan pc / laptop. Untuk yang menggunakan telefon, di ruangan aplikasi (seperti play store) ada juga menyediakan perisian adobe photoshop (express & lightroom). Namun banyak juga perisian suntingan untuk telefon lain yang juga menarik dan senang. Malahan di sesetengah telefon ada yang menyediakan perkhidmatan dalaman suntingan gambar tersendiri yang berkualiti.
Seperti yang saya pernah sebut dalam tutorial saya bertahun lalu
Teknik ambil gambar, apa yang penting jangan takut mencuba. Mula-mula tak jadi itu biasa. Lama-lama dan dengan kerajinan, semua kita boleh lakukan. Selamat maju jaya!
Baiklah. (UPDATED) Sebelum membaca sampai habis, saya juga pernah menulis ini:
-Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer)
- Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar (mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya)
1) Kita kena tahu, kamera handphone tu dapat ambil gambar besar mana, jaraknya , tahu Mega Pixel (MP) nya, OK?
2) Tangan adalah tripod (tapak) kepada handphone tersebut, jadi kena tahu kawal "getar" pada tangan, kadangkala kerana teruja (jumpa selebriti atau melihat peristiwa bersejarah) depan mata, kawalan tangan jadi gigil, untuk elakkan kena pandai kawal keterujaan dalam hati, fokus untuk 'mahu yang cantik', dan fikir positif, insya-Allah gambar taklah berdepan dengan tahap 'goyang' teramat.
3) Kena menghargai apa yang ada di sekeliling, Jika ambil gambar di rumah, belajar gunakan lampu, rajin selak tingkap untuk bagi cahaya semulajadi masuk, jika taknak guna lampu. Jika diluar rumah, manfaatkan cahaya matahari. Kemudian jika ada subjek cun (ahli keluarga) atau model cute (macam kucing atau hamster), GUNAKAN .
4) Belajar konsep pantang, iaitu pantang berpeluang, ambil gambar sebanyak mungkin, dan senget-sengetkan handphone tu (main angel namanya), jika rajin guna props (bahan atau alatan di sesuatu tempat shoot), guna. Menyorok balik dedaunan ke, anda nak shoot dari atas kerusi, subjek tu dekat bawah ke, lakukan, cuba, cuba dan cuba.- ini adalah latihan sebelum guna kamera betul.
5) Akhir sekali, balik pada yang pertama, dah sedar tahap kemampuan kamera handphone seadanya, belajar tukar-tukar settingnya, main-main dengan teknologi itu.:)
1) Setting kamera sila belajar untuk teroka, main-main, tolong jangan 'takut rosak' atau 'takut salah tekan', sedangkan kamera itu sendiri manusia yang cipta (tapi kena hati-hatilah, jangan main bedal saja). Kena ambil tahu Digital zoom berapa (TAPI lebih baik jangan guna ;p), Pixel berapa, flash nya, then GUNA. Kalau suka shoot gambar makanan, wajib ada tripod neh (Maksudnya wajib kamera tu dalam kedudukan stabil supaya gambar lagi cun.)
2) Kena rajin, rajin untuk mengambil gambar dari pelbagai posisi dan pelbagai situasi, jangan kerana ada acara baru nak on kamera comel anda itu. Tau!
3) Belajar main dengan jarak, jangan terlalu ikut tradisi subjek kena center dan perlu nampak dari kepala ke kaki, TIDAK. Cuba jadi kreatif.
4) Sekarang kamera kompak dah makin canggih, dah , apa tunggu lagi, pi shoot !
1) Dapatkan kamera yang best dan mampu kita beli , lepas tu kita kenalah tahu semua benda alah yang wujud dekat kamera tu, tahu tapi kena guna jugalah, belajar.
r.2)Komposisi gambar :
3) Ambil banyak gambar, boleh belajar mula dengan lihat style orang, namun jangan asyik jadi copycat, cari pengenalan diri juga, ya.
4) Kawal warna, mahirkan diri dengan white balance. Vivid mode untuk warna paling menarik. Potrait mode pula akan dapatkan warna kulit asli.
5) Pencahayaan kena bagus, waktu cerah semulajadi memang akan memberi impak pada gambar. Jika blur, atau keadaan berkabus, naikkan exposure, jika malam pula guna night mode atau rear curtain flash. (Cuba gabungkan cahaya matahari (flare), rear curtain flare dan kelajuan shutter yang perlahan, kerana ia mampu memberikan impak yang cantik)
6) Jika ambil gambar dekat, gunakan close up filter, selalulah bersihkan lens, Manakala jika subjek laju, gunakan continuous focus.
7) Akhir sekali, kena selalu bertanya, jangan malu dan cuba dan amalkan yang terbaik . Berikan hadiah untuk mata anda. Orang yang tidak ada DSLR amat mengidam benda tu, yang ada kenalah hargai sebaiknya.Kan?