Showing posts with label filem Munafik. Show all posts
Showing posts with label filem Munafik. Show all posts


Filem Munafik kembali dengan sequel berjudul Munafik 2. Masih mengekalkan genre seram dan sarat mesej keagamaan, dalam filem Munafik 2 kali ini, Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat (Abuja). Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin (Sakinah) di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya. Manakala lagu tema (OST) filem Munafik 2 ini kembali menggandingkan Mawi dan Syamsul Yusof dengan lagu berjudul Menangislah. Jom dengarkan!




Lirik Lagu (OST FILEM MUNAFIK 2) - Menangislah - Mawi dan Syamsul Yusof 

Oh Tuhanku
Aku mengadu
Jangan kau serahkan aku pada diriku

Oh Tuhanku
Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu
Bantulah aku
Kemaafan kamu, lebih luas dari lautan-Mu..

Menangislah
Wahai mata
Demi Tuhanmu

Tiap hari kau berjalan dengan penuh sombong alpa
Kau langsung tak peduli dengan kalamnya si Dia
Menunggumu datang menyembah kau sujud pada-Nya

Mengapa, manusia, kau buat-buat lupa?

Neraka atau syurga seakan tiada
Segalanya tipu daya dunia yang benar kata dusta
Fitnah dajjal bakal tiba
Menangislah wahai mata.. Aku rindu naungan-Nya takbir yeah!

Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
(Subhanallah walhamdulillah)
Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan

Ku tanya berbaloikah ini semua? 
Duit, harta, pangkat, wanita, penyakit jiwa
Hina disisi-Nya, Nauzubillah
(Oh kerana dunia...)

Kerana dunia engkau campakkan semua? 
Mana pergi Dia juga akhirat di dalam jiwa? 
Bayangan ketakutan segala dosa dan dajjal bakal tiba
Apa kau lupa aku kamu cuma hamba
Derita seksa menanti di neraka

Oh Tuhanku
Aku mengadu
Jangan kau serahkan aku pada diriku

Oh Tuhanku
Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu
Bantulah aku
Kemaafan kamu, lebih luas dari lautan-Mu..
(oh lautan-Mu..oh lautan-Mu.)

Allahuakhbar... Allahuakhbar

Air mata darah denyut nadi manusia
Air mata tumpah bila malam datang menjelma
Azan Masjid al-Aqsa bagai hampir kurasa
Malangnya, mengapa manusia (kau buat-buat lupa)?

God bless Palestine, God bless Syria
God bless us all..we gotta say Alhamdulillah
Yes I do this for the ummah.
Iluminati hey,the devil eye. Back off ! Let me say this loud!

Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
(Subhanallah walhamdulillah)
Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
(Subhanallah walhamdulillah)

Dunia bagai memijak bara..
Dunia pagar syurga neraka..
Dunia membuta mata hamba..
Dunia..menangislah wahai mata..

Kau menangis kerna siapa?
Oh oh
Kerna dunia atau Dia?
Oh oh
Menangislah selagi daya
Oh oh
Jangan mati selagi kau masih bernyawa.

----

TAJUK : Menangislah
ARTIS : Syamsul Yusof & Mawi
KOMPOSER : Syamsul Yusof
LIRIK : Syamsul Yusof & Dr. Anwar Fazal
ARRANGER : Wan Saleh
TERBITAN : Monkey Bone
MUZIK VIDEO : Zalhilman Ismail (@themalayatv)

- - - - -



MEDIA SOSIAL:

SYAMSUL YUSOF :
Instagram: @syamsulyusoffilm
Twitter: @SyamsulYusof84

MAWI
Instagram: @cahayaasmawi
Twitter: @CahayaAsmawi


-- Sinopsis filem: http://www.cinema.com.my



Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada saudara Syamsul Yusof kerana filem terbaru arahannya; Munafik, mencatat kutipan memberangsangkan apabila memungut RM 3 juta walaupun baru lima hari ditayangkan. Dikhabarkan filem ini mendapat pujian ramai berdasarkan jalan ceritanya yang benar-benar seram, tidak klise dan lakonan para pelakonnya yang sangat menjadi. Malah juga dipuji kerana sangat menekankan nilai islamik yang tinggi (dari segi dialog; tentang kebesaran Tuhan, mengajak kembali untuk redha, memaafkan serta aspek adegan bersentuhan bukan mahram dan aurat yang sangat dijaga). Baiklah, di sini dikongsikan lirik lagu tema filem Munafik; kalah dalam menang.

Lirik untuk lagu baru mereka: 



LIRIK: MAWI ft SYAMSUL YUSOF - KALAH DALAM MENANG (OST MUNAFIK)



Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Lagu: Syamsul Yusof
Lirik: Syamsul Yusof & Anwar Fazal




Lirik lagu ini berkaitan Al-Quran (Gambar: @SchaLengLen | @syamsulyusof84)




***









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top